Bihun Tomyam Piawww Kuah Pekat Menyelerakan Rupanya Tambahkan Bahan Rahsia Ni Je


Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.

Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak?
Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha.
Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut
– 4 tangkai cili padi
– 1 biji bawang besar Holland
– 4 ulas bawang putih
– 1 keratan batang daun ketumbar
– 3 hiris nipis lengkuas
– i inci halia (diketuk)
– 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
– 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.
*Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi
– 1 pek tomyam Adabi
– 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Resipi Lain: [Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan, Mudah Sangat!]

4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak.
Seterusnya masukkan 3 gelas air.
Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.

8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.

10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Resipi Lain: [Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng, Resipi Ayam Rangup Ala KFC Ni Terbaik, Mudah Sangat!]
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
The post Bihun Tomyam Piawww, Kuah Pekat Menyelerakan. Rupanya Tambahkan Bahan Rahsia Ni Je! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bihun-tomyam-piawww-kuah-pekat-menyelerakan-rupanya-tambahkan-bahan-rahsia-ni-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 357 hits
Karpet yang kotor akan memerangkap debu dan bakteria padanya Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan seisi keluarga Lebih merisaukan jika anak anak berbaring di atas karpet dan menyedut debu tersembunyi yang ada di atas karpet Mene...
Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Dan Kulit Kepala Yang Sihat

Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Dan Kulit Kepala Yang Sihat

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 568 hits
Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat Holaaaa Eh dah lama tak bersiaran yek Hehe Kesibukan melanda sejak akhir akhir ini Ini baru ada masa nak update blog dengan story panas yang ta...
Kepalabatas Mbsp Guna Lalat Hasilkan Bahan Kompos Daripada Sisa Organik

Kepalabatas Mbsp Guna Lalat Hasilkan Bahan Kompos Daripada Sisa Organik

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 269 hits
Majlis Bandaraya Seberang Perai melancarkan pengumpulan sisa organik untuk tujuan pengkomposan dengan menggunakan lalat yang dikenali sebagai Black Soldier Fly Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha ...
6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram Vs Halal

6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram Vs Halal

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 722 hits
6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram vs Halal Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua IKAN KELIIII MY FAVOURITEEE Sedapp perghh lauk ni tak kisah lah hanya keli goreng makan dengan nasi campur kicap ataupun keli masak sambal ki...
Sekaya Hanya 4 Bahan Sukatan 10 Biji Telur Memang Puas Makan

Sekaya Hanya 4 Bahan Sukatan 10 Biji Telur Memang Puas Makan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 365 hits
Orand dulu dulu manalah ada jem mentega kacang nutella dan pelbagai sapuan roti lain Roti semuanya disapu sekaya atau marjerin Generasi lama sekaya atau seri kaya lah paling popular Dapat roti bakar sapu sekaya perggh terangkat lah sedapnya...
Resipi Sos Thai Homemade Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Sos Thai Homemade Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1357 hits
Sedapnya Sos Thai ni Bahan bahan serta cara membuatnya pun sangat mudah Makan bersama aneka makanan bakar dan bergoreng seperti lokching sosej pulut sotong bakar keropok lekor goreng sosej bakar dan sebagainya memang sedap Sos Thai ini juga...
Honda Malaysia Panggil Balik 55 354 Model 2018 Dan 2019 Bagi Tujuan Penggantian Pam Bahan Api

Honda Malaysia Panggil Balik 55 354 Model 2018 Dan 2019 Bagi Tujuan Penggantian Pam Bahan Api

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 394 hits
Tugas utama pam bahan api adalah untuk mengepam bahan api masuk ke dalam enjin Kebiasaannya pam bahan api terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis mekanikal dan elektronik Jenis mekanikal kebiasaanya digunakan pada kenderaanjenis carburator dan...
Rahsia Mandi Limau Nipis

Rahsia Mandi Limau Nipis

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 755 hits
Khasiat Limau Nipis dalam PerubatanLimau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter lebih pendek dari limau purut Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar...
Daun Jambu Batu Rahsia Alami Untuk Cantik Sihat

Daun Jambu Batu Rahsia Alami Untuk Cantik Sihat

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 462 hits
Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat daun jambu batu yang berfungsi untuk mencerahkan wajah Kandungan antioksidan pada daun jambu batu dapat membantu mengeluarkan sel kulit mati sehingga kulit akan tampak lebih sihat dan cerah Jika w...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025