Bidas Muda Ini Jawapan Ketua Wanita Pkr Johor



Kehadiran Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) mengisi nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang pada asalnya diperuntukkan buat Parti Amanah Negara (Amanah), menimbulkan rasa kurang senang buat wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di situ.
Bahkan Ketua Wanita Keadilan Johor, Napsiah Khamis Maharan yang dikatakan sebagai calon pilihan turut meluahkan rasa kecewa, bagi mewakili suara akar umbi di DUN berkenaan, terhadap tindakan Amanah memberikan kerusi mudah menang buat Pakatan Harapan (PH).
Malah Napsiah yang juga Exco Wanita Keadilan Pusat pernah menyifatkan tindakan Amanah sebagai satu pengkhianatan kerana kerusi berkenaan yang diberikan sebelum ini atas kesepakatan rakan lama dalam PH.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURUL NABILA AHMAD HALIMY bersama Napsiah yang mesra dengan panggilan Kak Nab untuk merungkai isu perbalahan di antara parti-parti berkenaan.
SINAR HARIAN: Minggu lalu, anda meluahkan kekecewaan apabila menyifatkan tindakan Amanah memberikan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada Muda sebagai satu pengkhianatan kepercayaan yang telah akar umbi berikan. Mengapakah begitu?
NAPSIAH: Saya hanya meminta penjelasan dan mempersoalkan mengapa kerusi tersebut perlu diberikan kepada Muda dan tidak mempertahankan kerusi Parti Amanah itu sendiri?
Saya perlu menyuarakan pendapat jentera-jentera yang memberontak di bawah kerana kurang bersetuju dengan keputusan itu.
Sebagai orang lama, saya juga berpendapat sekiranya kita mahu seseorang itu menjadi calon, dia harus bersedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi 100,000 pengundi di DUN Puteri Wangsa.
Apabila Muda sudah dicalonkan di Puteri Wangsa, pastikan rakyat tahu kewujudan dia (calon Muda) di situ.
Saya bercakap dari sisi luahan dan pendapat pengundi di sana.
Napsiah sedang melakukan lawatan di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai
 
Adakah benar anda tidak berpuas hati kerusi DUN Puteri Wangsa diberikan kepada Muda dan mendakwa calon itu sering menghubungi untuk mendapatkan nasihat sehingga berasa terganggu?
Saya tidak rasa terganggu cuma berasa agak kesal apabila persediaan untuk menghadapi PRN seperti bilik gerakan dan jentera itu tidak ada.
Saya sedikit kecewa apabila calon seolah-olah datang dengan tangan kosong.
Namun, apabila saya memberi teguran itu, saya rasa dia sudah boleh perbaiki banyak perkara dan membuat satu pasukan untuk PRN.
Jadi ia merupakan satu teguran yang membina.
Ada pihak yang mendakwa pertikaian kerusi tersebut boleh menjejaskan kempen atau kemungkinan sabotaj akan berlaku dalam PRN Johor nanti. Komen anda?
Saya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Kita faham dalam mana-mana organisasi sekalipun pasti akan ada perbalahan kerana berbeza pendapat.
Dalam PRN (Johor) ini, politik sangat dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Apa yang terjadi itu bukanlah satu bentuk sabotaj, namun ia proses biasa dalam menempuh pilihan raya.
Saya tidak ada niat untuk menjatuhkan sesiapa kerana saya hanya mahu menjatuhkan korupsi dalam negara.
Apakah persediaan anda selepas dicalonkan untuk bertanding pada PRN Johor di kerusi DUN Kempas? Bagaimana pula dengan penerimaan rakyat di sana?
Pada Isnin lalu, PKR sudah mengumumkan lima calon pertama PRN Johor termasuk saya.
Saya menurut keputusan parti kerana sangat dekat dengan lokasi dan rakyat di sana kerana kedudukan rumah saya ke Kempas memakan masa 10 minit sahaja.
Saya sering ke sana untuk membeli barang dan amat mengenali tempat tersebut.
Napsiah melawat kawasan di Tebrau, Johor
Apa perjuangan dan harapan untuk PRN Johor kali ini?
Saya mahu mengembalikan mandat rakyat seperti Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu yang mana PH mentadbir Johor.
INFO
Napsiah Khamis Maharan
Umur: 42 tahun
Jawatan dalam parti: Exco Wanita Keadilan Pusat dan Ketua Wanita Keadilan Johor
Pekerjaan: Usahawan
Pendidikan: Diploma Pemasaran
SHP
Baca Artikel Menarik:
Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’ Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil Tuduhan melampau – Ebit Lew Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO] Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ? Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

The post Bidas MUDA? Ini jawapan Ketua Wanita PKR Johor appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/19/bidas-muda-ini-jawapan-ketua-wanita-pkr-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Bidas Muda Agar Move On

Pkr Bidas Muda Agar Move On

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 159 hits
SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat Johor mengajak Parti Ikatan Demokratik Muda untuk move on atau tidak terlalu mengambil hati daripada isu kesukaran kedua dua parti berkenaan memuktamadkan rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Negeri Pengerusi...
Prnjohor Calon Muda Asyik Mesej Minta Tunjuk Ajar Wanita Pkr

Prnjohor Calon Muda Asyik Mesej Minta Tunjuk Ajar Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 175 hits
PRNJohor Calon Muda asyik mesej minta tunjuk ajar Wanita PKR Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis mendakwa ada calon Ikatan Demokratik Malaysia yang sering menghubunginya untuk mendapatkan nasihat sehingga dia berasa terganggu Napsiah dala...
Prn Johor Kenapa Muda Terlalu Berani Ceroboh Pkr Di N44 Larkin

Prn Johor Kenapa Muda Terlalu Berani Ceroboh Pkr Di N44 Larkin

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 172 hits
SYED SADDIQPRESIDEN MUDAMUDA adalah Rakan Kongsi PAKATAN HARAPAN Parti ini ditawarkan 9 kerusi oleh Komponen PH tetapi MUDA hanya menerima 2 KERUSI dari DAP dan 4 KERUSI dari PAN dan tidak menerima tawaran dari PKR Hari ini MUDA mengumumkan...
Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 218 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat menumpang imej Parti Ikatan Demokratik Malaysia dalam Pilihan Raya Negeri Johor Beliau mendakwa ketiga tiga pa...
Ini Alasan Muda Kerana Nak Bertanding Di Bandar Sahaja Ketua Amk Johor

Ini Alasan Muda Kerana Nak Bertanding Di Bandar Sahaja Ketua Amk Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 173 hits
KEADILAN Johor telah membuka ruang yang cukup luas untuk membuat rundingan dua hala sejak awal bersama Parti MUDA Saya juga hadir mesyuarat PH Johor bersama pimpinan negeri beberapa minggu lalu dan Keadilan menyatakan akan adakan perbincang...
Muda Tak Akan Tanding Kerusi Pkr Di Johor Kata Syed Saddiq

Muda Tak Akan Tanding Kerusi Pkr Di Johor Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 168 hits
freemalaysiatoday com February 21 2022 4 41 PMSyed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerusi yang ditandingi MUDA adalah kerusi Umno dan Bersatu kerana mahu memastikan parti itu membawa perubahan jangka masa panjang PETALING JAYA MUDA mengesa...
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh kini adalah Pengarah Pilihan Raya Pusat manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat Dr Zaleha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Setiausaha Wanita PKR Nurin Aina berkata...
Uncertainty For Muda As Pkr Set To Announce All 20 Johor Candidates

Uncertainty For Muda As Pkr Set To Announce All 20 Johor Candidates

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 187 hits
JOHOR POLLS PKR is set to announce candidates for all 20 seats that it has been allocated by Pakatan Harapan tomorrow according to an invitation from its state chapter This raised questions about whether the PKR s negotiations with Muda hav...
We Offered Muda Three Seats Waiting For Feedback Johor Pkr Chief

We Offered Muda Three Seats Waiting For Feedback Johor Pkr Chief

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 236 hits
JOHOR POLLS Johor PKR chief Syed Ibrahim Syed Noh said his party has offered three seats for Muda to contest in the upcoming state polls He added that PKR is still waiting to hear back from Muda over the offer With regard to seat distributi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas