Bicara Rasuah Zahid Hamidi Ultra Kirana Serlah Jijiknya Tahap Amalan Itu Di Negara Kita




 Hari demi hari, berdasarkan keterangan-keterangan saksi dalam perbicaraan rasuah sistem visa luar negara melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), syarikat yang diberi projek tersebut, serlahan paling nyata ialah ia memperlihatkan tahap rasuah di negara kita sudah di tahap yang begitu parah dan jijik sekali.
Pertama, dengan nama-nama yang dicatat dalam buku lejar sebagai telah menerima wang daripada UKSB, syarikat tersebut seolah-olah begitu bebas menabur wang di sana sini kepada orang-orang berpengaruh.
Jika begitu banyak wang telah ditabur kepada sejumlah nama yang dicatatkan dalam buku lejar, selain kepada Zahid Hamidi sendiri yang dilaporkan menerima secara bulanan dalam mata wang Singapura, berapakah pendapatan dan keuntungan UKSB setiap tahun?
Apakah ia bermakna melalui projek visa itu, kemasukan rakyat asing, terutama daripada China ke negara kita begitu bebas dan tanpa kawalan?
Kedua, malah dikira sangat tertonjol jijiknya ialah kerana ahli-ahli politik yang ada kuasa nampaknya begitu mudah disogok dengan wang ringgit oleh UKSB.
Rasanya inilah kes rasuah di mana paling ramai ahli politik dikaitkan telah menerima wang.
Daripada sekian nama ahli politik yang disenaraikan, paling mengejutkan tentunya bila mana nama Tun Mahathir Mohamad pun terkait sama didakwa menerima wang daripada UKSB melalui seorang anak saudaranya.
Jika ahli-ahli politik sudah sedemikian rupa wajahnya, menerima saja wang asal diberi, apakah yang boleh kita harapkan daripada mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara?
Masihkah kita mahu mempercayai ahli-ahli politik mengurus negara dan membela nasib kita?
Walaupun beberapa nama yang disebut menerima wang daripada UKSB sebelum ini dilaporkan telah menafikannya dan mendakwa tidak mengenali syarikat tersebut, penafian semata-mata belum secara automatik membersihkan nama mereka.
Apakah nama mereka saja-saja ditulis dalam buku lejar?
Pihak berkuasa perlu menyiasat semua nama yang disebut di mahkamah itu, khusus tentang akaun bank dan butiran perbelanjaan dalam tempoh selepas mereka didakwa menerima wang daripada UKSB itu.
Janji pihak berkuasa sebagaimana kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tunku Jaafar bahawa SPRM akan memanggil semua nama yang dicatatkan dalam buku lejar UKSB belum memadai selagi mereka tidak disiasat dengan segera.
Malah, jika terbukti pemberian wang itu berunsur rasuah, semua mereka hendaklah juga didakwa di mahkamah bersama-sama dengan Zahid Hamidi.
Cakap-cakap bahawa Zahid Hamidi lebih mudah terlepas kerana ramai ahli politik lain turut menerima wang sepertinya juga bukanlah hujah yang kukuh.
Dengan lebih ramai dikaitkan turut menerima wang daripada UKSB, Zahid Hamidi sebenarnya semakin sukar menuju jalan keluar.
Dalam pada itu, melihat keterangan beberapa pihak yang mewakili UKSB berhubung pemberian wang kepada Zahid Hamidi dan ahli-ahli politik lain yang dinamakan dalam buku lejar itu, tidak memadai sekadar meletakkan mereka sebagai saksi pendakwa saja.
Sebagaimana penerima rasuah didakwa di mahkamah, pemberi rasuah juga harus didakwa sama.
Tanpa pemberi, tidak mungkin ada penerima.
Tidak akan berbunyi apa-apa jika hanya sebelah tangan yang bertepuk.
Hanya dengan mendakwa secara menyeluruh – pemberi dan penerima – kalau pun tidak dapat menghapuskan sama sekali amalan rasuah, sekurang-kurangnya bentuk pencegahan yang dilaksanakan itu lebih ditakuti dan menakutkan semua orang untuk mendekati perbuatan terkutuk itu. – ShahbudinHusin 25/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/bicara-rasuah-zahid-hamidi-ultra-kirana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Juga Terima Dana Rasuah Macam Zahid Hamidi

Tun Mahathir Juga Terima Dana Rasuah Macam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 404 hits
Oleh Sirajuddn AhmadTun Mahathir terima dari UKSB RM2 6 juta melalui anak buah Tan Sri Rahmat Mahkamah kes Datuk Zahid Hamidi hari ini diberitahu bahawa Tun Mahathir juga menerima dana politik dari UKSB sejumlah RM2 6 juta Baca sini
Singapura Sahkan Rajapaksa Dibenar Masuk Ke Negara Itu

Singapura Sahkan Rajapaksa Dibenar Masuk Ke Negara Itu

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 186 hits
Gambar Fail Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa 8211 AFP SINGAPURA Kementerian Luar Singapura hari ini mengesahkan nbsp Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke Singapura atas kapasiti lawatan peribadi Beliau tidak me
Tukar Peguam Tangguh Bicara Bercanggah Kaedah Amalan Guaman Kata Haniff

Tukar Peguam Tangguh Bicara Bercanggah Kaedah Amalan Guaman Kata Haniff

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 249 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang Undang 1978 digubal mengikut Akta Profesion Undang Undang 1976 PETALING JAYA Strategi menukar peguam semata mata untuk me...
In Zahid Hamidi Trial Witness Says Money Paid To Dr Mahathir S Nephew Through Uksb Believes It S For Political Funds

In Zahid Hamidi Trial Witness Says Money Paid To Dr Mahathir S Nephew Through Uksb Believes It S For Political Funds

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 471 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad s name and that of ruling party Bersatu came up in court today during the corruption trial of Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi over the award of a foreign visa system contract The Langkawi MP who w...
Ros Gumbirakan Umno Zahid Hamidi Terselamat

Ros Gumbirakan Umno Zahid Hamidi Terselamat

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 439 hits
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah meluluskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan sehingga selepas PRU ke 15 Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata perkara itu dimaklumkan ROS melalui sepuc...
Zahid Hamidi Bukan Poster Boy Dan Tak Boleh Pun Jadi Pm Kenapa Masih Mahu Menentukan Calon Pru15

Zahid Hamidi Bukan Poster Boy Dan Tak Boleh Pun Jadi Pm Kenapa Masih Mahu Menentukan Calon Pru15

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 267 hits
Bercakap kepada media selepas menghadiri Konvensyen Puteri BN Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin parti yang kritikal dan tidak sealiran dengannya masih boleh menjadi calon BN dalam PRU15 akan datang Menurut beliau walaupun pe...
Dipetik Dalam Kes Rasuah Zahid Anak Saudara Dr M Buat Penafian

Dipetik Dalam Kes Rasuah Zahid Anak Saudara Dr M Buat Penafian

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 263 hits
agendaily com27 07 2022Nama anak saudara bekas Perdana Menteri Tan Sri Rahmat Abu Bakar dipetik dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Selepas nama dipetik semasa perbicaraan kes rasuah melibatkan ...
Andaian Umno Akan Lebih Baik Jika Bersama Pn Hanya Satu Hipotesis Dan Fatmorgana Zahid Hamidi

Andaian Umno Akan Lebih Baik Jika Bersama Pn Hanya Satu Hipotesis Dan Fatmorgana Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 448 hits
Konvensyen Puteri Barisan Nasional berlansung dengan jayanya di PWTC hari ini Ramai speaker dan penceramah dari parti komponen seperti MCA turut memberi pandangan dan hujah serta nasihat2 yang bernas kepada para hadirin Namun kata kata dari...
Apabila Ada Anak Sayang Itu Di Tahap Berbeza Noah Hujan Akui Terasa Kelainan Bergelar Bapa

Apabila Ada Anak Sayang Itu Di Tahap Berbeza Noah Hujan Akui Terasa Kelainan Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 323 hits
Apabila bergelar seorang bapa tentu sekali segala galanya berubah termasuklah perasaan sayang Itulah yang berlaku pada Penyanyi Noah Hujan setelah 7 bulan bergelar bapa kepada anak angkatnya baby Musa Apabila ada anak sayang itu di tahap be...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis