Bicara Kes Ahmad Maslan Gagal Isytihar Rm2 Juta Bermula 16 Oktober


KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Perbicaraan kes Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan bermula 16 Oktober ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan empat hari iaitu 16 dan 23 Oktober; 6 November serta 24 Disember untuk perbicaraan, semasa sebutan kes hari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala peguam Hamidi Mohd Noh mewakili Ahmad, 54.
Hamidi memaklumkan mahkamah bahawa permohonan semakan untuk membatalkan dua pertuduhan itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Pada 14 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin menolak permohonan Ahmad untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan beliau dibebaskan daripada dua pertuduhan itu selepas mendapati tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Sesyen menolak permohonan bekas timbalan menteri kewangan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya selepas berpuas hati permohonan tersebut adalah pramatang.
Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau dituduh telah menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 30 April 2014.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi penyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/09/bicara-kes-ahmad-maslan-gagal-isytihar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 241 hits
SHAH ALAM Lembaga Hasil Dalam Negeri gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10 3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa Ia selepas Hakim Mahkamah Ting...
Covid 19 Kes Jangkitan Lepasi 24 Juta Lebih 800 Ribu Kematian

Covid 19 Kes Jangkitan Lepasi 24 Juta Lebih 800 Ribu Kematian

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 193 hits
NEW YORK Kes akibat pandemik COVID 19 global melepasi 24 juta pada Rabu mengikut laporan Pusat Sains dan Sistem Kejuruteraan Johns Hopkins University Mengikut data CSSE jumlah kes global mencapai 24 000 302 dengan jumlah 821 654 kematian di...
Tamrin Soal Zuraida Apa Tujuan Kait Namanya Kes Kontrak Rm170 Juta

Tamrin Soal Zuraida Apa Tujuan Kait Namanya Kes Kontrak Rm170 Juta

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 215 hits
Tamrin soal Zuraida apa tujuan kait namanya kes kontrak RM170 juta Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Aug 2020
Covid 19 Lebih 23 Juta Kes Global Korban Cecah 800 000

Covid 19 Lebih 23 Juta Kes Global Korban Cecah 800 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 262 hits
PARIS 23 OGOS Angka kematian global akibat Covid 19 kini sudah melangkaui 800 000 mangsa dengan lebih 23 juta kes dilaporkan di 196 negara Angka itu melonjak meskipun banyak negara memperketat larangan dalam usaha memerangi penularan jangki...
Ahmad Maslan S Money Laundering False Statement Trial To Begin On Oct 16

Ahmad Maslan S Money Laundering False Statement Trial To Begin On Oct 16

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 251 hits
Pontian MP Ahmad Maslan is accused of not declaring an income of RM2 million he received from Najib Razak KUALA LUMPUR The Sessions Court today set four days beginning Oct 16 to hear the case of Pontian MP Ahmad Maslan who is facing charges...
Kos Jimat Urus Sampah Di Subang Jaya Cecah Rm2 Juta

Kos Jimat Urus Sampah Di Subang Jaya Cecah Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 221 hits
SUBANG JAYA 23 OGOS Kos penjimatan pengurusan sampah dan sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya mencecah RM2 juta sepanjang tahun lalu kata ahli dewan negerinya Michelle Ng Mei Sze berkata prestasi itu didorong amalan pengas...
Siri Gpu Nvidia Rtx 3000 Akan Dipasarkan Bermula Harga Rm2 399 Di Malaysia

Siri Gpu Nvidia Rtx 3000 Akan Dipasarkan Bermula Harga Rm2 399 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 354 hits
Beberapa hari lepas Nvidia baru sahaja melancarkan siri kad grafik terbaharu mereka iaitu siri GeForce RTX 3000 dengan 3 buah model 8211 RTX 3070 RTX 3080 dan RTX 3090 Kewujudan kad grafik ini mendapat sambutan hangat disebabkan harga juala...
Riza Aziz Gugur Tuntutan Hartanah Aset As 60 Juta Kes 1mdb

Riza Aziz Gugur Tuntutan Hartanah Aset As 60 Juta Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 177 hits
Riza berdepan 5 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS 248 juta di Malaysia
Merakam Hubungan Sulit Umno Pas Dan Transaksi Rm2 5 Juta

Merakam Hubungan Sulit Umno Pas Dan Transaksi Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 214 hits
Tanggal 21 Mac 2018 Jam 2 30 petang Lokasi Bank Islam Malaysia Bhd cawangan Medan Mara Kuala Lumpur Tidak sampai dua bulan sebelum hari pengundian PRU14 Ketika dunia gempar dengan kes kleptokrasi terbesar di dunia 1Malaysia Development Berh...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi