Bicara Kes 1mdb Ditangguh Mysejahtera Najib Pus


Oleh Bernama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid PERBICARAAN kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguh ke esok setelah MySejahtera mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan hari ini selepas peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera Najib dan peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kekal, masing-masing sebagai “PUS” dan “kontak kasual”, walaupun selepas memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai hasil ujian COVID-19 mereka.
Hariharan berkata sebelum itu semasa tiba di mahkamah, status MySejahtera Najib dinyatakan sebagai PUS manakala status Muhammad Shafee dinyatakan sebagai “kontak kasual”, namun status kedua-duanya bertukar kepada status biru (berisiko rendah) selepas pihak keselamatan mahkamah mengarahkan mereka untuk mengemas kini pemuatan profil MySejahtera mereka.
“Bagaimanapun, mereka diminta untuk mengemas kini pemuatan profil MySejahtera mereka semula selepas memasuki bilik mahkamah dan status mereka kembali kepada “kontak kasual” dan PUS,” kata Hariharan.

Hakim kemudiannya mengarahkan Najib dan Muhammad Shafee supaya mengambil ujian RTK Antigen dan memaklumkan keputusannya kepada KKM agar status mereka boleh dinilai semula.
Beliau kemudian memerintahkan agar prosiding disambung semula esok bagi membolehkan pihak pembelaan mengemas kini status MySejahtera Najib dan Muhammad Shafee.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan minggu ini iaitu bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan pegawai khas Najib Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail tidak dapat hadir ke mahkamah.
“Kami telah menerima arahan daripada TPR kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram supaya memohon perbicaraan itu dijalankan secara hibrid,” kata Ahmad Akram.
Hariharan bagaimanapun membantah cadangan untuk menjalankan perbicaraan dalam talian itu dan menegaskan bahawa pihak pendakwaan mempunyai masa hampir sebulan untuk menyediakan saksi baharu di mahkamah.
Hakim Sequerah berkata beliau akan memutuskan permohonan perbicaraan hibrid esok.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/bicara-kes-1mdb-ditangguh-mysejahtera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Allowed To Attend 1mdb Trial Despite Yellow Mysejahtera Status

Najib Allowed To Attend 1mdb Trial Despite Yellow Mysejahtera Status

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 227 hits
Najib Abdul Razak was finally allowed to attend the open court proceedings of his RM2 28 billion 1MDB corruption trial The former prime minister and finance minister whose MySejahtera status still indicates a Casual Contact was seen sitting...
Kes Penyelewengan Dana Oleh Najib Wakeup Call Untuk Malaysia Mat Sabu

Kes Penyelewengan Dana Oleh Najib Wakeup Call Untuk Malaysia Mat Sabu

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 273 hits
inforakyat netKes penyelewengan dana oleh Najib wakeup call untuk Malaysia Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjadi penanda aras bagi pihak berkuasa untuk ter...
Setiap Bayi Yang Lahir Kena Tanggu Utang 1mdb Termasuk Mak Cik Penyokong Najib

Setiap Bayi Yang Lahir Kena Tanggu Utang 1mdb Termasuk Mak Cik Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 195 hits
1MDB Setiap bayi lahir kena tanggung hutang 1MDB Please shareMore cartoons www zunar my najibrazak 1MDB src rosmahmansor
National Embarrassment Bukan Kes Najib Tapi Tidak Mendakwa Skandal Rm700 Juta Keluarga Zeti

National Embarrassment Bukan Kes Najib Tapi Tidak Mendakwa Skandal Rm700 Juta Keluarga Zeti

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 288 hits
Cubaan mengalihkan National Embarrassment dari kepimpinan 22 bulan pemerintahan kerajaan Tun Mahathir sedang cuba dibuat oleh pihak tertentu Skrip politik berada dalam penggulungan kes Namun semua orang tahu sebutan National Embarrassment a...
Mahathir Kes Src International Penangguhan Hukuman Terhadap Najib Satu Rekod Dunia

Mahathir Kes Src International Penangguhan Hukuman Terhadap Najib Satu Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd kata Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun beliau tidak berpuas hati apabi...
Prosecution Wants Najib S 1mdb Trial Held Online But Defence Objects

Prosecution Wants Najib S 1mdb Trial Held Online But Defence Objects

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 207 hits
High Court judge Collin Lawrence Sequerah will decide on the prosecution s request to hear Najib Razak s 1MDB trial online tomorrow after Najib and lead lawyer Muhammad Shafee Abdullah were still flagged as close contacts on their MySejahte...
Jangan La Kata Najib Tu Salah Owhhh Cam Tu Dulu Kes Tuduh Edar Pil Kuda Punca Letak Calon Merata Ya

Jangan La Kata Najib Tu Salah Owhhh Cam Tu Dulu Kes Tuduh Edar Pil Kuda Punca Letak Calon Merata Ya

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 226 hits
GAMBAR NI MASA NAJIB ADA KUASA MAKA KITA SONDOL LAH NAJIB BILA NAJIB DAH KENA KAH KAH KAH BATANG HIDUNG TAK JENGUK Tuan Ibrahim kata seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah Ada mahkamah akhirat selain mahkamah dunia katanya Ma...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana

Flight To Precision The Subtle Power Of K Flex In Competitive Darts

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Sajat Saya Akan Berpenampilan Lelaki