Bicara Ahmad Zahid Ditangguhkan Rabu Peguam Sakit Gout


Oleh NORLIZAH ABAS KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga Rabu penghujahan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa melakukan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram kerana salah seorang peguam yang mewakili beliau diserang penyakit gout.
Peguam Hamidi Mohd. Noh memohon penangguhan kerana tidak dapat menahan kesakitan serta tidak mampu berdiri lama ketika menyampaikan hujah pembelaan pada prosiding yang berlangsung selama kira-kira 30 minit.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan.
Terdahulu, Hamidi sempat berhujah pada prosiding yang bermula pada pukul 11 pagi sebelum meminta perbicaraan ditangguhkan seketika kerana kesakitan.
Ketika sesi penghujahan bersambung 10 minit kemudian, Hamidi memohon penangguhan kerana tidak mampu menahan kesakitan walaupun Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan beliau duduk ketika berhujah.
Bagaimanapun, peguam tersebut memohon prosiding tidak diteruskan dan disambung pada tarikh berikutnya kerana pada peringkat itu beliau sudah tidak mampu menyambung penghujahan.
Beliau turut memaklumkan mempunyai temu janji doktor pada pukul 1.30 petang.
Sebelum itu, Hamidi menghujahkan, cek-cek Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengan pertuduhan, bukan di bawah penguasaan Ahmad Zahid, sebaliknya di bawah penguasaan bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan.
Hujah beliau, Mazlina bukan sahaja cuai ketika menguruskan pengeluaran cek-cek yayasan itu dengan menggunakan cop tanda tangan Ahmad Zahid, malah tidak mempunyai pengetahuan berhubung penggunaan kad kredit.
Hamidi berhujah, cop tanda tangan tidak sewajarnya digunakan untuk pengeluaran cek sebaliknya digunakan untuk urusan tidak rasmi seperti menandatangani kad hari raya yang melibatkan jumlah yang banyak.
Selain itu, beliau menghujahkan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap 12 pertuduhan pecah amanah yang dipertuduhkan ke atas Ahmad Zahid.
Hujah Hamidi, bekas Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan pecah amanah apabila memindahkan dana Yayasan Akalbudi ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co. kerana wang tersebut masih di bawah kawalan yayasan tersebut yang mana beliau merupakan pengasasnya.
Sehubungan itu, pihak pendakwaan tersalah arah dari segi undang-undang dengan menyatakan wang milik yayasan itu dipindahkan kepada pihak lain.
Mahkamah sedang mendengar penghujahan pada akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, 68, yang dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.
Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.
Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bicara-ahmad-zahid-ditangguhkan-rabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Ahmad Zahid Remain Important Figures In Umno

Najib Ahmad Zahid Remain Important Figures In Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 237 hits
The feel good sentiment from BN s win in Melaka will carry on to the next state election in Sarawak and then GE15 says analyst FORMER Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will remain as p...
Tun Khalil Di Program Bn Bersama Ahmad Zahid Di Dun Lendu

Tun Khalil Di Program Bn Bersama Ahmad Zahid Di Dun Lendu

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 284 hits
Oleh Mohd Khalil Yaakob bersama Ahmad Zahid Hamidi di DUN Lendu hari ini Gambar media sosial PADA awal kempen Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini kem Pakatan Harapan galak berkongsi gambar kehadiran Tun Mohd Khalil Yaakob di program mere...
Pandangan Terhadap Tabiat Zahid Berbelanja Mewah Sangat Prejudis Kata Peguam

Pandangan Terhadap Tabiat Zahid Berbelanja Mewah Sangat Prejudis Kata Peguam

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 241 hits
freemalaysiatoday com November 24 2021 9 00 PMPeguam Hamidi Mohd Noh phaknya membantah sekeras kerasnya penggunaan fakta tidak relevan yang dinyatakan pendakwaan kerana ia sangat prejudis terhadap Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Mahkamah T...
Ahmad Zahid Pemimpin Bermasalah Perlu Disingkir Jika Mahu Umno Berubah

Ahmad Zahid Pemimpin Bermasalah Perlu Disingkir Jika Mahu Umno Berubah

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 182 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur atau disingkirkan daripada menyandang jawatan Presiden UMNO sekiranya mahu parti itu berubah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemimpin pemimpin UMNO yang dilihat menjad...
Lantik Peguam Negara Ikut Bangsa Tentu La Ada Bezanya Zaman Mahathir Memang Banyak Orang Persoalkan

Lantik Peguam Negara Ikut Bangsa Tentu La Ada Bezanya Zaman Mahathir Memang Banyak Orang Persoalkan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 276 hits
Apa kaitan bangsa dengan pelantikan Peguam Negara soal Thomas November 25 2021 Tommy Thomas berkata Dr Mahathir Mohamad telah memberikannya autonomi untuk melakukan apa yang dikehendaki namun enggan mendengar nasihatnya mengenai pengusiran ...
Gangguan Seksual Peguam Junior Saman Peguam Senior

Gangguan Seksual Peguam Junior Saman Peguam Senior

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 210 hits
Gangguan Seksual Gambar Hiasan Seorang peguam berusia 27 tahun menyaman sebuah firma guaman dan rakan kongsi kanan atas dakwaan gangguan seksual semasa dia menjalani latihan dalam kamar Plaintif memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kual...
Gagal Dakwa Mp Pasir Salak Peguam Negara Amalkan Pendakwaan Terpilih

Gagal Dakwa Mp Pasir Salak Peguam Negara Amalkan Pendakwaan Terpilih

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 225 hits
Pakatan Harapan meminta Peguam Negara menjelaskan apakah motif beliau tidak mendakwa seorang Ahli Parlimen yang juga pemimpin Umno selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan ahli politik itu pada Mei lalu Menurut Majlis Presiden...
Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 234 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti siri tindakan Peguam Negra berhubung isu pendakwaan dan kehakiman baru baru ini termasuk kes YB Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Mei la...
Baru Keluar Hospital Tapi Sakit Lagi Dah 10 Hari Aliff Syukri Buntu Tak Tahu Anak Sakit Apa

Baru Keluar Hospital Tapi Sakit Lagi Dah 10 Hari Aliff Syukri Buntu Tak Tahu Anak Sakit Apa

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 473 hits
Usahawan dan selebriti media sosial yang terkenal Dato Sri Aliff Syukri meluahkan rasa bimbang apabila memikirkan soal kesihatan anak kelimanya Raudah Arsyiah yang masih lagi belum sembuh Menurut Aliff Syukri hari ini sudah genap hari ke 10...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah