Bibit Perpecahan Jika Pas Ambil Nenggiri Pn Diberi Amaran


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad-02 Jul 2024, 08:00 AM

Penganalisis berkata Bersatu tidak boleh membenarkan peralihan berlaku kerana PAS mungkin ambil semula kerusi pernah diberikan di negeri pembangkang lain.
Perikatan Nasional perlu menangani segera ‘konflik’ Bersatu dan PAS mengenai calon PRK DUN Nenggiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penganalisis memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) tuntutan PAS Gua Musang supaya Bersatu menyerahkan kerusi DUN Nenggiri boleh melarat ke kawasan lain jika tidak ditangani segera.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, alasan enggan episod peralihan sokongan membabitkan wakil rakyat Bersatu, mungkin digunakan PAS untuk merampas semula kerusi pernah diberikan di negeri pembangkang yang lain.

“Jadi, kerusi itu elok di tangan Bersatu, kalau berada di tangan PAS, landskap perubahan besar akan berlaku. Sebab hari ini PAS boleh ambil kerusi di Kelantan…esok boleh ambil kerusi di luar Kelantan, kemudian boleh ambil kerusi di mana penyokong PAS lebih ramai daripada Bersatu.
Lau Zhe Wei.“Bersatu tak boleh benarkan peralihan berlaku,” katanya kepada FMT, mengulas ‘konflik’ Bersatu dan PAS mengenai calon Nenggiri susulan PRK DUN itu 17 Ogos ini.

Kerusi Nenggiri disytiharkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu selepas Bersatu menyerahkan notis pelucutan keahlian penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim.

Azizi yang bertanding bawah logo PAS pada PRN Ogos lalu menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 810 undi.

Kelmarin, Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad mendakwa tindakan Azizi yang berpaling tadah selepas menang memberi kesan dalam kalangan pengundi di kerusi bawah Parlimen itu.

Justeru, Azman berharap calon PAS diberi laluan bertanding PRK itu dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.

Bagaimanapun, Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Nor, semalam, menyarankan Azman mengemukakan permintaan rasmi untuk bertanding PRK Nenggiri kepada PN pusat.

Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan menyerahkan senarai tiga nama calon kepada pimpinan parti selewat-lewatnya akhir minggu depan.
Azmi Hassan.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat PAS ketika ini menggunakan ‘alasan Bersatu berpaling tadah’ sebagai senjata untuk merampas semula kerusi Nenggiri.

Beliau yakin jika Bersatu berkeras mahu meletakkan calon, PAS tidak akan berkempen habis-habisan seperti berlaku di PRK Kuala Kubu Baharu.

“Penyokong PAS akan kecewa kerana ini negeri mereka, mengapa Bersatu pula mendapat kelebihannya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/bibit-perpecahan-jika-pas-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Nenggiri Ibarat Pas Ceraikan Bini Orang

Dun Nenggiri Ibarat Pas Ceraikan Bini Orang

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 262 hits
DUN NENGGIRI IBARAT PAS CERAIKAN BINI ORANG Semua tahu YB Azizi Adun Nenggiri sekarang adalah ahli Bersatu Tetapi beliau bertanding di Dun Nenggiri menggunakan logo Pas dan menggunakan watikah dari Pas Kita juga tahu Adun terssbut yang juga...
Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 392 hits
Saiful NizamPengumuman kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah sekali lagi membuka ruang untuk kita menilai integriti dan keikhlasan Bersatu...
Pas Clarifies Ex Nenggiri Rep Jeli Mp Did Not Take Pledge Of Loyalty

Pas Clarifies Ex Nenggiri Rep Jeli Mp Did Not Take Pledge Of Loyalty

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 527 hits
Former Nenggiri assemblyman Mohd Azizi Abu Naim and Jeli Member of Parliament Zahari Kechik who recently declared their support for the Prime Minister s administration did not take the bai ah during the last general election Pas vice presid...
Pas May Reclaim Seats Beyond Kelantan If It Gets Nenggiri Says Analyst

Pas May Reclaim Seats Beyond Kelantan If It Gets Nenggiri Says Analyst

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 240 hits
Perikatan Nasional components Bersatu and PAS appear to be at odds over the candidate for the Aug 17 by election in Nenggiri Kelantan PETALING JAYA A political analyst has warned that PAS may attempt to reclaim seats in other states if its ...
Azizi Saya Tanding Nenggiri Guna Logo Pas Akta Antilompat Tak Terpakai

Azizi Saya Tanding Nenggiri Guna Logo Pas Akta Antilompat Tak Terpakai

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 216 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas Adun Nenggiri Azizi Abu Naim mendakwa akta antilompat tidak terpakai terhadapnya memandangkan beliau bertanding menggunakan logo PAS dengan watikah calon ditandatangani setiausaha agung parti itu walaupun me...
Pemuda Pas Bimbang Pisang Berbuah Dua Kali Di Nenggiri

Pemuda Pas Bimbang Pisang Berbuah Dua Kali Di Nenggiri

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 368 hits
Dewan Pemuda PAS Gua Musang bimbang pisang berbuah dua kali dengan mengulangi pengkhianatan yang berlaku di Nenggiri sekiranya pemilihan calon tidak dilakukan secara berhati hati Ketuanya Mohd Habidin Hanipa berkata pihaknya mencadang calon...
Pas Bersatu Undecided On Nenggiri Candidate

Pas Bersatu Undecided On Nenggiri Candidate

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 241 hits
PERIKATAN Nasional has yet to decide which party will defend the Nenggiri state seat in Kelantan with leaders from Pas and Parti Pribumi Bersatu Malaysia wanting their respective parties to contest the by election Gua Musang Pas chief Azman...
Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 426 hits
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil tidak menafikan dan tidak juga mengesahkan khabar angin berkenaan musuh ketatnya dalam politik PAS akan menyertai kerajaan perpaduan Beliau berkata ada banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang teru...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing