Biayai Filem Hollywood Dengan Dana 1mdb


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa isu yang paling besar dan menyebabkan impak negatif kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekitar penularan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015, adalah pembelian hartanah dan pembiayaan filem Hollywood oleh anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, berkata pembiayaan filem oleh Riza Aziz, 48, yang dikatakan menggunakan dana 1MDB menjadi isu besar, kerana ia dimainkan media-media luar negara yang terkenal iaitu New York Times dan Wall Street Journal (WSJ)

"Pada masa itu tidak diketahui tentang nama syarikat produksi Riza, tetapi kemudiannya didedahkan sebagai Red Granite Pictures. Media-media ini, termasuk portal berita domestik seperti Sarawak Report dan Malaysian Insider, memainkan isu tersebut beserta bukti yang membongkar bahawa Riza membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dan membiayai filem Wolf Of Wall Street, yang dikatakan menggunakan dana 1MDB

"Sarawak Report pada masa itu mendedahkan bahawa, Riza mendapat wang daripada hasil dana-dana 1MDB yang sekali gus telah memberi kesan langsung kepada Datuk Seri Najib, kerana Riza adalah anak tirinya,” katanya

Saksi pendakwaan kelapan yang juga saksi penting berkata akibat daripada pendedahan itu, isu 1MDB mula hangat di Malaysia dan menimbulkan kekecohan di Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari ketiga perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu, yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya, untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan jumlah wang sama

Menurut saksi itu, satu lagi isu yang dimainkan portal-portal tersebut adalah pendedahan kehidupan mewah ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, serta perbelanjaan dan pembelian yang mahal dan luar biasa oleh Jho Low, yang dikatakan menggunakan dana daripada pelaburan 1MDB

Beliau berkata, isu-isu yang didedahkan itu mengejutkan semua orang termasuk dirinya dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Datuk Azlin Alias

"Sepanjang tempoh ini, kami (saya dan Datuk Azlin) telah diarahkan oleh Jho Low melalui talking points (nota-nota maklumat) yang diberikan olehnya berhubung perkara ini, untuk memaklumkan kepada semua orang di PMO, bahawa ini semua adalah manipulasi pihak pembangkang dan manipulasi orang yang mahu melihat Najib dijatuhkan

"Dokumen-dokumen termasuk talking points yang telah disampaikan melalui cara biasa kepada kami oleh Jho Low pada masa itu, adalah bertujuan untuk menjawab laporan-laporan serta tuduhan-tuduhan yang telah tersebar

"Perkara ini mula menjadi buah mulut di Malaysia dan sekali gus memberi kesan dan tekanan kerja kepada keseluruhan PMO, disebabkan ia melibatkan reputasi dan imej Datuk Seri Najib kerana beliau dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Jho (Jho Low), dalam pelbagai bidang termasuk syarikat 1MDB,” katanya

Beliau berkata, ketika itu perkara berkenaan tidak menjadi isu yang terlalu besar bagi Datuk Azlin, kerana laporan-laporan media tersebut masih memfokuskan kepada Jho Low dan kehidupan mewahnya sahaja, dan bukannya ditujukan secara terus kepada Najib

"Dalam tempoh tersebut, Datuk Azlin dalam perbualan harian bersama saya ada memaklumkan bahawa, masalah 1MDB ini semakin menular dan banyak serangan-serangan ke atas Najib berlaku akibat daripada pendedahan oleh media

"Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi masalah-masalah ini secara terperinci dan hanya memaklumkan secara am sahaja kepada saya

"Ini menunjukkan bahawa beliau telah mula mengambil maklum isu 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib, kerana ia adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai ketua setiausaha sulitnya,” katanya

Bagaimanapun, katanya pada awal 2015, berikutan penularan isu 1MDB, PMO, melalui Datuk Azlin, perlu menangani isu 'red flag' yang melibatkan Najib, kerana beliau paling mahir dan tahu banyak berhubung 1MDB

"Penularan isu ini semakin meruncing kerana pendedahan itu, disertakan dengan bukti-bukti sokongan seperti gambar, dokumen emel, transaksi bank dan pindahan wang, berhubung penyelewengan dana 1MDB melalui usahasama PetroSaudi dengan 1MDB, yang telah dipindahkan ke akaun peribadi Jho Low," katanya

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - bernama




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/09/biayai-filem-hollywood-dengan-dana-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Entiti Ahli Umno Setuju Pulangkan Rm1 2 Juta Dana 1mdb

3 Entiti Ahli Umno Setuju Pulangkan Rm1 2 Juta Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju menyelesaikan saman pelucuthakan ke atas 3 entiti dan individu di luar mahkamah selepas mereka berjanji memulangkan lebih RM1 2 juta dana 1MDB yang didakwa diberikan kepada mereka Timbalan Pendakwa Raya Allan...
1mdb Jho Low Jolok Jubor

1mdb Jho Low Jolok Jubor

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 744 hits
Huhu Hari ke 5 Jho Low keluar masuk rumah NajibPerbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lump...
Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 315 hits
Bicara 1MDB Pegawai Najib ke China bimbang keselamatan diriOleh September 05 2019Rahsia hubungan antara bekas PM Najib Razak Jho Low dan projek China untuk menyelamatkan skandal 1Malaysia Development Berhad mula didedahkan di Mahkamah Tingg...
Najib 1mdb Trial Day 5 Defence Set To Turn Up The Heat On Najib S Ex Aide

Najib 1mdb Trial Day 5 Defence Set To Turn Up The Heat On Najib S Ex Aide

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 453 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fifth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 248 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 408 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 290 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fifth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
1mdb Trial Najib S Ex Special Officer Shocked To See Rm3 36mil In Bank Account

1mdb Trial Najib S Ex Special Officer Shocked To See Rm3 36mil In Bank Account

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR A former special officer to Datuk Seri Najib Razak was shocked when he found out that more than USD 800 000 was banked into his foreign bank account Datuk Amhari Efendi Nazaruddin 43 testified that he received a phone call from...
Duit 1mdb Lah Bro

Duit 1mdb Lah Bro

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2 6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad Bekas pegawai khas Najib Datuk Amhar...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur