Biasiswa Lepasan Spm Senarai Biasiswa Yang Boleh Dimohon Tahun 2022



Biasiswa Lepasan SPM : Senarai Biasiswa Yang Boleh Dimohon Tahun 2022. Tahniah diucapkan buat para pelajar lepasan SPM yang telah mendapat keputusan semalam. Berita baik, Bagi anda yang mula memikirkan langkah seterusnya selepas SPM, kami ingin kongsikan beberapa senarai biasiswa terkini 2022 yang boleh membantu sokongan anda dalam melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa biasiswa terkini 2022 yang sudah mula dibuka permohonannya, bagi membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka sama ada di dalam mahupun luar negara. Ikuti perkongsian biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak syarikat tempatan dan luar negara khas kepada anda yang sedang melangkah kearah lebih tinggi.
Senarai Biasiswa Terkini 2022 Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2022 PETRONAS telah membuka permohonan untuk biasiswa di bawah program khas PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) untuk tahun 2022. Peluang diberikan kepada lepasan SPM 2021 yang memenuhi kriteria untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat selanjutnya sama ada di dalam mahupun luar negara.
Tarikh Buka Permohonan 16 Jun 2022 (10.00 pagi)
Tarikh Tutup Permohonan 22 Jun 2022 (5.00 petang)
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa PESP 2022
Maklumat Lanjut Boleh layari laman sesawang PESP untuk maklumat lanjut, atau anda boleh baca panduan mengenai biasiswa PESP 2022 di bawah:

Biasiswa JPA-JKPJ 2022 Di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat satu biasiswa penajaan melanjutkan pelajaran di bawah program khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ) untuk Tahun 2022.
Tawaran penajaan ini adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan diberi tajaan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Tarikh Buka Permohonan 16 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan 26 Jun 2022 (5.00 petang)
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di bawah:
Permohonan Biasiswa JPA-JKPJ 2022
Biasiswa Program Khas JPA-MARA 2022 JPA telah membuka tawaran penajaan di bawah satu program khas bagi pelajar lepasan SPM 2021 untuk melanjutkan pelajaran. Tajaan ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2022.
Penajaan adalah dibuka kepada pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam SPM tahun 2021 bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negaa iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan India dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Perubatan.
Tarikh Buka Permohonan 16 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan 26 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa JPA-MARA 2022
Biasiswa Khazanah Watan Biasiswa Khazanah Watan adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang buat individu rakyat Malaysia bagi menyambung pelajaran di peringkat Asasi, Sarjana Muda dan Sarjana di universiti tempatan yang terpilih. Bagi lepasan SPM, anda boleh mohon biasiswa Khazanah Watan 2022 bagi peringkat Asasi (Foundation), tertakluk kepada syarat kelayakan yang digariskan.
Tarikh Buka Permohonan 10 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan 30 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2022
Biasiswa Khazanah Global Biasiswa Khazanah Global pula adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang buat individu rakyat Malaysia bagi menyambung pelajaran di peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara yang diluluskan Yayasan Khazanah..
Tarikh Buka Permohon 10 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohon 30 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa Khazanah Global 
Biasiswa Yayasan UEM 2022 Yayasan UEM telah membuka permohonan untuk biasiswa di bawah yayasan tersebut bagi menaja pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar yang terpilih bakal menghadiri program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) yang terletak di Lembah Beringin sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara.
Tarikh Buka Permohon 16 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohon 26  Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa Yayasan UEM 
Biasiswa Bank Negara – Biasiswa Kijang 2022 Bank Negara Malaysia (BNM) turut menawarkan biasiswa terkini 2022 untuk pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program pra-universiti di kolej pra-universiti yang diluluskan BNM di bawah program Biasiswa Kijang. (Senarai Universiti/Kolej Diluluskan BNM)
Pelajar yang ditaja di bawah program Biasiswa Kijang 2022 ini akan mendapat akses untuk belajar dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang dan Sains Komputer. Biasiswa merangkumi yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan juga elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Tarikh Buka Permohonan 16 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan 26 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa Kijang BNM 2022
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Biasiswa TNB Prime) Yayasan Tenaga Nasional yang bernaung di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuka permohonan untuk tajaan bagi pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran ke peringkat Asas/Persediaan sehingga Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara ataupun di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di bawah program Biasiswa TNB Prime.
Tarikh Buka Permohonan 1 Jun 2022 (10.00 pagi)
Tarikh Tutup Permohonan Akan dikemaskini kelak
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa TNB Prime 2022
Anugerah Biasiswa PNB Global 2022 Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuka peluang bagi pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di universiti terbaik di luar negara di bawah program Anugerah Biasiswa PNB Global (PNB Global Scholarship Award 2022). Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2021. Pelajar yang berjaya dipilih akan menghadiri kolej asasi di dalam negara sebelum menyambung peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara.
Tarikh Buka Permohon 13 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohon 24 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Anugerah Biasiswa PNB 2022
Biasiswa Shell Tahun 2022 SHELL sudah mula membuka permohonan atas talian bagi program tajaan untuk pelajar lepasan SPM menerusi program Biasiswa SHELL 2022. Tawaran ini adalah untuk calon-calon yang akan ditaja pengajian A-Level dan peringkat Sarjana Muda di kolej dan universiti berprestij di dalam dan luar negara. SHELL mencari pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan juga komersial.
Tarikh Buka Permohonan 16 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan 30 Jun 2022
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan Biasiswa SHELL 2022
“Selamat Maju Jaya” Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memperolehi kecemerlangan dalam SPM baru-baru ini. Semoga perkongsian mengenai biasiswa-biasiswa yang sedia ada ini dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran ke arah yang lebih tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/06/senarai-biasiswa-yang-boleh-dimohon-tahun-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Biasiswa Untuk Lepasan Spm 2021 2022 Bantuan Ipt Negeri

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan Spm 2021 2022 Bantuan Ipt Negeri

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 171 hits
SENARAI BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM TAHUN 2021 2022 BANTUAN IPT Keputusan SPM baru sahaja diumumkan pada 16 Jun yang lalu dan kini tentu ramai pelajar lepasan SPM sedang giat membuat persediaan untuk memasuki IPT Tentunya kos pengajian menja...
Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar Ipt 2022

Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar Ipt 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 467 hits
Berikut adalah senarai wang bantuan untuk pelajar IPT berkelayakan yang ditawarkan oleh pusat zakat baitulmal dan yayasan di Malaysia namun bergantung kepada kelulusan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan Per...
Senarai Pemain Paling Bernilai Di Malaysia Edisi Tahun 2022

Senarai Pemain Paling Bernilai Di Malaysia Edisi Tahun 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 229 hits
Senarai pemain paling bernilai di Malaysia menurut laman web harimaumalaya com my 1 Dion Cools S V Zulte Waregem 850 000 Pemain pertahanan negara Dion Cools kini merupakan pemain paling bernilai dan termahal di Malaysia Dion Cools pemain pa...
Senarai Harga Durian Terkini Tahun 2022

Senarai Harga Durian Terkini Tahun 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 282 hits
Di Malaysia mungkin tiada keadaan 4 musim tetapi kita masih lagi istimewa apabila kita ada musim buah buahan yang mungkin tiada di negara lain dan antara yang paling terkenal dan ditunggu tunggu adalah musim durian Dalam tempoh inilah kita ...
Senarai Drama Korea Tahun 2022

Senarai Drama Korea Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBila ada waktu lapang antara perkara yang selalu dilakukan selain makan tidur dan beriadah sudah pastinya menonton drama Korea Ya sejak dahulu lagi drama Korea menjadi salah satu sumber hiburan untuk aku s...
Senarai Ranking Smka Terbaik 2022 Bersandarkan Gps Spm 2021

Senarai Ranking Smka Terbaik 2022 Bersandarkan Gps Spm 2021

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 335 hits
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977 Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 60 buah SMKA te...
Tawaran Biasiswa Penuh Tajaan Felda Fgv Bagi Lepasan Spm 2021

Tawaran Biasiswa Penuh Tajaan Felda Fgv Bagi Lepasan Spm 2021

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 135 hits
Tawaran BIASISWA PENUH tajaan FELDA FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 khususnya kepada Anak Peneroka Generasi Baharu FELDA Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA kini dibuka melalui Program Global Digital Leadership 2022 Sila rujuk syarat ...
Ini Senarai K Drama Dengan Rating Tertinggi Bagi Separuh Pertama 2022

Ini Senarai K Drama Dengan Rating Tertinggi Bagi Separuh Pertama 2022

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 191 hits
Sudah pun memasuki separuh tahun 2022 pastinya ramai tertanya tanya apakah drama yang meraih rating tertinggi Jom 7 Military Prosecutor Doberman 6 Show Window 5 Love 3 4 Twenty Five Twenty One 3 A Business Proposal 2 Again My Life 1 Our Blu...
Jusuf Kalla Bicara Keromantisan Tahun Politik 2022 Di Rakernas Nasdem

Jusuf Kalla Bicara Keromantisan Tahun Politik 2022 Di Rakernas Nasdem

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 152 hits
Jusuf Kalla Bicara Keromantisan Tahun Politik 2022 di Rakernas Nasdem Dalam kesempatan tersebut Jusuf Kalla mengatakan bahwa momen politik tahun 2022 adalah momen politik yang romantis Menurut dia tahun ini banyak yang tengah mencari pasang...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal

Paling Kejam Bawa Mayat Ke Bank Untuk Apply Loan 3400 Walaweeiii

Pak Ngah Balik

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Zah