Biarlah Himpunan Untuk Suarakan Kepentingan Umat Islam Di Kala Tokoh Islam Kerajaan Kurang Bersuara Dr Maza


SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Nur Effy
December 2, 2018

 
SHAH ALAM –  Himpunan untuk membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin sudah tidak relevan selepas perdana menteri menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasikannya.

Namun, menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, penganjuran himpunan untuk penegasan isu-isu semasa lain yang membabitkan kepentingan umat Islam adalah relevan dalam suasana umat Islam memerlukan suara siasah yang jelas pada saat ini.

Kata Mohd Asri, ini kerana umat Islam pada masa kini sangat gusar dengan perkembangan mutakhir ini.

“Realitinya, umat Islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir. Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

“Pihak lain kelihatan lantang suara mereka menuntut pelbagai hak. Itu pun hak mereka untuk bersuara. Sementara kebanyakan tokoh politik umat Islam dalam kerajaan hanya diam, ataupun kurang bersuara.

“Apatah lagi ada yang begitu apologetik dengan Islam.

“Maka, biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Asri, ramai tokoh politik dalam kerajaan hari ini pernah memperjuangkan perhimpunan aman sebelum menjadi pemerintah, maka perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang janggal untuk pihak lain pula untuk berhimpun secara aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang.

“Apatah lagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun tegas Mohd Asri, perhimpunan aman yang hendak dilakukan itu boleh dianggap ikhlas dan bertujuan untuk kepentingan umat jika ia bebas daripada slogan kepartian dan tidak berkempen menaikkan parti-parti politik tertentu.

Kata beliau, ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok dan objektifnya adalah perhimpunan untuk umat, daripada umat dan kepada umat.

“Saya juga ingin mengingatkan, Islam itu adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan agama.

“Perhimpunan itu tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam.

“Seruan Islam ialah mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian. Saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.

“Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai perhimpunan aman itu agar mengamalkan akhlak Islam iaitu tidak memaki-hamun, mencarut, melaungkan ungkapan yang menyanggahi prinsip Islam, mengelakkan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam serta menghormati hak jalan.

“Demikian juga hendaklah mereka mematuhi arahan pihak keselamatan demi kebaikan negara,” katanya lagi.

Penganjur himpunan, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sebelum ini menegaskan akan meneruskan himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini, namun ia bertukar format daripada himpunan bantahan kepada himpunan kesyukuran.

Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yah­ya berkata, pihaknya menjangkakan himpunan tersebut tidak akan menghadapi masalah memandangkan mereka menerima respon positif daripada DBKL dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneruskan himpunan berkenaan.

Ujarnya, pihaknya kini hanya menunggu kelulusan permohonan permit penganjuran perhimpunan daripada DBKL. 
-SuaraTv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/biarlah-himpunan-untuk-suarakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Liew Sebak Lihat Himpunan Sejuta Umat Islam

Ustaz Ebit Liew Sebak Lihat Himpunan Sejuta Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 576 hits
Sebak tengok himpunan sejuta orang ini dipenuhi dengan kasih sayang solat berjemaah dan menyampaikan kebenaran Allah yang Maha Baik dan Maha Kaya Semoga kita orang Islam akan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan iman dan kasih sayang berg...
Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 321 hits
Published on December 4 2018 in by TASEK GELUGOR Himpunan Ummah pada Sabtu ini perlu terus diadakan bagi menandakan tanda syukur kerana nasib Islam dan Melayu terutama masih terbela di Malaysia Naib Ketua Pemuda Umno Tasek Gelugor Muhammad ...
Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 434 hits
aajal maaut seseorang semuanya di tangan Allah Dia yang menentukan masa dan tempat di mana kita akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya Namun kemaatian yang diimpikan seorang muslim sudah pastinya di tempat suci seperti Mekah ...
Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 379 hits
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titahnya mengklasifikasikan bangsa Melayu pada ketika ini semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Foto Bernama MELAKA Timbalan Yang Di Pertuan Ag...
Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 738 hits
Viral Foto Lusinan Sekumpulan Pemuda Suriah Dirantai Tentara Rezim di Damaskus Ini Faktanya Rabu 5 Desember 2018 12 48Foto Foto peuda Suriah dirantai yang dibagikan oleh para aktivis KIBLAT NET Damaskus Sebuah foto sekelompok pemuda Suriah ...
100 000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta Rileksmedia

100 000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 418 hits
JAKARTA Kira kira 100 000 ribu orang Islam menyertai perhimpunan di sekitar Monumen Nasional di Jakarta semalam membayangkan peningkatan pengaruh kumpulan Islam menjelang pilihan raya Presiden Indonesia pada tahun depan Perhimpunan itu juga...
Satu Lagi Pengkhianatan Era Bn Kepada Umat Islam Di Malaysia

Satu Lagi Pengkhianatan Era Bn Kepada Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 448 hits
Lewat petang semalam Tabung Haji telah membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusi Abdul Azeez Rahim serta beberapa pengurusan kanannya yang lain Laporan pertama terhadap Yayasan Tabung Haji yang ditubuhkan pada 2016 kerana penyalahg...
Kubu Prabowo Pengkritik Reuni 212 Tak Suka Umat Islam Bersatu

Kubu Prabowo Pengkritik Reuni 212 Tak Suka Umat Islam Bersatu

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 265 hits
Politikus Partai Gerindra ini menambahkan banyaknya umat Islam yang hadir di acara Reuni Mujahid 212 menunjukkan umat Islam tak takut genderuwo yang mencoba menghalang halangi jalannya acara tersebut
039 Saya Tetap Bersuara Demi Kepentingan Rakyat 039 Gobind

039 Saya Tetap Bersuara Demi Kepentingan Rakyat 039 Gobind

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 217 hits
21 November 2018 8 42 PM KUALA LUMPUR Gobind Singh Deo menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mana mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Komunikasi
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara