Biarkan Berpecah Kerana Yang Berilmu Dan Tidak Itu Berbeza


 
Syam Ghaz. 




Pemilihan Pas 2025; Pas Nak Pecah 2 Skali Lagi?


Pemilihan Pas tahun 2015 sudah berlaku perpecahan besar dalam Pas, pertembungan besar 2 kem.


Waktu tu timbul isu Geng Ustak (Hijau) vs Bukan Ustak (Merah/Profesional + Aktivis).


Akhirnya Hadi Awang menang, majoriti geng warna merah tubuhkan parti baru, Amanah.


Pemilihan tahun 2025 dijangka berlaku skali lagi benda sama, kita tengok bulan 10 ni. 


Skrg riak gaduh besar dalam Pas dah terzahir keluar pertembungan 2 kem ni.



Credit poster dari blog Tinta Merah tulisan Tok Ti Mohd Sayuti Omar II. Boleh baca sini; https://msomelayu.blogspot.com/2015/07/kelahiran-ghb-hasil-permukahan-politik.html?m=1


kemaskini] Perlancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan muncul sebagai sebuah lagi parti politik baru di negara ini menggelisahkan beberapa pihak tertentu. Yang pastinya ialah daripada Pas sendiri kerana hampir seratus peratus mereka yang terlibat dengan GHB itu merupakan bekas pemimpin dan ahli Pas. Paling membimbangkan Pas, kerana tawaran atau bentuk perjuangan GHB ini bersifat progresif, peduli massa dan serasi dengan jiwa anak-anak muda.

Pakatan sudah relai? 













Memerhati kepada beberapa majlis membabitkan GHB kehadiran anak-anak muda telah memeriahkan suasana. GHB berpotensi menjadi sebuah gelanggang massa, masa depan yang ditangani anak-anak muda.

Kenapa mereka (bekas pemimpin Pas) mengambil keputusan yang mendukacitakan itu, dan satu situasi yang tidak menenangkan keadaan Pas; umum sudah sedia maklum, akan sebab musababnya. Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya lagi di sini secara lebih mendalam dan tuntas bagi mengelak saya bias. Cuma apa yang hendak disebut tuduhan mereka kecewa sehingga membentuk wadah baru adalah subjektif sekali.

Umno turut gelisah

Bukan sahaja Pas, tetapi Umno juga gelisah dan tidak tenang dengan kewujudan GHB, walaupun ianya tidak sedukacita para pemimpin Pas dan pencinta Pas hari ini. Bagi Umno melihat kemunculan Harapan Baru, tidak menuntaskan segala kehendak dan perancangnnya selama ini. GHB telah memancung impi angan Umno sebelum ini untuk meletakkan parti itu terus di atas tunggak kekuasaanya.

Sejak wujudnya Pakatan Rakyat secara rasmi selepas pilihan raya 2008 dan membawa kepada saat berakhirnya riwayat pakatan itu (Jun 2015), ia memberi tekanan berat kepada Umno dan BN seluruhnya, Pencapaian Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya 2008 dan 2013 dimana hampir-hampir menenggelamkan kekuasaan UBN, menyebabkan parti itu terperagah begitu sekali.


Bentuk fraksi baru Pakatan.













Kejayaan menguasai empat buah negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta mengekalkan Kelantan (2008) serta sekali gus menguasai majoriti 2/3 di parlimen menjadikan Umno tidak senang duduk. Sejak itu Umno menjadi patah tulang berlakang dan dikhuatir akan lumpuh. Ia menghampiri kepada kenyataan itu jikalau Pakatan Rakyat terus utuh.

Umno walaupun masih memerintah tetapi parti itu tidak tenang, resah gelisah sepanjang masa. Kemenangan tidak menjadi tilam dan bantal lembut buat mereka. Bayangan kekalahan menjelma setiap saat dalam mata parti berkenaan selepas itu. Kesan daripada keserabutan itu menyebabkan Umno berkecemukan dan bergasak sesama sendiri walaupun tanpa menggunakan siku dan lutut.

Tunding menunding berlaku menyalahkan antara satu sama lain. Umno dan BN kehilangan gah. Perbalahan bukan sahaja menimpa Umno tetapi kekecamukan juga melanda parti komponen BN yang lain. Sayangnya situasi ini tidak dapat dibaca oleh semua komponen Pakatan Rakyat, khasnya Pas, yang ia memberi peluang besar kepada masa depan Pakatan Rakyat.

Selepas pilihan raya umum tahun 2008, ekoran hentakkan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Perletakan jawatan Abdullah itu ada hubung kait dengan kejayaan Pakatan Rakyat. Umno mengharapkan kelemahan yang disebabkan Abdullah dapat dipulihkan dan kembali kuat apabila Abdullah disingkirkan.

Malangnya apa diharapkan Umno itu tidak kesampaian. Penyingkiran Abdullah secara diplomasi berstrategi itu tidak menyelesaikan masalah. Umno bahkan menjadi lebih teruk lagi. Pilihan raya umum ke-13, 2013 yang dikepalai Najib Razak yang mengambil alih jawatan daripada Abdullah Badawi dan disokong kuat oleh bekas PM dan presiden Dr Mahathir Mohamad, ternyata tidak dapat mengembalikan kekuatan UBN. Patah tulang belakang yang menimpa Umno semakin parah


Kekuataan atau pun serangan daripada Pakatan Rakyat menjadikan Umno terkapai-kapai. Keadaan ini menjadikan Umno hilang formula dan berbagai penawar diguna tidak mujarab lagi. Umno seperti sudah kehilangan kompas dan kepandiran akal dan kebebalan tindakan. Umno berkeadaan seperti dimakan sumpah dan hukum karma alam.

Kali ini Pakatan Rakyat bukan sahaja menafikan majoriti 2/3 di parlimen tetapi undi popularnya juga melebihi 2 peratus berbanding dengan UBN. Pakatan Rakyat meraih 51% undi bersamaan (5.5 juta undi) manakala UBN sebanyak 47% undi bersama 5.2 juta undi. Keputusan atau pencapaian ini pertama kali dalam sejarah politik Malaysia dimana parti kerajaan kehilangan suara popular.

Kedudukan ini menyebabkan Umno bingkas dan membuat penilaian serta insaf mengakui sekiranya mereka hilang 4 peratus undi sahaja lagi dalam piihan raya akan datang, mereka akan hilang kerjaan dikuasai selama lebih setengah abad. Situasi inilah yang memanikkan Dr Mahathir menyebabkan orang tua itu tidak lena tidur memikirkan nasib dan masa depan Umno, yang mana kelangsungan kekuasaan Umno akan menyelamatkan jenayah dilakukannya.

Mahathir bimbang kehilangan kerajaan UBN bukan sahaja beliau tidak sempat meninggalkan legasinya, menakhtaikan anaknya, tetapi ia menjadi pintu penjara makin luas menghadapnya.

Itulah keadaan dan realiti dalam Umno. Menyedari itulah maka Umno mula merancang dan membuat persiapan untuk memulihkan keadaan. By hood or crook mesti dilakukan. Salah satau langkah yang diambil Umno ialah, mereka harus memecahkan perapaduan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.


dinobat sebagai ketua dan roh Pakatan itu sendiri terletak ditangan Anwar.
5. Dalam pada itu menawarkan berbagai kemudahan kebendaan dan kewangan serta bantu Pas mengatur strategi macam mana untuk menguasai Pas, termasuk mempertahankan kerajaan Kelantan tanpa berkongsi dengan golongan profesional.
6. Dan, pemenjaraan Anwar Ibrahim selama lima tahun atas dakwaan liwat juga merupakan strategi memecahkan Pakatan Rakyat.

Melihat kepada beberapa langkah itu Umno serius dan melangkahi jauh ke dalam Pas demi mencapai matlamatnya. Untuk tujuan ini juga Pas dilayan dengan baik, tanpa menyedari layanan itu sebenarnya layanan Ali Baba kepada Kassim Baba sahaja.

Sayangnya tektik dan strategi Umno ini tidak terbaca oleh sesetengah pemimpin Pas yang mudah terulik dengan bacaan ayat-ayat Quran yang didendangkan dengan berbagai taranum, al Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikh dan Jirarkah dan sebagainya.



Melihat kepada beberapa langkah itu Umno serius dan melangkahi jauh ke dalam Pas demi mencapai matlamatnya. Untuk tujuan ini juga Pas dilayan dengan baik, tanpa menyedari layanan itu sebenarnya layanan Ali Baba kepada Kassim Baba sahaja.

Sayangnya tektik dan strategi Umno ini tidak terbaca oleh sesetengah pemimpin Pas yang mudah terulik dengan bacaan ayat-ayat Quran yang didendangkan dengan berbagai taranum, al Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikh dan Jirarkah dan sebagainya.

Hasil daripada bantuan dan strategi yang dibuat Umno itu, akhirnya mereka berjaya, fasal pertamanya membuang golongan profesional dalam Pas, dan membiarkan Pas dikuasai oleh golongan agama yang mudah dijinakan. Tindakan pertama dalam proses ini ialah menyingkirkan Husam Musa dari kerajaan Kelantan, kemudian diikuti tindakan dalam muktamar.

Selepas kejayaan itu ia membawa hasil besar apabila golongan ulama telah mengusulkan agar memutuskan hubungan dengan DAP. Perpecahan Pas dengan DAP adalah satu kejayaan besar Umno yang diharapkan mereka akan dapat menguasai semula kecemerlangan politik. Tindakan ulama itu boleh dianggap dewan ulama telah memainkan peranan Umno. Umno ketawa terbahak-bahak meraikan kejayaan ini.

Perlu disebut, perpcahan Pas dengan DAP, bukan sahaja disebabkan kelalaian dan kecetekan politik Pas membaca strategi Umno, tetapi DAP juga gelojoh dalam membuat keputusan. Tindakan Lim Guan Eng yang bertindak mematikan Pakatan Rakyat (tanpa Pas) hanya kerana usul daripada Dewan Ulama yang belum diputuskan sesuatu tindakan gelojoh dan tidak praktikal.

Sikap DAP ini juga disukai oleh Umno dan parti itu terus mengipas agar bara perpecahan dalam Pakatan terus menyala dan berasap. Umno kini sedang membaca talqin atas kematian Pakatan Rakyat.

Demikianlah senario yang berlaku dan memporak perandakan Pas hari ini. Justeru kalau diperhatikan kepada senario itu, ahli atau pemimpin Pas tidak perlu kesal dan marah dengan kewujudan GHB ini. Mereka perlu juga menyalahkan diri mereka sendiri sehingga GHB menjadi kenyataan. Mereka perlu mengingati apakah perbuatan tercela yang dilakukan sehingga memungkin GHB termengandung.

Sejak awal lagi saya sudah memberi bayangan akan masalah ini akan terjadi, dan musibah ini perlu dielakkan. Tetapi pemimpin Pas yang baru tidak mempedulikannya. Mereka "semabur" dengan kedudukan dan gila glamour. Hanya hari ini setelah kandungan GHB sudah membesar dan bakal dilahirkan baru menaruh kebimbangan dan mula berfikir bayi itu perlu dibunuh. Politik jahiliah tidak pantas lagi diamalkan di era ini.

Sebelum ini pemimpin Pas memandang sepi dan menghina usaha golongan yang kalah ini. Apa yang mereka tidak kata dan luahkan. Ada yang mengucap selamat dan membayangkan GHB akan mati dalam kandungan dan kalau pun lahir akan cacat. Ada pula yang kata GHB boleh bertahan dua tahun sahaja. Nah, kalau begitu kenapa harus dibimbang dan dipedulikan?

Saking marahnya, sesetengah pemimpin Pas menggunakan apa sahaja untuk menghalang hasrat dan niat bekas pemimpin Pas itu. Paling akhir cuba pula menggunakan ayat-ayat Quran untuk memagar mereka agar tetap bersama Pas dan menjauhi GHB. Paling baharu isu ikrar bai'ah pula digunakan. Percayalah semua perkakas itu, (ayat-ayat Quran, ikrar dan janji, atau maki hamun dan sumpah seranah) tidak akan merubah keadaan. Mekanisme itu sudah tidak relevan di zaman era langit terbuka dan mata "terbahar" ini.



Konsep dan prinsip ayat-ayat Quran itu sendiri ia diturun dan terpakai kepada orang-orang beriman sahaja. Dalam politik sekular ayat-ayat Quran bukan menjadi satu pegangan atau bukti atau alat menakutkan. Dalam politik sekular, saksiah, komitmen dan tanggungjawab seseorang (pemimpin) itu yang akan dipedulikan. Manakala kejayaan yang diperjuangkan itu adalah kemuncak kepada kehebatan dunia politik sekular.

Bukankah kita semua hari ini bergelumbang dalam politik sekular? Sekular bukan sahaja kepada Umno, DAP, PKR atau GHB, sekular juga kepada Pas. Ayat-ayat Quran, hadith dan ijmak yang dibaca oleh pemimpin Pas, bukan menjadi pagar dan didengari lagi, bahkan ia tidak relevan dalam politik sekular. Lainlah kalau Pas meninggalkan sistem politik sekular dan kembali kepada politik haraki sepenuhnya, baharulah ayat-ayat Quran dan hadith yang lunak dibaca itu terpakai. Itupun berlaku kepada ahli Pas sahaja.

Sumpah dan janji tidak ada dalam politik. Perjanjian dalam politik bukan untuk disetiai, tetapi untuk dimungkiri. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Dalam politik wang boleh mengabui wajah Tuhan.

Bertolak daripada frasa kata itu, paling afdal bagi ahli Pas yang kini mulai kepanasan dengan kewujudan parti baharu, ialah kembali ke dalam diri, perkuatkan organisasi sendiri, dan jangan peduli apa yang berlaku dalam rumah orang lain. Jagalah tepi jubah kita dahulu untuk mengatakan pelikat orang lain kontot.

Bekas pemimpin Pas kini sedang membina dan menempa rumahnya sendiri apabila mereka dihalau kejam, biarlah mereka hiasi rumah mereka mengikut kehendak dan citarasanya. Hormatilah mereka. Dan jika ia sudah siap sempurna nanti, kalau kita teringin untuk menziarahinya, atau makan kenduri naik rumah, silakan. Rasanya mereka takkan murih.

Saya jamin mereka tidak akan menghalau kerana orang Pas adalah darah daging mereka juga yang bertutur dalam loghat Melayu, beragama Islam, dan sama-sama suka makan ikan perkasam. Pas perlu ingat kelahiran GHB atau parti baru dari usaha GHB itu adalah anak hasil permukahan politik Pas sesama sendiri. Anak itu tetap suci dan mulia, melainkan bapak-bapak mereka yang berdosa dan perlu bertanggungjawab. 

Dan .. ini punch line, penubuhan parti baru yang diusahakan GHB ini telah menjadi anti klimeks kepada Umno yang mahu melihat Pakatan Rakyat hancur, tetapi apa yang terjadinya GHB bukan sahaja menjadi penyambung nyawa kepada Pakatan Rakyat, tetapi GHB akan menjadi tali yang akan mengikat kejap dan kemas Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan UBN dalam pilihan raya akan datang. Ikatan kali ini mungkin menjadi lebih kuat dan kejap lagi, apabila komponen-komponen yang ragu-ragu seperti Pas sudah tidak ada bersama lagi. [wm.kl.9:59 am 24/017/15]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/biarkan-berpecah-kerana-yang-berilmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 124 hits
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya untuk Blog SEO 2025Dalam dunia penulisan blog pemasaran kandungan dan pembangunan laman web Search Engine Optimization memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu artikel atau lama...
Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 134 hits
JERANTUT Semua anak tempat berkongsi suka duka Susah senang kami bincang bersama kini semua pergi serentak kata Aziz Jaafar 50 bapa kepada empat anak termasuk menantu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Jerantut Maran awal pagi ...
Berdamailah Dengan Takdir Wahai Hati Takdir Itu Bukan Musuhmu

Berdamailah Dengan Takdir Wahai Hati Takdir Itu Bukan Musuhmu

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 58 hits
Duhai Hati Berdamailah dengan TakdirPernah tak rasa hidup ni macam tak adil Kita dah usaha Kita dah doa Kita dah tunggu Tapi yang kita harapkan tetap tak jadi milik kita Orang lain yang dapat Kita Duduk termenung tanya diri Apa lagi yang ku...
Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 126 hits
Kecoh di media sosial hari ini mengenai kisah seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri kategori asnaf tampil memberi kritikan terhadap pemberian bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dianggap kuno Dalam video itu wanit...
Mungkin Tya Bersiap Ketika Itu Sehingga Ternampak Sedikit Rambut Tya Masih Muda Asyraf Khalid

Mungkin Tya Bersiap Ketika Itu Sehingga Ternampak Sedikit Rambut Tya Masih Muda Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 82 hits
Melalui sesi temubual bersama portal hiburan popular suami kepada pempengaruh Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid tampil perjelaskan isu beberapa foto yang menampakkan rambut isterinya 8216 Pakai tudung nampak rambut adalah tidak disengajakan 8...
Politik Itu Tipu Muslihat

Politik Itu Tipu Muslihat

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 65 hits
Credit Saudara Hamdan Taha ZAMAN RUNTUHNYA KEPERCAYAANSejak Merdeka 1957 belum pernah rakyat Malaysia hilang kepercayaan sedalam ini Kini tahun 2025 kita hidup dalam zaman kosong Tiada pemimpin dijulang Tiada parti dipercayai Tiada janji di...
Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Follow Up Di Kpj Seremban

Bts We Are Back

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam