Politik Itu Tipu Muslihat
Credit:
Saudara Hamdan Taha ✍️
ZAMAN RUNTUHNYA KEPERCAYAAN
Sejak Merdeka 1957, belum pernah rakyat Malaysia hilang kepercayaan sedalam ini.
Kini tahun 2025 — kita hidup dalam zaman kosong.
Tiada pemimpin dijulang.
Tiada parti dipercayai.
Tiada janji diyakini.
💔 Ini bukan sekadar krisis politik. Ini krisis jiwa bangsa negara.
1️⃣ Pemimpin bukan lagi bayang tokoh silam.
Semua parti pernah berdolak-dalik.
Semua tokoh pernah berpaling tadah.
Yang tinggal hanyalah persembahan lakonan bukan perjuangan sejati.
2️⃣ Pilihan raya bukan lagi medan suara rakyat.
Ia jadi pentas sandiwara.
Rakyat undi selepas menang tapi janji tingal janji
Kerajaan tumbang tanpa mandat rakyat.
Rakyat sedar — undi mereka tak ubah apa pun balik cerita yg sama..yaa sama belaka..
3️⃣ Lompat parti jadi budaya. Khianat jadi biasa.
Memerangi rasuah hanya penyedap kata..
Rakyat tak tahu siapa musuh, siapa kawan.
Dulu lawan kini kawan.
Dulu kawan kini fitnah.
Politik jadi lautan penuh bisa patukkan yang menenggelamkan harapan.
4️⃣ Gen Z? Mereka ketawa.
Mereka tiada idola. Mereka tak percaya sistem.
TikTok mereka penuh sindiran.
Mereka tonton politik bukan untuk faham — tapi untuk hiburan telingan se-mata
5️⃣ Dan yang paling menakutkan — rakyat sudah tidak peduli.
Bukan sebab mereka bodoh. Tapi sebab mereka kecewa.
Dan dari kecewa… lahirlah satu ruang kosong kerana..
Hakikat apa pun situasi negara ia harus ada kerajaan melalui proses undi pilihanraya..
🤔 Siapa bakal isi ruang undi ini?
Bukan orang politik.
Bukan bekas menteri.
Bukan ahli parti yg sokong membuta tuli..
Bukan parti lama berwajah baharu.
💥 Yang akan bangkit ialah suara dari rakyat sendiri.
Yang tak gila kuasa.
Yang tak menjual agama.
Yang tak ulang janji basi.
Yang tak jual nama BANGSA ,AGAMA,REFORMASI..apa ntah lagi janji palsu..janji tak ditepati..
📣 Inilah masa untuk ADA GERAKAN BARU.
Bukan untuk jadi kerajaan tapi jadi neraca timbangan
Bukan untuk bertanding — tapi untuk membersih dan memadamkan budaya sokong tanpa usul periksa..
Tulisan ini bukan untuk minta sokongan menjadi YB— tapi minta rakyat celik dan menilai dan sekata sederap memberi tekanan..
🌪️ Zaman ribut sedang tiba. Tapi ini juga peluang.
Daripada runtuhan kepercayaan agar lahir sebuah ombak kesedaran untuk kita bersama sekata..
📍Jika kamu pernah undi dan kecewa…
📍Jika kamu ingin lihat negara yg lebeh dihormati
📍Jika kita mahu tingalkan warisan yg lebeh baik
Maka mungkin ini seruan untuk kamu bangkit.
Bukan sebagai penyokong — tapi sebagai penentu.
#GAP GolonganArasPenentu
#SuaraRakyatBebas
#ZamanBangkitYangBaru
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/politik-itu-tipu-muslihat.html