Biarkan Anak Menangis Tak Dapat Masuk Dapur Dapur Tempat Paling Tak Selamat


Dalam jangka hayat atau kehidupan seorang kanak-kanak, ruang lingkup pergerakannya hanya di beberapa lokasi atau kawasan. Kawasan rumah, bilik tidur, ruang makan dan tandas adalah antara tempat yang kerap dikunjungi si kecil yang biasanya jarang ditemani golongan dewasa.

Secara amnya, kanak-kanak terdedah dengan kecederaan yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka. Keselamatan kanak-kanak adalah sangat penting bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan.
KESELAMATAN DALAM RUMAH
BILIK TIDUR
Dalam tak sedar sebenarnya banyak kemalangan yang berlaku dalam bilik tidur. Risiko untuk anak terjatuh dari katil amat tinggi lebih-lebih lagi jika mereka tidur Bersama orang dewasa. Untuk mengelakkan risiko anak terjatuh dari katil yang tinggi, anda dinasihatkan supaya menggunakan ketinggian katil yang sesuai. Katil yang lebih rendah sebenarnya lebih baik.
Anda juga boleh mengasingkan tempat tidur si kecil. Letak anak anda di dalam katil bayi agar lebih selamat. Pastikan tiada mainan, kain selimut atau bantal yang terlalu banyak di atas katil bayi kerana boleh menyebabkan risiko lemas ketika tidur.
Sekiranya menggunakan wayar terbuka pastikan ia dilekat di dinding, tempat tinggi dan tidak menghalang laluan. Biarkan cahaya yang terang di bilik. Gunakan mentor yang sesuai untuk menghasilkan cahaya yang terang supaya pergerakan si kecil sentiasa dapat diawasi.
BILIK AIR
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Pastikan pintu bilik air sentiasa dikunci. Pastikan juga kunci pintu bilik air dipasang lebih tinggi untuk memastikan agar si kecil tidak dapat membuka kunci tersebut. Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran dan komplikasi Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika berada di dalam bilik air. Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan tanpa pengawasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
Kosongkan bekas air atau timba jika tidak digunakan. Terbalikkan bekas air atau timba yang kosong. Tutup takungan/bekas air.
DAPUR
Untuk keselamatan di dapur pula, pastikan permukaan lantai dapur yang digunakan tidak licin dan boleh mencederakan kanak-kanak. Jika perlu pasang pagar supaya bayi tidak dapat masuk ke bahagian dapur.
Barang tajam dan merbahaya seperti pisau, gunting, alat pembuka penutup tin dan sebagainya diletakkan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh si kecil.
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik. Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur dan jangan mendukung anak kecil ketika memasak. Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah. Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat. Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh dan menyebabkan kecederaan seperti melecur di bahagian kulit.
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan, objek panas seperti sterika dan dapur, Haba daripada minyak masak yang terlampau panas atau percikan api, kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah, terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
TERCEKIK
Tercekik antara sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik. Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Untuk mengelakkan anak daripada tercekik, jangan benarkan anak anda makan ketika bermain. Anda perlu sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan supaya anak mudah untuk kunyah dan telan. Selain itu pastikan juga lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung. Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak. Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Jika kanak-kanak mengalami kecederaan sila bawa ke klinik berdekatan ataupun hospital bagi tujuan untuk mendapatkan rawatan. Talian 999, panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan polis dan ambulans, 994 untuk bomba manakala 991 khusus bagi mendapatkan bantuan penyelamat dan kecemasan.
SUMBER: PORTAL MYHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Biarkan Anak Menangis Tak Dapat Masuk Dapur, Dapur Tempat Paling Tak Selamat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biarkan-anak-menangis-tak-dapat-masuk-dapur-dapur-tempat-paling-tak-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Ajar Anak Buka Laci Ambil Barang Di Dapur Biar Dia Tak Pandai Lagi Selamat

Tak Perlu Ajar Anak Buka Laci Ambil Barang Di Dapur Biar Dia Tak Pandai Lagi Selamat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 377 hits
Malang tidak berbau Hal hal yang tidak kita jangkakan tidak mustahil terjadi jika kita tidak mengamalkan sikap berhati hati dan peka dengan sekeliling Lebih lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil semua perkara perlu difikirkan risikonya ...
Ada Anak Kecil Port Ni Paling Mereka Suka Biar Kita Tegas Daripada Menangis Kemudian

Ada Anak Kecil Port Ni Paling Mereka Suka Biar Kita Tegas Daripada Menangis Kemudian

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 436 hits
Bila ada anak kecil ibu ayah mesti pastikan rumah adalah tempat paling selamat untuk mereka Bukan apa anak anak kecil ni mereka ada satu sifat ingin tahu tetapi tak sedar itu boleh membahayakannya Jadi segala gerak geri anak ibu bapa kena a...
Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin Anak Masih Di Nicu

Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin Anak Masih Di Nicu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 365 hits
Selebriti Indonesia Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam Menerusi instagramnya Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya Sungguh pun begitu kesihatan bayi keempat yang ...
Yana Samsudin Selamat Bersalin Anak Kedua Perempuan

Yana Samsudin Selamat Bersalin Anak Kedua Perempuan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 546 hits
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Yana Samsudin dan suaminya pelakon dan penerbit Fadzil Zahari atas kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi perempuan pada pagi Sabtu lalu Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini mene...
Hiburan Adam Eiman Ikut Jejak Langkah Bapa Masuk Industri Seni Datuk Hattan Tak Mahu Anak Abai Pelajaran

Hiburan Adam Eiman Ikut Jejak Langkah Bapa Masuk Industri Seni Datuk Hattan Tak Mahu Anak Abai Pelajaran

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 274 hits
Mengikuti jejak langkah bapanya iaitu Datuk Hattan Adam Eiman difahamkan kini sedang aktif dalam dunia muzik Meskipun begitu sebagai seorang bapa Datuk Hattan meluahkan perasaan bahawa dia tidak mahu anak lelaki tunggalnya itu mengabaikan p...
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 413 hits
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4U Trades Investment B4U Trades Investment merupakan platform jana pendapatan pasif The post appeared first on
Ardell Menangis Tinggalkan Suami Anak Demi Misi Bantuan Di Sabah

Ardell Menangis Tinggalkan Suami Anak Demi Misi Bantuan Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 366 hits
Semua sedia maklum mengenai situasi COVID 19 di Sabah yang semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Nadzmi Adhwa dia memaklumkan isterinya pelakon Ardell Aryana turut terba...
Yogurt Strawberry Pops Kudapan Segar Anak Masuk Mulut Terus Cair

Yogurt Strawberry Pops Kudapan Segar Anak Masuk Mulut Terus Cair

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 295 hits
Jika sebelum ini resipi Yogurt Bak yang cukup popular dan dikenali sesuai untuk bayi yang mengalami masalah gatal gatal gusi kali ini anda juga boleh mencuba Yogurt Strawberi Pop ini yang lebih comel saiznya Malah resipi ringkas yang dikong...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur