Biar Ramai Mati Dr Mahathir



(Malaysia Gazette) – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada bulan lalu sebagai punca penularan wabak Covid-19.
Dalam hantaran di Facebook pagi ini, Dr Mahathir mendakwa PRN Sabah sepatutnya tidak diadakan kerana ianya sudah diadakan pada tahun 2018.
Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menang dan tubuh kerajaan tetapi kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat untuk menguasai Sabah.
Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, Warisan terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadakan PRN.
”Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh Kerajaan.
”Tapi Kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat kuasai Sabah juga melalui pintu belakang. Untuk elak daripada ini berlaku, Kerajaan Warisan terpaksa dibubar untuk adakan PRN. Maka menanglah duit, kerana dia raja,” katanya.
Menurut Dr Mahathir lagi, PRN yang diadakan itu kosnya tinggi, bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi serangan Covid-19 dari Sabah berkembang ke Semenanjung.
Namun, kenyataan panas bekas Perdana Menteri itu disanggah dan dikecam oleh para pengikut dan netizen.
Pengguna akaun Zack Rambo berkata: ”Tun mudah lupa… 2018 Musa Aman dl angkat sumpah ketua menteri, kene cantas sbb katak… tun mudah lupa”.
Kovalagan Somasanderam pula berkata: “No 2 itu kenyataan yg salah Tun, PRU hari tu BN yg menang tapi ada ADUN UPKO lompat ke Warisan memyebabkan Warisan boleh tubuh kerajaan. Nak tipu pun biarlah berpada Tun”.
”Bila masa Warisan Menang PRU 2018…Pening ke ape ni…Semua Org tau la..,” kata pemilik akaun Muhamad Azmi.
Mohd Redzuan Abdul Rahman pula menulis: ” Warisan pun tebuk pintu blkg tun..🤣🤣🤣…kena timbal blk ikut pintu blkg jgn marah la…😂”.
Manakala Adelica Rin berkata: ”Warisan kalah pru 14..mana ada menang..penipu betul Tun ni..”.
Untuk rekod, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 menyaksikan Barisan Nasional (BN) Sabah terikat jumlah kerusi dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan partinya daripada Pakatan Harapan (PH) masing-masing memperoleh 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (Star).
BN Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dua ADUN Star, sekaligus memperoleh majoriti mudah dengan 31 undi yang membolehkan BN membentuk kerajaan.
Namun, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar daripada BN tetapu empat ADUN UPKO kekal menyokong Musa sebagai Ketua Menteri, sekali gus membolehkan Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah.
Tetapi pada 11 Mei, enam Adun BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan, sekali gus menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan, lalu menyaksikan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah, 48 jam selepas Musa mengangkat sumpah untuk jawatan itu.
Istana Negeri menyampaikan surat memaklumkan Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri Sabah menerusi setiausaha sulitnya.
Tetapi pada 15 Julai 2020, dua ADUN UPKO,  Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menjadi Adun bebas yang menyokong PN.
Ekoran itu, Musa mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.
Situasi itu mendorong Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
Dalam hantaran itu, Dr Mahathir berkata, PRN Sabah yang diadakan pada akhir bulan lalu kononnya menteri kebal daripada Covid-19.
”Malangnya Covid-19 tidak tahu Menteri kebal. Maka berjangkitlah COVID-19 dan merebaklah. 631 sehari. Dari negeri yang selamat Sabah jadi kluster. Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada. ” ujarnya.
Secara sinis, Dr Mahathir berkata, ada pemimpin tertinggi berkata, kalau menang di PRN Sabah, Pilihan Raya Umum akan diadakan.
Oleh itu, katanya, jangan mungkin janji.
”Adakan PRU. Biar ratusan ribu dijangkiti. Biar lebih ramai mati. Politik lebih utama dari prinsip.
”Apa aku peduli. Aku dapat,” katanya dengan penuh sindiran.

PLEASE FOLLOW US ON FACEBOOK HERE https://www.facebook.com/malaysiatodayportal/  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/12/biar-ramai-mati-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grs Dah Menang Sabah Buatlah Pru Biar Lebih Ramai Mati Dr Mahathir

Grs Dah Menang Sabah Buatlah Pru Biar Lebih Ramai Mati Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad sinis mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum memandangkan Gabungan Rakyat Sabah telah berjaya menawan Sabah pada 26 September lalu Dalam cat...
Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 364 hits
Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya kata Dr M October 1 2020 Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat menolak Najib Razak PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa mengh...
Jangan Mungkir Janji Buat Pru Segera Biar Lebih Ramai Mati

Jangan Mungkir Janji Buat Pru Segera Biar Lebih Ramai Mati

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 347 hits
Jangan mungkir janji adakan PRU biar ratusan ribu dijangkiti Biar lebih ramai mati Politik lebih utama daripada prinsip Apa aku peduli Aku dapat katanya Kenyataan Muhyiddin itu dibuat dalam ceramah kempen PRN Sabah pada 18 September lalu Ia...
Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 328 hits
HAMDAN TAHASebagai orang islam kata kata yang kita tidak boleh terima dan membangkitkan kemarahan paling marah sehingga tidak terhingga apa dia sahabat Bila ada orang kata pada orang Islam kamu tu kafir menuju jalan masuk neraka parti Umno ...
Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 259 hits
272 total views 272 views today Suasana politik negara kita nampaknya kembali bergolak ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga Covid 19 Baru baru ini Ketua Pembangkang Datuk Seei Anwar Ibrahim telah mendakwa memiliki majoriti yang ...
Dulu Saya Tak Percaya Sekarang Pun Tak Percaya Tun Mahathir Tidak Percaya Anwar Ada Sokongan

Dulu Saya Tak Percaya Sekarang Pun Tak Percaya Tun Mahathir Tidak Percaya Anwar Ada Sokongan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 224 hits
336 total views 336 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat soko...
Dengarlah Nasihat The Old Man Ni Dah Penat Dah Kata Tun Mahathir

Dengarlah Nasihat The Old Man Ni Dah Penat Dah Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 324 hits
Entahlah Nak kata padan muka pun kesian pulak Tapi saya cuma doakan negara ini kembali aman dan stabil penat dah kata Dr Mahathir Dengarlah nasihat the old man ni selagi dia masih hidup Dah penat dah kata Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan k...
Kem Mahathir Fail Usul Tak Percaya Terbaru Terhadap Pm Muhyiddin

Kem Mahathir Fail Usul Tak Percaya Terbaru Terhadap Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 266 hits
1 148 total views 1 148 views today Kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memfailkan usul tidak percaya terbaru dalam usaha menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan ...
Taikun Hartanah Kroni Mahathir Ting Pek Khiing Meninggal Dunia

Taikun Hartanah Kroni Mahathir Ting Pek Khiing Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 479 hits
HARTAWAN yang juga pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia hari ini Memetik laporan portal Seehua mendiang Pek Khiing menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun Berita pemergiaan mendiang telah disahkan namun punca kema...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall