Biar Mca Buat Keputusan Sendiri Hak Kamu Berpeluk Cium Mulut Dap


bebasnews.my
By Hassan Mohd Noor
-22/04/2024
SEPANG — Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu terus panas apabila seorang pemimpin MCA tampil meminta UMNO tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat parti itu

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini bertanya, di mana logiknya mahukan parti komponen BN itu membantu parti yang berusaha bersungguh-sungguh hendak menjahanamkan MCA.

“Kan dia orang (DAP) yang dah nyatakan mereka tak suka MCA, tak dengar ke pemimpin-pemimpin UMNO ini?

“Cukuplah! Biarlah MCA buat keputusan sendiri, yang UMNO nak berpeluk dan cium mulut dengan DAP, itu hak kamu, kami tak dapat campur tangan, pada masa yang sama juga jangan campur tangan keputusan MCA,” katanya.

Pada Jumaat, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Susulan itu, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan ‘memujuk’ MCA turun membantu calon PH dan yakin perselisihan faham antara MCA dan PH dapat diselesaikan lebih-lebih lagi dua parti itu sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Chin Han dalam kenyataannya turut mempersoalkan tindakan memainkan semula sentimen Semangat BN bagi menggalakkan MCA dan MIC turun padang untuk membantu calon PH pada PRK itu.

“Tiba-tiba, baru saya diingatkan wujudnya “Semangat BN”, macam dah lama terbenam semangat yang dipupuk sejak ditubuhnya Barisan Nasional pada 1973 bagi menggantikan Perikatan.

BN kalah teruk pada PRU yang lepas, kita kehilangan banyak kerusi disebabkan kehilangan sokongan semua kaum, Melayu tak sokong UMNO, Cina tak sokong MCA mahupun India tak sokong MIC.

BN cuma tinggal 30 kerusi, “tiba-tiba” BN “ditarik” masuk Kerajaan Perpaduan, ada pihak yang dapat jawatan kerajaan, ada pihak yang diketepikan,” katanya.


Beliau mendakwa selama 17 bulan, MCA (dan MIC) diketepikan, diabaikan, dicampak dan disepak ke kiri kanan, dilucutnya semua jawatan kerajaan pusat termasuk pegawai-pegawai di jabatan, begitu juga jawatan badan berkanun.

“Selain itu, MCA dikutuk, dicaci, dijadikan bahan lawak termasuk dilabel “biawak hidup” oleh Pengarah Komunikasi UMNO,” katanya.

Menurut beliau lagi, MCA juga turut dinafikan peluang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri, malah mendakwa sering dibuli dan diserang oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Dan terbaru katanya, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengeluarkan kenyataan ” saya bukan tak suka BN tapi cuma tak suka MCA”.

Katanya, ada juga pemimpin DAP yang mendesak MCA keluar daripada BN, padahal apa hak mereka dan di mana pula semangat perpaduan dalam kerajaan.

“Kini, datangnya PRK Kuala Kubu Bharu, tanpa Mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Pengerusi BN telah mengumumkan akan sokong calon PH iaitu DAP. MCA dan MIC pula membuat keputusan tidak akan membantu berkempen melainkan calon BN.

“Dalam keadaan sebegini, dalam masa inilah tiba-tiba wujud semula semangat BN, yang mana UMNO hendakkan MCA dan MIC turun padang membantu calon PH,” katanya.

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/biar-mca-buat-keputusan-sendiri-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Mca Gesa Hormati Hak Tak Berkempen Untuk Dap

Pemuda Mca Gesa Hormati Hak Tak Berkempen Untuk Dap

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 138 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 23 2024 10 32 AMPemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP dihormati semua pihak Ketua penerangannya Neow Choo Seong menegaskan pihaknya bagaimanapun kekal meraikan k...
Education Ministry Dap Owe Public An Explanation On Dlp Says Mca Youth

Education Ministry Dap Owe Public An Explanation On Dlp Says Mca Youth

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 150 hits
AN MCA Youth leader has called out the Education Ministry for disregarding public opinion and acting unilaterally in relation to the Dual Language Programme calling the move akin to ignoring the wishes of parents and the interests of studen...
Tough To Get Mca Supporters To Back Dap Says Division Leader

Tough To Get Mca Supporters To Back Dap Says Division Leader

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 217 hits
An MCA division leader says the party should stay out of the Kuala Kubu Baharu by election as a matter of PETALING JAYA An MCA division leader has warned that it will be difficult to convince party grassroots to back a candidate from their ...
Dap And Mca Folie Deux

Dap And Mca Folie Deux

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 156 hits
Now it s fated They are in power I ll leave it to you to do what needs to be done Prove that you are capable I will applaud you if you can do it MCA president Wee Ka SiongOf course the DAP and their sycophants think that what the MCA presid...
Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 278 hits
TO what extent one may ask is the decision by MCA not to participate in the upcoming Kuala Kubu Baharu state by election has any bearing on the chances of unity government in retaining the seat held by incumbent DAP For the uninitiated the ...
Dap Reaping What Mca Sowed Wee Reminds Loke

Dap Reaping What Mca Sowed Wee Reminds Loke

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 205 hits
MCA president Wee Ka Siong has reminded DAP leaders that the rights they currently enjoy are from the fruits of MCA s actions since independence Our citizenship rights right to vote enjoyed by DAP leaders now The right to be elected as a re...
Aku Ceraikan Isteri Sebab Mulut Adik Beradik Aku Sendiri Bila Dia Kahwin Lain Barulah Aku Sedar

Aku Ceraikan Isteri Sebab Mulut Adik Beradik Aku Sendiri Bila Dia Kahwin Lain Barulah Aku Sedar

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 230 hits
Jagalah hati pasangan yang sah terlebih dahulu sebelum keluarga janganlah menambah api dengan membiarkan suami atau isteri dibuli keluarga Apatah lagi jika isteri tidak pernah melawan dan mengikut sahaja kehendak keluarga suami walaupun mak...
Dap Mesti Tunjuk Jati Diri Sendiri Berhenti Minta Bantuan Sesiapa Untuk Menang Di Kkb

Dap Mesti Tunjuk Jati Diri Sendiri Berhenti Minta Bantuan Sesiapa Untuk Menang Di Kkb

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 163 hits
Tanpa dapat disangkal oleh sesiapa DAP adalah parti yang cukup kuat dan terbilang standardnya ketika ini Di kalangan masyarakat Cina DAP adalah parti yang terkuat sekali sehingga mampu memenangi paling banyak kerusi Parlimen ketika ini Ia t...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv