Pemuda Mca Gesa Hormati Hak Tak Berkempen Untuk Dap


malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM
Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP dihormati semua pihak

Ketua penerangannya Neow Choo Seong menegaskan pihaknya bagaimanapun kekal meraikan kebebasan mana-mana pihak untuk mengusung bendera DAP atas prinsip demokrasi dan kebebasan.

“Pemuda MCA mengormati pandangan semua pihak berhubung kenyataan Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA pada Jumaat 19 April lalu yang membuat keputusan tidak turun berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sekiranya calon BN tidak diletakkan sebagai calon.

“Pada masa sama, Pemuda MCA juga berharap agar semua pihak menghormati keputusan yang dibuat ini, disusuli keputusan sama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pemuda MCA pada 20 April,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu susulan pendirian MCA itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia akan berusaha untuk meyakinkan MCA agar membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan.

Presiden Umno itu berkata dia telah berjumpa dengan Presiden MCA Wee Ka Siong yang sebelum ini berkata partinya tidak akan menyertai kempen tersebut.

"Saya sudah jumpa Wee dan saya memahami situasi yang dia hadapi ketika kenyataan itu dikeluarkan.

"Saya akan ikhtiarkan cari jalan terbaik (untuk menyelesaikannya)," katanya.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan pula berkata parti komponen gabungan itu mempunyai tanggungjawab membantu dan memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada PKR Kuala Kubu Bharu, pada 11 Mei nanti.

Jelasnya tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak rasa ada isu boikot memboikot, BN pun belum buat mesyuarat lagi, biar kami bermesyuarat dahulu dan dalam mesyuarat itu nanti kami akan berunding, bertukar fikiran dan cari apa jalan terbaik.

“Ini untuk memastikan supaya BN mantap sebagai satu pasukan untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan bertanding pada PRK Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Sementara itu Neow menafikan dakwaan yang menyatakan MCA kemaruk kuasa membidas kritikan pemimpin DAP terhadap partinya.

Tegasnya, sejak kebelakangan ini, pemimpin-pemimpin DAP termasuk setiausaha agungnya, Anthony Loke secara terbuka dan tidak berselindung menghina serta mengguris hati akar umbi MCA dengan pelbagai tuduhan.

“Dia dengan angkuh mengatakan bahawa dia tidak suka MCA dan melabel MCA sebagai parti tauke yang jelas merupakan fitnah berniat jahat memburuk-burukkan MCA.

“Sebelum itu, seorang lagi pemimpin berpengaruh iaitu Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok juga secara terbuka dengan angkuh menghalau MCA keluar daripada BN.

“Tidakkah ini satu penghinaan kepada BN apabila dia sewenang-wenangnya mengarahkan sedemikian?” katanya.

Justeru tambahnya MCA tiada halangan sekiranya mana-mana parti mahu membantu DAP dalam berkempen kali ini.

“Sesiapa pun berhak untuk memikul bendera DAP dan mengusungnya ke mana-mana.

“Jika MCA hormati hak semua pihak, jadi hormati jugalah hak MCA untuk tidak berkempen, kecuali calon BN ditampilkan dalam PRK Kuala Kubu Bharu kali ini,” jelas Neow lagi.

DAP dijangka meletakkan calon untuk mewakili PH bagi mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu yang sebelum ini dipegang selama tiga penggal oleh wakil mereka, mendiang Lee Kee Hiong.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/pemuda-mca-gesa-hormati-hak-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Mca Buat Keputusan Sendiri Hak Kamu Berpeluk Cium Mulut Dap

Biar Mca Buat Keputusan Sendiri Hak Kamu Berpeluk Cium Mulut Dap

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 124 hits
bebasnews myBy 22 04 2024SEPANG Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu terus panas apabila seorang pemimpin MCA tampil meminta UMNO tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat parti i...
Dap And Mca Folie Deux

Dap And Mca Folie Deux

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 142 hits
Now it s fated They are in power I ll leave it to you to do what needs to be done Prove that you are capable I will applaud you if you can do it MCA president Wee Ka SiongOf course the DAP and their sycophants think that what the MCA presid...
Ketua Pemuda Dap Minta Akmal Tunjuk Kematangan

Ketua Pemuda Dap Minta Akmal Tunjuk Kematangan

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 116 hits
Kelvin Yii berkata Akmal Saleh seharusnya mematahkan dasar dengan dasar mengusul usul yang lebih baik dan berwacana secara matang PETALING JAYA Dr Akmal Saleh digesa oleh rakan sejawat DAP agar tidak kata mengata susulan komen ketua Pemuda ...
Dap Tak Terkesan Pendirian Mca Pujuk Pengundi Lebih Penting Daripada Pujuk Parti

Dap Tak Terkesan Pendirian Mca Pujuk Pengundi Lebih Penting Daripada Pujuk Parti

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 154 hits
DAP nampaknya tidak terkesan dan tidak peduli dengan keputusan MCA enggan membantu mereka dalam PRK Kuala Kubu Bharu ini Malah DAP juga tidak berhasrat untuk memujuk MCA Ini kerana kerana bagi DAP yang penting ialah memujuk pengundi bukan m...
Education Ministry Dap Owe Public An Explanation On Dlp Says Mca Youth

Education Ministry Dap Owe Public An Explanation On Dlp Says Mca Youth

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 138 hits
AN MCA Youth leader has called out the Education Ministry for disregarding public opinion and acting unilaterally in relation to the Dual Language Programme calling the move akin to ignoring the wishes of parents and the interests of studen...
Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 239 hits
DAP vice chairman Teresa Kok claimed MCA also did not help out on the campaign trail during the Selangor state elections PETALING JAYA DAP vice chairman Teresa Kok said she was not surprised by MCA s stand to not help her party campaign in ...
Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 265 hits
TO what extent one may ask is the decision by MCA not to participate in the upcoming Kuala Kubu Baharu state by election has any bearing on the chances of unity government in retaining the seat held by incumbent DAP For the uninitiated the ...
Tough To Get Mca Supporters To Back Dap Says Division Leader

Tough To Get Mca Supporters To Back Dap Says Division Leader

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 193 hits
An MCA division leader says the party should stay out of the Kuala Kubu Baharu by election as a matter of PETALING JAYA An MCA division leader has warned that it will be difficult to convince party grassroots to back a candidate from their ...
Where Were You When Dap Attacked Us Mca Man Asks Lokman

Where Were You When Dap Attacked Us Mca Man Asks Lokman

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 151 hits
Neow Choo Seong questions Lokman Noor Adam s commitment to teamwork saying that the latter was absent during attacks on MCA by DAP leaders PETALING JAYA An MCA leader has questioned Umno Supreme Council member Lokman Noor Adam s commitment ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025