Biadap Dap Tongkah Arus Komen Dayangku Intan




1. Rakyat tolak agenda DAP banyak menongkah arus
KUALA TERENGGANU: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris menyifatkan sangat malang apabila institusi pendidikan dicemari tajaan syarikat arak terutama di sekolah aliran Cina.
Beliau berkata, sekolah seharusnya bebas daripada anasir arak, rokok dan perkara yang menjurus kepada elemen yang negatif.
“Sewajarnya Kementerian Pendidikan menolak terus sumbangan dana yang mempunyai imej negatif seperti arak untuk disalurkan kepada sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, isu sumbangan syarikat arak mencetuskan pertikaian susulan kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu dalam majlis amal di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang.
Foto beliau di atas pentas bersama kain rentang memaparkan logo jenama arak menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin politik yang turut membangkitkan garis panduan KPM berkait sumbangan syarikat arak kepada sekolah.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pula membidas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya tidak menjadi ‘Menteri Pendidikan PAS’ ekoran pendirian tegas KPM tidak membenarkan sekolah menerima dana daripada syarikat berkaitan arak, rokok dan judi.
Razali berkata, sangat malang apabila parti DAP begitu berbangga dengan sumbangan hampir RM1 bilion dari syarikat arak tanpa mempedulikan pelajar Melayu Islam yang bersekolah dalam aliran Cina.
“Sumbangan dana syarikat arak ini seharusnya di luar lingkaran sistem pendidikan, seolah-olah tidak menghormati peraturan kementerian.
“Parti DAP selama ini tidak menghormati ketetapan peraturan yang ditetapkan, seolah-olah tidak menghormati semangat muhibbah dan perpaduan serta Perlembagaan Persekutuan.
“Rakyat menolak sepenuhnya sebarang elemen negatif seperti arak dalam institusi pendidikan. Rakyat menolak setiap agenda DAP yang banyak menongkah arus, umpama musang berbulu ayam,” katanya yang juga Exco Kerajaan Terengganu. – HARAKAHDAILY 28/7/2024


2. BlackRock: Mengapa lebih percaya bangsa terkutuk (zionis)? 
Mythreyar Mutturamalinggam
KUALA LUMPUR: Kenapa kerajaan lebih percayakan bangsa yang terkutuk dalam menguruskan lapangan terbang di bawah kawalan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) ini?

Seorang aktivis Palestin, Mythreyar Mutturamalinggam berkata, MAHB telah membuat keuntungan yang banyak untuk negara ini.

“Malah, kita juga mempunyai kepakaran tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dalam pengurusan MAHB. “Namun, kenapa perlu beri MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai syarikat BlackRock Inc yang jelas menyokong rejim Zionis,” katanya ketika sesi Bicara Demi Negara yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di sini, hari ini.
(Lanjut sila rujuk HARAKAHDAILY 28/7/2024)

Turut hadir ialah seorang pempengaruh media sosial Aidil Yunus (atau YB Viral), aktivis bebas Siti Zulaika Olivia dan seorang artis veteren Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Intan Tengku Abdul Hamid.  
Yang Mulia
Dayangku Intanدايڠكو اينتنKelahiranTengku Intan binti Tengku Abdul Hamid
29 April 1966 (umur 58)
Kuala Lumpur, MalaysiaPekerjaanPenyanyi, YouTuber, bekas Ahli politikPasanganRosman YahilAnak-anak4HubunganTunku Ismail Tunku Yahaya (datuk)Kerjaya muzikGenrePop, Pop Rock, BaladaInstrumenVokalTahun aktif1980-kiniSyarikat rakamanOmry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.) (1982 - 1984)
WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.) (1985 - 1992)
Polygram Records Sdn. Bhd. (1993 - 1995)
Senikita Studio (2020 - 2023)
Maklumat YouTubeSaluranDayangkuIntanTV

Menurut beliau, MAHB merupakan aset negara yang sememangnya perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.
Tambahnya, seharusnya tiada sebarang alasan untuk menjual sebahagian saham MAHB kepada GIP milik BlackRock.
“Bagi saya, tidak ada keuntungan pun untuk kerajaan melakukan sedemikian memandangkan ianya melibatkan aset negara ini.
“Akan tetapi, saya tidak faham kenapa kerajaan masih bertegas untuk meneruskan urusan jual beli saham MAHB ini kepada mereka.
“Kita sendiri melihat bagaimana orang-orang Zionis Israel menjajah tanah Palestin sedikit demi sedikit dan perkara tersebut boleh berlaku dalam negara ini jika perjanjian sebegini masih diteruskan.
“Semua orang boleh mengkaji dan menilai sendiri (verify) syarikat BlackRock supaya boleh lihat sendiri bahayanya mereka jika mula mengawal MAHB ini,” jelasnya.
Pada 5 Julai lalu, media melaporkan Mythreyar mengumumkan rancangannya untuk melancarkan mogok lapar di hadapan Parlimen bagi membantah penjualan saham MAHB kepada syarikat berkaitan BlackRock.
Menurut Mythreyar, sepanjang melakukan protes selama lima hari itu, ramai datang mengunjunginya sebagai tanda memberi sokongan dalam usaha perjuangannya termasuk dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan, GIP yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Mythreyar menyatakan kerajaan seharusnya memikirkan nasib yang akan dihadapi oleh mana-mana generasi akan datang sekiranya masih meneruskan penjualan sebahagian saham MAHB kepada BlackRock.
Kata beliau lagi, hal ini kerana sudah terlalu ramai rakyat negara ini yang sedang bergelut dalam ekonomi pada masa ini.
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa jangan disebabkan terlalu nak membangunkan ekonomi negara dengan memangsakan kehidupan rakyat itu sendiri.
“Kita tidak mahu mana-mana generasi yang akan datang perlu menanggung akibatnya akibat daripada tindakan kerajaan itu sendiri yang menjual sebahagian saham MAHB kepada GIP milik BlackRock yang jelas bersifat pro-Zionis.
“Lagipun, apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin juga boleh berlaku dalam negara ini sekiranya kerajaan tidak berjaga-jaga,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/7/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk makluman perkara di atas, turut hadir di majlis itu ialah seorang pempengaruh media sosial Aidil Yunus (atau YB Viral), aktivis bebas Siti Zulaika Olivia dan seorang artis veteren Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Intan Tengku Abdul Hamid.  
Sedikit mengenai beliau..
Yang Mulia
Dayangku Intanدايڠكو اينتنKelahiranTengku Intan binti Tengku Abdul Hamid
29 April 1966 (umur 58)
Kuala Lumpur, MalaysiaPekerjaanPenyanyi, YouTuber, bekas Ahli politikPasanganRosman YahilAnak-anak4HubunganTunku Ismail Tunku Yahaya (datuk)Kerjaya muzikGenrePop, Pop Rock, BaladaInstrumenVokalTahun aktif1980-kiniSyarikat rakamanOmry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.) (1982 - 1984)
WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.) (1985 - 1992)
Polygram Records Sdn. Bhd. (1993 - 1995)
Senikita Studio (2020 - 2023)
Maklumat YouTubeSaluranDayangkuIntanTV

MAHB merupakan aset negara yang sememangnya perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan. Sepatutnya tiada sebarang alasan untuk menjual sebahagian saham MAHB kepada GIP milik BlackRock. Takde untung apa pun kepada kerajaan dan rakyat negara kita.
Tak faham kenapa kerajaan masih bertegas untuk meneruskan urusan jual beli saham MAHB ini kepada mereka. Kita sendiri melihat bagaimana orang-orang Zionis Israel menjajah tanah Palestin sedikit demi sedikit dan perkara tersebut boleh berlaku dalam negara ini jika perjanjian sebegini masih diteruskan.  
Semua orang boleh mengkaji dan menilai sendiri (verify) syarikat BlackRock supaya boleh lihat sendiri bahayanya mereka jika mula mengawal MAHB ini.  Pada 5 Julai lalu, media melaporkan Mythreyar mengumumkan rancangannya untuk melancarkan mogok lapar di hadapan Parlimen bagi membantah penjualan saham MAHB kepada syarikat berkaitan BlackRock.
Menurut Mythreyar, sepanjang melakukan protes selama lima hari itu, ramai datang mengunjunginya sebagai tanda memberi sokongan dalam usaha perjuangannya termasuk dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan, GIP yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 
(Sila rujuk HARAKAHDAILY 28/7/2024)

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.








...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/biadap-dap-tongkah-arus-komen-dayangku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tolak Agenda Dap Banyak Menongkah Arus

Rakyat Tolak Agenda Dap Banyak Menongkah Arus

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 61 hits
harakahdaily comJuly 28 2024Datuk Razali IdrisKUALA TERENGGANU Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris menyifatkan sangat malang apabila institusi pendidikan dicemari tajaan syarikat arak terutama di sekolah aliran Cina Beliau berkata s...
Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Lawan Arus

Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Lawan Arus

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 88 hits
SEREMBAN Seorang anggota polis yang sedang melakukan tugas Op Samseng Jalanan di Kilometer 36 Lebuhraya Kajang Seremban di sini cedera selepas dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang secara melawan arus dalam kejadian awal pagi tadi Ketua...
Lah Kawan Ke Netizen Terkejut Lihat Kim Saeron Tinggalkan Komen Di Foto Han Sohee

Lah Kawan Ke Netizen Terkejut Lihat Kim Saeron Tinggalkan Komen Di Foto Han Sohee

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 96 hits
Siapa sangka kan Han So hee dengan Kim Sae ron ni rupanya kawan juga Artikel Berkaitan Pada 3 Ogos Han So hee telah memuat naik swafoto baru di Instagram sambil memegang pistol buih berbentuk rama rama Dalam foto seterusnya ada juga meme an...
Dibanjiri Komen Buruk Semua Ahli Le Sserafim Tutup Ruangan Komen Ig Tapi Kenapa

Dibanjiri Komen Buruk Semua Ahli Le Sserafim Tutup Ruangan Komen Ig Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 129 hits
Memang penat ya jadi idola Artikel Berkaitan Terbaru kesemua ahli LE SSERAFIM iaitu Sakura Yunjin Chaewon Eunchae dan Kazuha dilihat telah menutup ruangan komen di Instagram peribadi masing masing Soalan carian popular di TikTok adalah Meng...
Terima Kasih Orang Baik Netizen Banjiri Bahagian Komen Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan

Terima Kasih Orang Baik Netizen Banjiri Bahagian Komen Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 112 hits
8220 Terima kasih orang baik 8221 begitulah komen yang ditinggalkan kebanyakan netizen di laman sosial individu yang dipercayai bertanggungjawab menulis dua surat layang dalam kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan 7 tahun yang lalu Difahamka...
Tak Ada Ustaz Atau Ustazah Komen Program Di Kedah Tak Ada Sebab Pas Buat Boleh Orang Lain Buat Tak Boleh

Tak Ada Ustaz Atau Ustazah Komen Program Di Kedah Tak Ada Sebab Pas Buat Boleh Orang Lain Buat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 95 hits
Rosly Yusof Ada dengar atau baca tak lagi daripada ostad dan ostazah politik hukum program wanita seksi di Kedah kelmarin Tak ada kan sebab tak ada salah pun program tu tapi kalau program tu di buat di negeri yang bukan ostad politik sokong...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sotong Rebus Hitam Kelantan

Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups