Beza Dunia Blogging Dulu Dan Sekarang


Assalamualaikum. Hai
  Selalunya bila aku dapat job make over blog, sesambil buat tu aku akan belek dan baca jugak entri-entri kat blog tu. Entah la. Memang sejenis suka membaca agaknya. Tu jadi macam gitu. Walaupun mungkin aku dah pernah baca, tapi aku akan baca semula. Sekali terjumpa komen sendiri. 🤣  Sebabkan komen aku tu, tetiba rasa nak membebel pasal dunia blog. Sebenarnya aku dah coretkan secara ringkas pasal ni kat laman FB personal aku. Banyak sangat respon dari kawan-kawan blogger lain yang bersahabat dengan aku kat FB tu. Tenkiu korang sebab sudi kongsi pendapat. 



 Beza Dunia Blogging Dulu Dan Sekarang Honestly, dedulu kan seronok sangat tulis blog. Tak kisah pun ada orang baca ke tak. Tulis je ikut suka hati nak bebel apa-apa topik dan pendapat pun bila-bila masa terluang. Macam aku sendiri suka tulis secara santai ala-ala bersembang pelbagai topik kendian ada selit-selit la pasal pengalaman sendiri. Sekarang pun camni. Masih kekal lagi identiti tu
  Tapi kan masa tu engagement tinggi walaupun kita tak kongsi link kat mana-mana. Ada pembaca yang tersendiri tau. Komen pun berderet-deret. Bila cenggitu, rasa semangat nak sharing memacam pengalaman dan pendapat kat blog. Sebab ada 2 way communication gituh. Memang best
  Itu kisah 14 tahun dulu
  Aku rasa blogger yang aktif komen-komen dan engaged dedulu tu kebanyakan dah 'pencen' dah. 'Bawak diri' dah semuanya. Ada la yang masih lagi duk berkawan kat FB lagi. Cuma depa memang dah tak aktif blog. Blog pun dah terkubur gamaknya





  Sekarang dah tak macam dulu. Lain sangat. Mostly blogger sekarang ni memang kejar rating nak artikel yang ditulis ada kat 1st page carian Google. Main keyword dan SEO sebab nak pastikan 'menang' dan dapat tersenarai kat laman pertama carian Google. Pastu kena aktif update sentiasa. Sebab nak jaga rating/pageviews. Kalau tak buat macam tu, blog jadi sendu kat carian Google.   Lagi satu opkoz la sebab nak income dari adsense. Sekarang main USD je okay. Baru masyuk. 100usd dah boleh cashout masuk akaun bank. Nuffnang ke, Innity ke, apa lagi entah yang iklan-iklan ni dari company Malaysia, aku dah jarang dengar blogger kongsi macam dedulu. Mungkin dah tak wujud agaknya function untuk iklan macam adsense tu. Aku pun dah lama tak jenguk akaun Nuffnang aku. Pernah sekali je berjaya cashout dalam nilai 3 angka. Lepas tu dah takde dah. Sekarang memang pulun adsense je. Walaupun dah bertahun tempek, masih jauh lagi nak capai 100usd. Hahahaha.
  Hasil penulisan kat blog-blog sekarang pun memang skema je baca kebanyakannya. Tak berapa kick la kiranya. Kadang macam hilang keterujaan nak baca. Tapi itulah, terpaksa menulis macam tu sebab nak maintain artikel yang ditulis 'berfakta'. Baru la robot Google jadi mesra nak merayap kat blog tu untuk scan artikel dan senaraikan dalam carian Google. Gitu la lebih kurang.   Sebenarnya, aku sendiri pun kekadang terikut-ikut jugak buat penulisan yang macam tu. Hahaha. Walaupun macam tak kena dengan jiwa. Tapi itulah. Perubahan ikut arus masa kan? Nak tak nak kena cuba adapt jugak. Sebab sendiri pun cari income dari penulisan kat blog. Hmmm. Entah la weh.




 Tulis Blog Masih Relevan Atau Tidak? Pernah ada kawan blogger lama tanya soalan, 'RELEVAN LAGI KE TULIS BLOG ZAMAN SEKARANG NI?' Soalan yang agak berat juga nak ulas sebenarnya
  Tapi pada pandangan peribadi aku sendiri, memang masih relevan. Sebab orang kalau Google nak cari info pun yang keluar kat senarai carian tu memang akan ada terselit jugak blog personal selain web.    Macam aku sendiri lebih suka baca yang dari blog personal kalau bab-bab pengalaman ni. Lebih seronok dibaca. Nak tahu apa solution dari empunya badan yang menulis dan mungkin kita pun boleh cuba juga. Kalau sekadar nak tahu info/data, aku akan baca dari web yang boleh dipercayai dan kompeten. Blog-blog media ni kekadang tak syok pun baca. Banyak yang copy paste. Jadi aku kurang gemar
  Entah. Ini dari sudut pandangan peribadi sendiri je yang dah berkecimpus dalam dunia blogging dari tahun 2009. Mungkin sebab masih 'terperangkap' dengan dunia blogging zaman dedulu lagi kot aku ni. Harap takde la blogger lain yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog terasa hati ya. Waktu kita menceburkan diri dalam dunia blogging sedikit berbeza timeline. Begitulah


Bisik-bisik :: Masih dengan identiti blogger zaman tok kaduk 😌😂



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/01/beza-dunia-blogging-dulu-dan-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin Ddnk

Hiburan Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin Ddnk

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 394 hits
Sedia maklum individu yang cukup terkenal dengan tagline Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya tahun lalu menjadi perhatian ramai kerana mengahwini untuk kali kedua dengan wanita yang jauh lebih muda darinya Malah difahamkan wanita yang bernama Tua...
Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 231 hits
Masalah jeragat dan whitehead hampir semua orang mengalaminya Kalau buat rawatan nak hilangkan masalah ini di spa sekarang memang agak mahal juga
Dulu Mahathir Pernah Pecat Berpuluh Ribu Ahli Umno Selamba Sahaja

Dulu Mahathir Pernah Pecat Berpuluh Ribu Ahli Umno Selamba Sahaja

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 239 hits
Media proTun Mahathir dan musuh UMNO cuba menggambarkan pemecatan dan pergantungan keahlian pengkhianat UMNO sebagai satu Tindakan zalim Selain itu media songsang dan bermotif ini tidak menyebut berkenaan sebab musabab mereka dipecat dan di...
30 Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik Orang Dulu Dulu

30 Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 551 hits
Terdapat pelbagai jenis Warna yang menceriakan dunia sekeliling kita warna kata nama sinonim dengan rona Warna merujuk kepada sifat objek objek atau bahan bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul dihantar atau dipanc...
11 Benda Kalau Pakai Terus Dilabel Orang Kaya Waktu Di Sekolah Dulu Dulu

11 Benda Kalau Pakai Terus Dilabel Orang Kaya Waktu Di Sekolah Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 177 hits
Pakai beg SWAN Pensel box bertingkat merupakan Ciri anak orang kaya zaman korang sekolah dulu Apa lagi barangan yang popular bila pakai je dilabel gerangan orang kaya ya Jom kita selongkar 1 Pensel tekan Pilot yg ni ada 3 jenis Xde springSp...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Masa Bergerak Terlalu Pantas