Beza Camel Snake Kebab Dan Pascal Case Dalam Penulisan Kod


Apabila anda bergelar pengaturcara (programmer), sudah menjadi kebiasaan  dalam kehidupan seharian untuk menulis string, variable dan function name dalam penulisan kod. Ada pelbagai cara yang terdapat diluar sana untuk menulis string anda. Cumanya perlu kenal pasti anda menulis gaya mana. Adakah camel case, snake case, kebab case atau pascal case. Tapi sebelum itu korang tau tak apa yang saya maksudkan ini?
Apa itu naming convention? Naming convention atau konvensyen penamaan adalah satu set peraturan urutan aksara yang telah dijadikan amalan untuk digunakan sebagai pengenal (identifier) yang  menanda dan mengenal variable, type, function dan segala jenis entiti didalam pengaturcaraan komputer. Terdapat beberapa hal yang membantu para pengaturcara (programmer) menguruskan sumber kod (source code) dan dokumentasi.
Antaranya ia mengurangkan daya atau usaha yang diperlukan untuk membaca dan memahami sumber kod. Kita pun sedia maklum karangan bahasa melayu juga perlukan pembacaan yang teliti untuk memahami isi kandungan, begitu juga dengan pengaturcaraan.
Jadi ia sedikit sebanyak membantuk para pengaturcara untuk fokus pada isu yang penting dalam pengaturcaraan dan tidak tertumpu kepada syntax dan standard nama sahaja. Kerja-kerja penelitian kod secara automatik juga dapat dilakukan dengan menggunakan alatan tersedia jika kita mengikuti standard yang telah ditetapkan. Perkara ini sangat penting terutama apabila kita berkerja secara berkumpulan.
Baca lebih lanjut disini: A Brief Guide to Clean Code: Naming Conventions
Apa kena mengena dengan case style? Dalam pengaturcaraan juga apabila memberi nama, kita tidak boleh menulis space atau ” ”  bagi membentangkan idea atau konsep yang mengekspresikan bahasa manusia menerusi 2 perkataan atau lebih. Jadi nak tak nak kita perlukan mengantikan dengan underscore atau “_” atau dengan cara lain.
Jadi disitulah case style atau gaya penulisan kes memainkan peranan. Kejayaan dalam menamakan adalah mengetahui jenis kes yang anda ingin gunakan supaya anda boleh mempunyai konvensyen yang konsisten bagi setiap projek / ruang kerja. Contoh yang paling mudah adalah seperti berikut:
var totalPerson = 32; kita tak pernah tulis pula macam ni.
var total Person = 32; Itu antara contoh paling mudah tentang apa itu case style. Kita akan menulis totalPersondidalam variable (dirapatkan) berbanding total person(dijarakkan). Gaya penulisan yang kosisten ini sangat penting dalam kerja-kerja pengaturcaraan dalam pasukan.
Persoalan yang timbul pula bagaimana camel case, snake case, kebab case dan pascal case ditulis ketika mengaturcara program komputer?
1. Camel Case
Camel case mesti dimulakan dengan lowercase letter untuk permulaan huruf pertama dan capital letter untuk permulaan perkataan kedua dan seterusnya. Jangan lupa juga dibuang space diantara perkataan tersebut. Berikut adalah contoh camel case.
//perkataan price rate //penulisan variable var priceRate = "RM900"; Nampak tak perkataan tersebut dirapatkan dan huruf besar digunakan untuk perkataan seterusnya. Variable price rateditulis sebagai priceRate. Ini antara cara yang popular untuk mengabungkan perkataan. Kebiasaannya  camel case ini dijadikan konvensyen untuk declare variable di kebanyakan bahasa pengaturcaraan.
2. Snake Case
Snake case ini tersangatlah mudah, hanya gantikan space kepada underscore atau “_” dengan kesemua perkataan ditulis dengan huruf kecil. Jika anda ingin menulis dengan huruf besar pula, semua perkataan perlu ditulis dengan huruf besar walaupun perkataan pertama.
Contoh adalah seperti berikut:
//contoh perkataan total user //contoh snake case lowercase $total_user = mysql_query("SELECT total_user FROM user"); //contoh snake case upper case const TOTAL_USER = 100; Gaya penulisan ini menjadi asas penulisan kod kebanyakan pengaturcara (programmer) diluar sana. Jika anda ingin menulis dalam bentuk capitalcase letter seperti TOTAL_USER, kebiasaannya ia dijadikan konvensyen untuk declare constants untuk kebanyakan bahasa pengaturcaraan. Jika anda menulis dalam lowercase letter pula seperti total_user, kebiasaannya ia dijadikan gaya penulisan untuk declare database field name.
3. Kebab Case Kebab case ini adalah gabungan perkataan yang dihubungkan antara satu sama lain dengan dash atau “-” dan kebiasaannya ianya ditulis dalam lowercase letter. Contohnya adalah seperti berikut:
https://azmirshah.com/apa-itu-ekonomi-gig/ Gaya ini sangat biasa digunakan didalam penulisan URL. Contoh diatas adalah contoh bagaimana menerusi Kebab case ini, URL dapat dihasilkan dengan kemas, cantik dan boleh dibaca walaupun perkataannya digabungkan. Selain daripada itu, Kebab case juga digunakan untuk kelas dan ID di HTML dan CSS.
4. Pascal Case Pascal case ini adalah sesuatu agak mudah untuk diingat. Ianya hampir sama seperti Camel case akan tetapi ada sedikit berbeza dimana jika setiap perkataan digabungkan, ianya harus dimulakan dengan huruf besar.
Contohnya adalah seperti berikut:
//contoh perkataan rectangle shape //contoh pascal case class RectangleShape {   constructor(height, width) {     this.height = height;     this.width = width; } Ianya akan ditulis RectangleShapeuntuk perkataan rectangle shape. Penulisan gaya ini sangat popular untuk membentuk satu konsep tunggal dalam pengaturcaraan. Ianya sering digunakan sebagai konvensyen dalam mengisytiharkan kelas dalam banyak bahasa pengaturcaraan.
Gaya penulisan mana yang terbaik? Dukacita dimaklumkan tidak ada pun gaya penulisan terbaik. Hahaha. Anda boleh gunakan konvensyen mana yang anda suka. Namun ada beberapa perkara perlu dititik beratkan.
Baca juga: Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?
Baca juga: 4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya
Pertama pastikan anda konsisten dalam penggunakan gaya penulisan dalam mengaturcara program anda. Jangan sekejap pakai camel case, sekejap pakai snake case untuk satu-satu class name atau sebagainya. Kalau kerja seorang pun pening, kerja beramai-ramai lagi pening.
Kedua pula jika anda kerja dalam pasukan (sudah semestinya), pastikan konvensyen yang dipilih mendapat persetujuan bersama. Ini bagi memastikan kerja anda ini dapat mengurangkan usaha yang diperlukan untuk membaca dan memahamkan kod. Jadi lebih mudah bagi pasukan untuk fokus kepada penilaian kod dan isu yang penting berbanding membebel dengan syntax dan naming standard yang tidak sama.
Ketiga, rujuk kembali konvensyen penulisan mengikut bahasa pengaturcaraan yang anda tulis. Setiap bahasa mempunyai amalan dan konvensyen yang berbeza. Sebagai contohnya untuk javascript, Camel case digunakan untuk variable dan method, pascal case untuk type dan class dan Snake case untuk constants. Saya juga seperti artikel ini, saya menulis bagi memperkenalkan case style kepada anda, jadi penulisan lebih kepada berbentuk umum.
The post Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/beza-camel-snake-kebab-dan-pascal-case-dalam-penulisan-kod/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Sajat Case Is Mcmc Part Of Jakim

Nur Sajat Case Is Mcmc Part Of Jakim

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 1094 hits
I can t live my life as a lie pretending I m something I m not This is me I m LGBT intolerant and I can t just change It may be wrong to some people but I was born this way I just wish these crossdressers could somehow understand what it s ...
A Case For Paying With Your Phone

A Case For Paying With Your Phone

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 288 hits
By BY GEOFFREY MORRISON from NYT Travel https ift tt 2tATWHe
An Offset Such In Air Asia S Case Is Not Bribery Says Dr Mahathir

An Offset Such In Air Asia S Case Is Not Bribery Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 283 hits
If the money goes into our pocket that is corruption But if the money is channelled to other things it is an offset Dr Mahathir Mohamad said that asking for an offset in a business transaction is a normal practice provided the money is not ...
Sister Of First Malaysian Case Tests Positive For Coronavirus

Sister Of First Malaysian Case Tests Positive For Coronavirus

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 294 hits
CORONAVIRUS Malaysia has recorded two more cases of the novel coronavirus one Malaysian and a tourist from Wuhan China This brings the total number of cases in the country to 14 up from yesterday At a press conference in Putrajaya today Hea...
Lawyer Slams Sabah Court S Gag Order On Identity Of Ex Mcmc Man In Cbt Case

Lawyer Slams Sabah Court S Gag Order On Identity Of Ex Mcmc Man In Cbt Case

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 294 hits
A Sabah court has gagged the identity of a former deputy director of the Malaysian Communication and Multimedia Commission facing CBT charges PETALING JAYA A veteran lawyer has denounced a judge s decision to bar the media from disclosing t...
Police Refute Claims Of Cover Up In Puchong Drug Related Case

Police Refute Claims Of Cover Up In Puchong Drug Related Case

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 327 hits
Police today denied allegations that there had been an attempt to cover up the drug related case in which 17 individuals were arrested at a condominium in Jalan Puchong Kuala Lumpur last month Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Depart...
Aplikasi Facebook Messenger Kelak Boleh Auto Isi Kod Pengesahan Dwi Faktor

Aplikasi Facebook Messenger Kelak Boleh Auto Isi Kod Pengesahan Dwi Faktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 398 hits
Sistem operasi Android sudah pun menyokong fungsi auto isi kod pengesahan dwi faktor Ia akan menggunakan SMS Retriever API untuk menyalin kod yang dikesan dalam SMS dan mengisi di ruangan yang sepatutnya secara automatik Google turut berjan...
Himpunan Senarai Pemenang Sayembara Penulisan Novel

Himpunan Senarai Pemenang Sayembara Penulisan Novel

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 694 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Saya tercari cari tempat medium atau sumber yang boleh dirujuki berkaitan senarai pemenang sayembara penulisan novel yang pernah dianjurkan di tanah air kita Namun amat sukar Jika ada pun terpecah atau ...
India Reports Its First Case Of Coronavirus

India Reports Its First Case Of Coronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 294 hits
CORONAVIRUS India reported its first case of the new coronavirus on Thursday saying a woman in the southern state of Kerala had tested positive in an outbreak that originated in China killing 170 people and spread abroad The patient was an ...
Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Hubungi Kami

Malaysia Brazil To Work Towards Reinvigorated Multilateral System

Ringgit Advances As Domestic Optimism Offsets Us Rate Concerns

Grapes

Myplay168

Nasi Konjak Bagus Untuk Diet Dan Kesihatan