Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering
Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?
Bateri Kereta Basah
Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.
Bateri Kereta Kering
Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.
Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?
Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut.
Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-
Bateri Kereta BasahLebih MurahPerlukan penjagaan rapi
Bateri Kereta KeringHarga biasaTidak memerlukan penjagaan yang kerap
Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama
Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-
Periksa voltan bateri kereta- Semak terminal bateri secara berkala- Panaskan kereta sebelum berjalan- Amati sistem pengisian bateri kereta
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blogtipsauto.blogspot.com/2021/10/beza-bateri-kereta-basah-dan-bateri.html