Betullah Kata Orang Pas Sentiasa Ada Dalil


 



PAS tidak mendesak ‘secara agresif’ penganjuran konsert ketika mentadbir bersama Putrajaya dari 2020 hingga 2022 kerana mahu menyelesaikan perkara lebih penting, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.

Bercakap kepada FMT, Hashim berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan atau menyelesaikan pelbagai perkara sekali gus dan keadaan itu sama seperti ketika PAS mula memerintah Kelantan pada 1990.

Menurutnya, PAS menyelesaikan masalah dan memperkenalkan 100 inisiatif untuk rakyat secara berperingkat, bukan pada penggal pertama pemerintahannya di negeri pantai timur itu.

“Walaupun kita bantah (konsert) tetapi kita bagi keutamaan terhadap apa yang kita patut bangkitkan semasa kita memerintah.

“Tak boleh nak buat semua sekali gus. Kalau dahulu semasa memerintah sekejap (2020-2022) bukan tak nak bangkit tapi ada perkara lain lebih utama untuk kita beri perhatian,” katanya.

Bagaimanapun bekas Adun Sanglang itu tidak menjelaskan masalah menjadi keutamaan PAS ketika menjadi sebahagian kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak sebelum PRU15.

Kelmarin, bekas menteri Khairy Jamaluddin berkata PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan ketika berada dalam kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Bertanggungjawab dalam portfolio kesihatan ketika itu, Khairy berkata Idris Ahmad iaitu naib presiden PAS hanya minta jumlah konsert dikurangkan.

Hashim berkata bantahan terhadap konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari ini dibuat kerana diadakan menjelang Ramadan. Umat Islam dijangka berpuasa pada 12 Mac depan.

“Itu kena tunjuk sikap kita,” kata Hashim mengulas gesaan Dewan Ulama PAS supaya konsert bintang pop itu dibatalkan kerana Sheeran menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula pula menegaskan PAS sentiasa menyatakan bantahan di luar mesyuarat Kabinet seperti dibuatnya ketika mengetuai sayap Pemuda parti itu.

“Bantahan sering diutarakan termasuklah di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengetuai bantahan Pemuda PAS terhadap Konsert Billie Eilish: Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Beliau menyifatkan penganjuran banyak konsert sebagai “kerja gila” menjemput kemurkaan Allah. Bagaimanapun, konsert itu diteruskan mengikut jadual.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/02/ada-isu-lebih-penting-daripada-konsert-pas-jawab-kj/

5

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/betullah-kata-orang-pas-sentiasa-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kata Umno Belajar Daripada Pas

Apa Kata Umno Belajar Daripada Pas

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 128 hits
Bolehlah dianggap artikel ini susulan yang disiar semalam mengenai ada orang Umno percaya parti mereka tidak akan dapat sokongan semula orang Melayu jika ia terus berbaik dengan DAP lantas ada yang mahu Umno berbaik dengan PAS Namun PAS jug...
In Cny Message Hadi Says Pas Islamic Policy Gives Justice To All Races

In Cny Message Hadi Says Pas Islamic Policy Gives Justice To All Races

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 224 hits
The Islam that PAS fights for guarantees justice and prosperity for all races said party president Abdul Hadi Awang In a brief message in four languages Malay English Chinese and Tamil in conjunction with the Chinese New Year celebration he...
Rentasan 1543 Gempar Kini Rakyat Kelantan Semakin Derita Pas Buat S

Rentasan 1543 Gempar Kini Rakyat Kelantan Semakin Derita Pas Buat S

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 209 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1543 1 MELENTING BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI 2 PELAMIN ANGAN KINI MUSNAH 3 TERJUN JAMBATAN DI KELANTAN APA USAHA YANG DIBUAT 4 APA KATA MB KEDAH
Pas Sec Gen Condemns Nullification Of Kelantan Shariah Criminal Provisions

Pas Sec Gen Condemns Nullification Of Kelantan Shariah Criminal Provisions

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 182 hits
We are very sad today This is a Black Friday Black Friday as the decision was against Islamic Shariah law When one Shariah law in one state is cancelled it also affects the same laws in other states 14 more states are in a very dangerous an...
Yb Pas Sengaja Cetus Fitnah Bendera China Pada Replika Naga

Yb Pas Sengaja Cetus Fitnah Bendera China Pada Replika Naga

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 239 hits
HarapandailyAHMAD MURSIReplika Naga 588 kaki itu direka khas sempena sambutan Ke 50 hubungan diplomatik Malaysia China Bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga dan bendera China di satu sisi lain Boleh tonton di sini https www ...
Kawan Kawan Bersatu You Cannot Support Pas In This Issue Leave Them Alone

Kawan Kawan Bersatu You Cannot Support Pas In This Issue Leave Them Alone

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 334 hits
Feb 9 PAS described today as Black Friday questioned the integrity of the Sultan of KelantanOSTB Sdra Takiyuddin jangan pula mula putar alam ok Mahkamah Persekutun tidak boleh sekali kali pun mempersoalkan integrity Sultan Kelantan atau int...
Enakmen Syariah Kelantan Pas Perlu Senada Dengan Kerajaan Perkasa Hukum Syariah

Enakmen Syariah Kelantan Pas Perlu Senada Dengan Kerajaan Perkasa Hukum Syariah

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 255 hits
Oleh Abdullah Zaid Mahkamah Persekutuan menetapkan 9 Februari ini bagi membacakan keputusan dua wanita Islam yang mencabar isu Perlembagaan membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan 2019 Sehubunga...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik