Apa Kata Umno Belajar Daripada Pas


 

Bolehlah dianggap artikel ini susulan yang disiar semalam mengenai ada orang Umno percaya parti mereka tidak akan dapat sokongan semula orang Melayu jika ia terus berbaik dengan DAP, lantas ada yang mahu Umno berbaik dengan PAS.
Namun PAS juga seperti diketahui umum pernah berbaik dengan DAP, dan langkah itu tidak merugikan bahkan menguntungkan PAS. Renung dan hayati apa kata PAS waktu itu dan justifikasi mereka menjalin hubungan akrab dengan DAP. Mungkin Umno boleh mencontohi atau mengambil pengajaran. Iktibar, kata orang.
Sebelum itu imbau apa yang pernah berlaku. PAS punya sejarah panjang berbaik-baik dengan DAP. Pada 1990 umpamanya PAS bersama beberapa parti Islamis menganggotai apa yang dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah yang diasas Tengku Razaleigh Hamzah, presiden Semangat 46.
Beliau juga mengasaskan penubuhan satu lagi pakatan dinamakan Gagasan Rakyat dianggotai antaranya DAP. Impian Tengku Razaleigh dua gabungan itu dapat menumbangkan kerajaan Umno-BN pada PRU 1990. Impian tidak tercapai tetapi yang ingin disampaikan ialah PAS waktu itu sudah menjalin kerjasama dengan DAP walaupun tidak secara langsung, yakni kerjasama inter coalition.
Lapan tahun kemudian satu lagi gabungan ditubuhkan dikenali sebagai Barisan Alternatif bagi menghadapi pilihan raya umum 1999. PAS duduk dalam gabungan itu. Begitu juga DAP. Kerjasama dijalin secara direct, mesra, dan akrab.
Ini disusuli penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008. Ia juga satu perikatan parti politik pembangkang waktu itu. PAS dan DAP mengganggotainya. PAS tidak punya masalah berbaik dengan DAP. Mengapa?
Elok rasanya orang Umno menghayati kata-kata Hadi Awang, presiden PAS. Menurut beliau, PAS bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk dengan DAP “pada titik persamaan yang wujud dari aspek kemanusiaan dan pendekatan tanpa memaksa mana-mana pihak meninggalkan ideologi masing-masing.”
Kata beliau lagi, apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahguna pemerintah, PAS melakukan penentangan bersama DAP. Menurut Hadi apabila apa yang beliau sifatkan pencabulan demokrasi berlaku yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PAS di Kelantan pada 1977 dan PAS dipecat daripada Barisan Nasional, “DAP menentang bersama PAS di Parlimen”.
Kata-kata itu boleh dilihat sebagai justifikasi PAS berhubungan baik dengan DAP dan ia saya kira menyakinkan penyokong mereka. Tiada siapa yang komplen. Kepimpinan PAS pantas dan bijak membuat justifikasi. Tidakkah boleh Umno punya justifikasi sendiri dalam berbaik-baik dengan DAP sekarang, yakni untuk menyakinkan penyokong sendiri? Jelas tidak atau atau belum menyakinkan. Jika ada masakan timbul suara dalam kalangan ahli mahu kerjasama dihentikan atas alasan sukar kembalikan sokongan Melayu.
Apa pun yang dikata Hadi itu diluah menerusi ruangan Minda Presiden pada media rasmi PAS. Bagaimanapun yang tidak disebut ialah apa yang diingati Pengerusi Majlis Ulama Umno, Dusuki Ahmad, seperti dilapor Kosmo 20 Jun tahun lalu.
Kata Dusuki hasil kerjasama dengan DAP pada beberapa pilihan raya dahulu PAS memperoleh kemenangan tertinggi lalu mengibaratkan “kerjasama dengan DAP anugerah Allah”.
Pada 1999 kerjasama itu menghasilkan prestasi amat baik untuk PAS. Selain mengekalkan pentadbiran Kelantan ia mengambil alih kerajaan Terengganu. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah daripada tujuh kerusi pada 1995 kepada 27. Itu ringkasnya.
Pada pilihan raya 2008 pula kerjasama bersama DAP (dan PKR) menyaksikan PAS duduk selesa dalam Parlimen di mana BN hilang majoriti 2/3. PAS menubuhkan kerajaan negeri di Kedah dan juga berada dalam kerajaan Selangor dan Perak.
Teringat cerita kawan saya yang ibunya ahli MCA yang menjadi wakil calon BN di satu kawasan tahun itu. Kata beliau ibunya terkejut sampai hampir terjatuh daripada kerusi apabila peti undi dari pusat pengundian di kawasan majoriti Cina mendedahkan ribuan kertas undi untuk calon PAS. Ertinya orang Cina ketika itu undi PAS semata-mata kerana PAS berbaik dengan DAP.
Kesimpulannya PAS berjaya mengekalkan undi Melayu dan turut dapat undi Cina apabila berbaik dengan DAP. Kalau PAS boleh memanfaatkan berbaik dan bermesra dengan DAP mengapa tidak Umno? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/apa-kata-umno-belajar-daripada-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Veteran Let Pas Lead Pn Bersatu Should Sack Rogue Mps

Umno Veteran Let Pas Lead Pn Bersatu Should Sack Rogue Mps

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 104 hits
With more Bersatu MPs pledging support to Prime Minister Anwar Ibrahim s administration an Umno veteran called for PAS to lead Perikatan Nasional instead PAS should helm PN and Bersatu should stop squabbling Even the party president s wife ...
Andai Umno Berbaik Dengan Pas

Andai Umno Berbaik Dengan Pas

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 83 hits
Bukanlah rahsia besar ada dalam Umno yang nak parti mereka lupakan kerjasama dengan Pakatan Harapan dan berdamai dengan PAS Saya gunakan istilah ada kerana tidak tahu bilangan mereka baik pemimpin atau ahli biasa yang mahukan itu Masing mas...
Siswa Sd Di Tasikmalaya Belajar Lesehan Selama 10 Tahun

Siswa Sd Di Tasikmalaya Belajar Lesehan Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 155 hits
Kondisi seperti ini sudah terjadi sejak 2014 karena kursi dan meja sudah rapuh
Tajaan Penuh Pengajian Pra Diploma Uitm Peluang Belajar Secara Percuma Untuk Pelajar B40

Tajaan Penuh Pengajian Pra Diploma Uitm Peluang Belajar Secara Percuma Untuk Pelajar B40

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 209 hits
Peluang belajar secara percuma Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM membuka peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan dalam kategori B40 belajar secara percuma Hal ini kerana UiTM menawarkan tajaan penuh pengajian peringkat Pra Di...
72 1 Pelajar Spm Tak Mahu Sambung Belajar

72 1 Pelajar Spm Tak Mahu Sambung Belajar

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 202 hits
Kaji selidik Jabatan Pe rangkaan mendapati kira kira 390 000 atau 72 1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak mahu menyambung pelajaran Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 121 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Tips Lolos Snbp Dengan Belajar Di Ruangguru

Tips Lolos Snbp Dengan Belajar Di Ruangguru

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 136 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Saat ini jalur masuk Perguruan Tinggi Negeri tidak hanya dengan mengikuti ujian tertulis nasional atau Artikel pertama kali dipublikasikan di
Jom Belajar Bahasa Hindi

Jom Belajar Bahasa Hindi

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 94 hits
Jom belajar BAHASA HINDIAap ka nam kya hai Apa nama kamu Meri nam Suri Yanti Izz hai Nama saya Suri Yanti Izz Tum kaise ho Awak apa khabar Mein atchi hu Saya baik Mein atcha hu Saya baik kiya karti hai Buat apa tu Tum kiya hua Kenapa dengan...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni