Betulkan Mindset Melabur Saham



JANGAN MELABUR SAHAM, MELABUR PADA BISNES



               Sebelum kita melabur saham kita kena fahami saham ni apa sebenarnya? Apa beza saham dan bisnes? 

               Ya saham itu adalah perniagaan tetapi apabila kita berdagang saham bukanlah bermaksud kita berdagang bisnesnya. Jadi apakah saham yang baik? Saham yang baik apabila bisnes nya yang baik. Nampak sama bukan? Tetapi konsepnya berbeza. Contoh, daripada berkata aku nak beli saham IJM lah, bagus tak? Adalah lebih baik kita berkata aku nak beli bisnes IJM lah, bagus tak? Sekaligus membuatkan minda kita terfikir lebih kepada bisnesnya bukan kerana unit sahamnya semata.

Maksudnya janganlah kita terlalu taksub dengan saham. Kita kena fikirkan perniagaannya barulah sesuatu pelaburan saham itu menguntungkan. Manusia takkan beli kalau dia taknak. Kalau taknak beli macam mana nak untung? Kena pengaruhi emosi supaya ada pembelian barulah untung. Bagaimana pula hendak pengaruh emosi manusia? Contoh, nasi lemak berkualiti dan rasa enak yang sama dijual di dua tempat berbeza. Satu dijual di tepi jalan, dan lagi satu dijual di kafe/restoran. Nasi lemak yang sama, tukang masak yang sama tetapi mengapa orang sanggup membeli dengan mahal di kafe/restoran? Walaupun pengeluaran tukang masak yang sama, secara emosi nya manusia berfikir di kafe/restoran lebih sedap dan lebih berbaloi harga yang dibayar mahal. Perasaan ini dipengaruhi dengan kedai yang cantik, servis yang baik dan suasana selesa.

Mempengaruhi emosi membuatkan kita boleh mark up harga jualan kita lebih tinggi hingga dirasakan pelanggan (buyer) sanggup beli dengan nilainya. Nilai dan harga ditentukan manusia. Sebagai pedagang kita tahu nilai itu ditentukan manusia seterusnya memacu pergerakan harga. Lagi manusia nampak perkara itu bernilai, lebih tinggi harganya boleh dijual.

Sebenarnya dalam nilai SAHAM ini lah kita belajar kehidupan psikologi manusia. Manusia ada keperluan dan kehendak. Ia perlu permintaan dan bekalan. Ia diterjemahkan juga kepada emosi TAMAK, NEUTRAL atau TAKUT untuk memiliki keperluan dan kehendak tersebut. Manusia akan meminta sesuatu, mengkehendaki sesuatu, memerlukan bekalan dan akan berjualbeli sejak dahulu hinggalah kiamat. Aktiviti perdagangan itu berjalan walaupun bertukar sistem jualbelinya dari sistem barter, tukaran emas/perak, siput gerus, duit syiling, matawang kertas, kad kredit hinggalah era moden ini ada sistem crptocurrency/e-wallet. Duit tak nampak dah pun, tapi aktiviti jualbeli masih berlaku.

Sejak tahun 1710 dahulu, aktiviti pedagangan ni telah dikaji oleh seorang pedagang dan juga samurai hebat Honma Munehisa. Beliau digelar bapa kepada candlestick, satu petunjuk analisis perdagangan. Selama lebih 10 tahun mengkaji dengan analisis rekod 1500 tahun sebelumnya, Honma membuat satu persatu plot dagangan. Hasil pemerhatian dan kajian beliau dalam penghantaran beras serta inventori dagangan telah dibuat pengumpulan data dalam bentuk penandaan pada kertas jerami padi di ladang sawah keluarga beliau. Hasilnya, dari anggaran 100 perdagangan beras, kesemua perdagangan beliau berjaya hasil dari kajian beliau seterusnya membawa satu era baru analisis dagangan yang digunakan hingga zaman moden ini. Juga dikenali Japanese Candlestick.

Sebenarnya apa candlestick ni? Perkara asas yang kita kena tahu adalah ia berkait rapat dengan permintaan, bekalan, keperluan, kehendak dan emosi manusia yang saya sebutkan tadi. Emosi manusia walaupun lain-lain tetapi secara kolektifnya seluruh dunia adalah seragam. Hebatnya Allah jadikan manusia pelbagai ragam tetapi ada keseragaman dalam emosi apabila kita plotkan dalam satu tempoh masa.

Contoh mudah, semasa bencana Tsunami berlaku di Acheh tahun 2004 kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu sangatlah takut untuk makan ikan. Jika di asrama ada “ikan jaket”, istilah budak-budak asrama untuk ikan goreng (ikan kembong) disebabkan seperti kulit jaket setelah digoreng. Apesal dengan ikan jaket pulak dah? Sebab masa tu ikan jaket sangatlah murah. Murah sebab apa? Sebab rakyat Malaysia masa tu takut makan ikan yang memakan cebisan mayat beribu orang yang lemas akibat bencana Tsunami di kepulauan Sumatera, Indonesia. Akibat TAKUT dan kurangnya permintaan, lambakan bekalan menyebabkan ikan terpaksa dijual murah. Ia boleh diterjemahkan dan bentuk candlestick sebenarnya. Dalam satu tempoh masa, harga turun akan jadi candlestick merah. Satu bentuk candlestick merah yang melompat ke bawah (gap down) akan menunjukkan pasaran yang tidak baik. Jika anda orang Jepun nak jual ikan di Malaysia, anda kena tahu data candlestick menunjukkan emosi pembelian yang tidak baik berlaku di Malaysia semasa tempoh bencana tersebut. Walaupun orang Jepun tak tahu cerita orang Malaysia takut makan ikan khuatir ia makan cebisan mayat, analisis dari data candlestick tersebut amatlah penting dalam dagangan. Contoh saja ya, jangan jadi pembaris sangat mengatakan Jepun tak jual ikan ke Malaysia pula masa tu.

Apabila candlestick ini bergabung, akan jadi satu pattern yang boleh menerangkan situasi yang sedang dan emosi yang akan berlaku. Dan bagaimana bentuk candlestick tersebut membentuk satu pergerakan harga. PERMINTAAN rendah, HARGA jatuh. BEKALAN terlalu banyak, HARGA pun boleh jatuh. Jika permintaan rendah dan bekalan banyak lagi lah jatuh harga. Tetapi jika permintaan tinggi dan bekalan banyak, harga itu akan stabil. Yang selalu dipermainkan ialah permintaan tinggi tapi bekalan kurang, jadi harga akan tinggi.  Sebab apa? Sebab barang sikit tapi orang berebut-rebut nak beli. Tak ke jadi mahal? Logik tak? Dekat mana kita nak tahu orang berebut-rebut ni? Disinilah penting untuk kita fahami OVERBOUGHT, terlebih belian. Permintaan yang terlebih tinggi dibeli dengan rakus oleh ketamakan manusia.

               Anda perlu sedar, sesuatu kenaikan saham itu mestilah disebabkan bisnesnya. Jika bukan sebab bisnes kadangkala kenaikan ini akibat jadi rebutan pedagang atau pasaran saham ini sudah disetkan oleh jerung (Sharks/Big Boys). Pernahkah anda melihat sesuatu saham itu mencanak naik harganya hingga tidak masuk akal? Jangan pelik kerana ia memang biasa dalam dunia saham. Ia terbahagi kepada set berita, sentimen, pengumpulan awal dan pelepasan unit. Jika anda boleh dapat ikuti rentaknya sangatlah lumayan keuntungannya atau anda sendiri terlingkup rugi dari permainan mereka. Statistik menunjukkan 8-9 dari 10 newbie traders banyak terlingkup dalam mengejar harga. Ada saham kita boleh ikut rentak nya atau istilahnya ialah  ikut TREND. Trend is your friend. Jika tak mahu terkena dengan permainan mereka, jadi carilah saham yang betul-betul bisnesnya yang sukar dimainkan harganya dari nilai yang sebenar (intrinsic value). Dalam mengikuti TREND, perspektif kita kena lebih besar skop timeframe nya supaya dalam jangkamasa panjang saham itu bagus. Apa-apa yang berlaku dalam jangkamasa pendek TREND, tidaklah menyebabkan kita goyang dalam trading plan kita memegang jangkamasa panjang (HOLDING POWER). TREND ini mestilah  disokong dengan paras candlestick sebelumnya kerana terbukti emosi seller/buyer adalah di paras kesemua candlestick tersebut.

               Walaupun penerangan panjang lebar diatas, sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan dan diterangkan lagi satu persatu. Candlestick bukanlah ada satu jenis saja, ia ada merah, hijau atau langsung tiada warna, ada heikin, pelbagai pattern, kadangkala menjarak jauh dan penggunaan pada setiap tempoh masa ada tekniknya. Trend juga banyak jenisnya dan penggunaannya. Ia perlu dilihat juga dengan sentimen terkini seperti trade war, krisis matawang Lira Turki, kejatuhan dolar, harga minyak dunia dan sebagainya. Bukan trend satu saham saja, trend untuk sesuatu indeks dan sektornya juga adalah sangat penting. Perkara yang penting adalah anda dapat FAHAM apa yang cuba saya sampaikan. Anda dapat info tak semestinya anda tahu (ilmu)nya. Dapat ilmu tidak semestinya anda faham. Setelah faham tak semestinya kita dapat amalkan. Wallahualam.

Moga bermanfaat.
Terima kasih.

Hairul Azizi.
Pengasas SAHLUN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hairulazizi.blogspot.com/2019/11/betulkan-mindset-melabur-saham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flow Ringkas Cara Melabur Saham Luar Negara

Flow Ringkas Cara Melabur Saham Luar Negara

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 679 hits
Tahniah kepada anda yang membaca blog ini Saya yakin tuan puan yang gigih mencari pelaburan saham akan menjumpai artikel didalam blog ini Saya sudah lama tidak mengemaskini artikel di blog ini kerana lebih fokus kepada my VIP traders telegr...
Nilai Dagangan Saham Anzo Holding

Nilai Dagangan Saham Anzo Holding

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 536 hits
Adakah perdagangan Anzo Holdings Bhd akan mengehadkan esok hingga 48 sen ketika perdagangan bermula pada pukul 9 pagi Seseorang boleh membuat spekulasi ini tetapi jika anda mengkaji pergerakan saham dengan teliti dan dengan harga yang menye...
Harga Saham Anzo Holding Terus Meningkat Ke Paras Tertinggi

Harga Saham Anzo Holding Terus Meningkat Ke Paras Tertinggi

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 350 hits
Stok sarung tangan meningkat tinggi baru hari ini Anzo menyertai kereta kuda ituSaham di Top Glove Corp Bhd Hartalega Holdings Bhd Kossan Rubber Industries Bhd dan Supermax Corp Bhd mencapai tahap tertinggi sepanjang masa hari ini didorong ...
Anzo Holding Miliki Saham Terbesar Dunia

Anzo Holding Miliki Saham Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 385 hits
Masa kini Anzo Holdings Bhd menjadi pengeluar sarung tangan dan bukan hanya kumpulan yang diharapkan dapat menjana keuntungan lebih dari RM200 juta dari usaha ini tetapi syarikat yang disenaraikan di Bursa akhirnya akan memainkan peranan be...
Pemegang Saham Fail Permohonan Kuasai Pemilikan Bank Rakyat

Pemegang Saham Fail Permohonan Kuasai Pemilikan Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 285 hits
Pada 1978 kerajaan mengambil alih pengurusan Bank Rakyat bagi melindunginya daripada insolvensi dan salah pengurusan
Anzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan Dunia

Anzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan Dunia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 384 hits
Anzo meningkat kepada hampir 30 sen dengan pesanan sarung tangan AS 200 jutaAnzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan DuniaDikhabarkan Anzo Holdings Bhd telah kembali dibuka positif pagi ini pada pukul 9 00 pagi naik 1 5...
Kejar Saham Akhirat Pemain Kedah Beli Tanah Untuk Bina Pusat Pengajian Islam

Kejar Saham Akhirat Pemain Kedah Beli Tanah Untuk Bina Pusat Pengajian Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 327 hits
Pemain bolasepak pertahanan Kedah Azmeer Yusof yang giat melakukan kerja kerja amal sejak kebelakangan ini dilihat bercadang ingin membuka pusat pengajian Islam pula Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebooknya pagi tadi selepas memuat...
Perdagangan Saham Lebih Dari Rp 7 7 Triliun Jelang Penutupan Sesi Ii

Perdagangan Saham Lebih Dari Rp 7 7 Triliun Jelang Penutupan Sesi Ii

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 209 hits
Perdagangan Saham Lebih dari Rp 7 7 Triliun Jelang Penutupan Sesi II Sebanyak 8 7 miliar lembar saham telah diperdagangkan hingga jelang penutupan sesi II dengan nilai perdagangan sebesar Rp7 7 triliun lebih dan frekuensi perdagangan mencap...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri