Betulkan Kemudi Pada Ramadan



INSYA-ALLAH, esok kita akan menyambut bulan Ramadan. Selain bulan berpuasa, terdapat pelbagai gelaran diberikan untuk bulan Ramadan sesuai dengan keistimewaannya seperti penghulu bagi segala bulan, bulan keampunan, bulan keberkatan, bulan bersedekah, bulan kesabaran, bulan al-Quran, bulan kemenangan dan bebas daripada api neraka.
Justeru, ramai yang mengambil kesempatan untuk beramal pada bulan yang berkat ini.
Sesungguhnya, berpuasa pada bulan Ramadan adalah perintah ALLAH SWT menerusi firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, 2:183).
Menurut Pak Hamka menerusi bukunya, Tuntunan Puasa, Tarawih & Shalat Idul Fitri – “Perintah puasa seperti juga perintah-perintah ALLAH SWT yang lain, bukanlah suatu perintah yang kaku dan kering. Perintah puasa tidaklah sama dengan peraturan dan undang-undang buatan manusia, yang kuat atau lemahnya bergantung kepada kekuatan politik, kekuasaan dan kewibawaan pemerintah terhadap rakyat.
“Apabila hanya itu dasarnya, sebagaimana undang-undang dan peraturan, orang lain akan mencari seribu satu akal untuk melepaskan diri dari ikatannya. Perintah mengerjakan puasa yang diturunkan langsung daripada ALLAH SWT dengan perantaraan rasul-Nya, mengetuk hati, iman dan akidah orang-orang beriman.
Menyentuh akal dan perasaan, jiwa dan sanubari. Semuanya sekali gus.”Berkaitan dengan persediaan menghadapi Ramadan, saya cukup tertarik dengan ciapan Dr Omar Suleiman menerusi akaun Twitter beliau – “Tetamu yang sedang ditunggu-tunggu akan datang pada minggu ini. Pastikan rumah anda (iaitu hati) adalah bersih dan bersedia untuk menerima tetamu tersebut.
Sila atur jadual dari sekarang dan jangan biarkan tetamu tinggalkan rumah tanpa membawa segala dosa-dosa anda pada hujung bulan Ramadan nanti.”Yang jelas, pesanan beliau adalah selaras dengan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Rugi (celaka) orang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya tetapi dia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia) tetapi kedua-duanya tidak dapat menyebabkannya masuk syurga.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).
 
TIDAK PERLU TIPU DIRI
Selain melaksanakan ibadat, bulan Ramadan adalah satu institusi yang cukup ampuh untuk mentarbiahkan akal dan jiwa seseorang.
Sebetulnya, amat rugi jika tidak serius untuk memperbetulkan kemudi kehidupan kita pada Ramadan ini.
Sejajar dengan perubahan diri, terdapat hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi ALLAH, selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Persoalannya, di bahagian kemudi mana yang harus diperbetulkan? Sejujurnya, kita tidak perlu menipu diri sendiri terhadap segala kelemahan yang ada dalam diri selama ini. Malah, semua perkara walaupun sebesar zarah sekalipun, ALLAH SWT tahu dan kenal diri kita.
Justeru, berdamailah dengan ALLAH SWT pada Ramadan ini agar dibalikkan hati yang terlebih sifat ‘kehaiwanan’ kepada sifat insani atau pembentukan akal budi yang bersih serta berupaya mengatur kehidupan dengan sempurna tanpa ditakluki hawa nafsu.
Pada hemat saya, jika kita masih degil, ralit dan tidak serius memperbetulkan kemudi kehidupan pada bulan mulia ini, dikhuatiri laluan kita akan semakin miring dan tidak berada pada jalan lurus lagi.
Ingatlah, tiada siapa yang berupaya meluruskan jalan kehidupan di dunia yang sementara ini kecuali diri kita sendiri.
* Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000? Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Hadi dijangka bertemu Mahathir Khayla perlukan bantuan segera Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video) Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’ Jangan Arwahkan Mak Sendiri Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

The post Betulkan kemudi pada Ramadan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/02/betulkan-kemudi-pada-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wapres Sebut Libur Ramadan Jadi Salah Satu Faktor Indonesia Masuk Endemi Covid 19

Wapres Sebut Libur Ramadan Jadi Salah Satu Faktor Indonesia Masuk Endemi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 174 hits
Syaratnya adalah pemudik harus sudah menerima vaksin penguat atau booster Wapres mengingatkan warga agar tetap menjaga protokol kesehatan selama melakukan mudik tersebut
Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 202 hits
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri berharap pemberian air percuma itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang akan menyambut Ramadan mulai 3 April ini PETALING JAYA Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd tidak pe...
Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 241 hits
Nampaknya masing masing dah standby nak menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi Setelah 2 tahun kita tak dapat berbuka puasa beramai ramai bersama keluarga dan sahabat handai kerana pandemik alhamdulillah u...
Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 173 hits
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga Sudah pasti setiap daripada kita inginkan fizikal yang sihat dan kesihatan mental dalam keadaan optimum agar dapat menjalani i...
Polda Metro Terjunkan 2 375 Personel Saat Bulan Ramadan

Polda Metro Terjunkan 2 375 Personel Saat Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 162 hits
Selain itu pihaknya juga telah menyiapkan sejumlah skenario antisipasi dalam penanganan gangguan Keamanan dan Ketertiban Masyarakat yang kemungkinan terjadi saat Ramadan seperti tawuran balap liar dan sahur on the road
Rejim Zionis Bunuh Tiga Rakyat Palestin Menjelang Ramadan

Rejim Zionis Bunuh Tiga Rakyat Palestin Menjelang Ramadan

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 171 hits
ASKAR Israel melakukan rondaan di Jenin wilayah Tebing Barat semalam AFP JENIN Wilayah Palestin Pasukan keselamatan Rejim Zionis menyerbu sebuah bandar di Tebing Barat hari ini selepas Israel digemparkan oleh tiga serangan berdarah dalam te...
Sangat Sangat Sudah Semakin Menghampiri Ramadan

Sangat Sangat Sudah Semakin Menghampiri Ramadan

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 289 hits
SANGAT SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Salam Jumaat indah semua Hari pertama dibulan April Sudah berada dibulan keempat sekarang Alhamdulillah Sudah melang...
Wapres Ma Ruf Bulan Ramadan Jangan Konsumtif Perbanyak Sedekah

Wapres Ma Ruf Bulan Ramadan Jangan Konsumtif Perbanyak Sedekah

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 244 hits
Menurutnya solidaritas sosial yang tinggi kian penting mengingat banyak masyarakat yang terdampak pandemi Untuk itu ia mengajak umat Islam di Indonesia segera melakukan zakat pada Ramadan
Semarak Warga Menyambut Bulan Suci Ramadan Di Mesir

Semarak Warga Menyambut Bulan Suci Ramadan Di Mesir

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 179 hits
Semarak Warga Menyambut Bulan Suci Ramadan di Mesir Menjelang bulan puasa pedagang lentera Ramadan tradisional Mesir membanjir pasar pasar di Kota Kairo Lentera ini banyak diburu warga Mesir sebagai hiasan khas menyambut bulan suci Ramadan
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas