Betulkah Ayam Berkokok Kerana Melihat Malaikat



Jika anda seorang yang menggemari alam atau berasal dari kampung, pasti akan terbiasa dengan bunyi kokokan ayam terutamanya ketika fajar menyinsing.
Waktu kecil, saya pernah diasak dengan cerita dan juga kata-kata bahawa – jika mendengar bunyi ayam berkokok, teruslah berdoa. Hal ini kerana, pada waktu tersebut para malaikat sedang turun ke bumi untuk mengangkat doa hamba yang sedang merintih kepadaNya.
Namun, apakah benar kata-kata tersebut? Kenapa ayam yang berkokok dikatakan sebagai petanda turunnya malaikat ke bumi dan, adakah ayam-ayam ini tidak melihat malaikat lain yang sentiasa ada di bumi?
Menurut sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang berbunyi:
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
“Jika kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaanNya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)
Jumhur ulama’ telah bersetuju bahawa hadis yang sering diutarakan ini merupakan hadis sahih dan muttafakun ‘alaih (disepakati) kerana ia telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan juga Muslim.
Malah, menurut jumhur ulama’, malaikat yang turun pada waktu ini ialah Malaikat Rahmat yang turun untuk memberikan rahmat dan mengaminkan doa orang yang soleh dan sesiapa sahaja yang sedang berdoa.
Selalunya kita akan mendengar kokokan ayam jantan antara pukul dua sehingga enam pagi atau lebih tepatnya sebelum terbitnya fajar.
Menurut jumhur ulama’ lagi, disebabkan itulah waktu dua pertiga malam merupakan antara waktu termakbulnya doa dan tiada penghalang untuk doa kita diangkat kepadaNya secara terus kerana Malaikat Rahmat sedang turun ke bumi untuk mengaminkannya.

Oleh yang demikian, kita sentiasa disunatkan untuk qiam atau bangun malam, sama ada untuk melakukan tahajjud, berdoa dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT sendiri. Pada waktu yang sunyi ini akan membuatkan kita lebih mudah untuk menghayati bait-bait doa serta muhasabah diri sendiri.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Mafhum: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, 17:79)
Kokokan Ayam Dari Sudut Sains
Sebuah kajian telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji haiwan di sebuah universiti terkemuka di Jepun, iaitu Nagoya University yang telah diketuai oleh Takashi Yoshimura melihat pada awalnya ayam sangat sensitif dengan cahaya.
Mereka telah menguji ayam jantan tersebut dengan meletakkan di bawah cahaya lampu seperti kereta dan di dalam bilik gelap yang kemudiannya dinyalakan cahaya menunjukkan hasil bahawa mereka akan berkokok. Begitu juga apabila kedengaran bunyi atau tempat mereka dilawati manusia, ayam-ayam ini akan berkokok.
Namun, penelitian seterusnya yang dilakukan oleh para pengkaji ini menunjukkan bahawa ayam-ayam ini terutamanya ayam jantan sebenarnya mempunyai jam biologi yang tersendiri di dalam badannya.
Hal ini dikatakan bahawa, walaupun tiada cahaya lampu yang dinyalakan, namun mereka tetap akan berkokok sebelum terbit dan tenggelamnya fajar.
Eksperimen kedua yang telah dilakukan ialah dengan meletakkan ayam-ayam ini di dalam sebuah bilik gelap selama 24 jam setiap hari. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa mereka akan berkokok setiap lapan jam sekali pada setiap hari dalam waktu yang sama dan tepat sebelum terbitnya fajar.
Kokokan ini akan bermula dengan suara seekor ayam jantan yang dianggap sebagai pemimpin dan akhirnya akan diikuti oleh ayam-ayam yang lain.
Menurut Takashi Yoshimura, cahaya bukanlah faktor dan juga alasan para ayam akan berkokok, namun disebabkan oleh jam biologi dalam badannya sendiri.
Kokokan ayam mampu memberi bunyi yang sangat kuat dan bising. Disebabkan itulah ia dikatakan merupakan jam penggera yang paling sesuai untuk manusia.
Jika dilihat kehidupan dahulu kala, mereka akan memulakan pagi setelah terbitnya fajar dengan bantuan daripada bunyi alam seperti kokokan ayam jantan dan kicauan burung hutan.
Kesimpulan
Setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai fungsi dan manfaatnya yang tersendiri untuk semua. Kadang-kadang kita memandang enteng makhluk yang dirasakan tidak memberikan kita kebaikan, namun para penyelidik telah membuktikan bahawa setiap yang disampaikan oleh Al-Quran dan hadis sebenarnya mempunyai maksud dan manfaatnya yang tersendiri.
Wallahu a’lam.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Betulkah Ayam Berkokok Kerana Melihat Malaikat? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/betulkah-ayam-berkokok-kerana-melihat-malaikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Jantan Di Prancis Dibawa Ke Pengadilan Karena Berkokok Terlalu Keras

Ayam Jantan Di Prancis Dibawa Ke Pengadilan Karena Berkokok Terlalu Keras

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 187 hits
Pada persidangan yang digelar Kamis kemarin baik penggugat dan tergugat tidak hadir di meja persidangan
Ayam Masak Tempoyak

Ayam Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 583 hits
Assalamualaikum w b tTerima kasih kepada pengunjung setia blog ni yang masih sudi berkunjung ke sini Walaupun tuan blog ni mengalami kesibukan yang melampau kejap tenggelam kejap timbul update entry pun sebulan sekali je sekarang ni Musim d...
Kecohnya Cik Piah Pergi Beli Ayam

Kecohnya Cik Piah Pergi Beli Ayam

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 316 hits
Sejak kempen Hari hari Mydin Murah orang ramai termasuk selebriti terkenal tak lepaskan peluang membeli belah di Mydin Harga murah dengan barangan yang segar dan berkualiti menjadikan Mydin pilihan utama para pengguna JOHORTIMES MY Please S...
Kepak Ayam Bersalut Emas Menjadi Rebutan Dijual Pada Harga Rm4 000

Kepak Ayam Bersalut Emas Menjadi Rebutan Dijual Pada Harga Rm4 000

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 279 hits
Alah membeli menang memakai korang mesti pernah dengar peribahasa melayu ni kan Tapi kami rasa tak sesuai nak gunakan ayat ini untuk hanya membeli kepak ayam yang berharga RM4 133 Kalau korang nak tahu ada sebuah restoran yang dibuka di New...
Mcdonald S Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal Burger Ayam Portugal Sempena Kempen Discover The World 2019

Mcdonald S Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal Burger Ayam Portugal Sempena Kempen Discover The World 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 815 hits
Ada berita gembira buat pelanggan setia McDonald s kini McDonald s Malaysia melancarkan burger baharu iaitu Burger Ayam Portugas yang sememangnya sedap dan lazat bersama Sos Piri Piri yang unik rasanya yang pastinya uoll tak akan menyesal n...
Mcdonald S Ada Menu Baru Lah Portuguese Chicken Burger Burger Ayam Portugal

Mcdonald S Ada Menu Baru Lah Portuguese Chicken Burger Burger Ayam Portugal

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 446 hits
Perasan tak Burger McDonald s banyak yang unik unik and baru baru ni aku dengan Hilmi dok suka sangat dengan Spicy Korean Burger dia tu Tapi haritu nak order tengok tengok dah tak ada And ada burger terbaru pulak Portuguese Chicken Burger C...
Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado Betul Betul Hijau Lah

Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado Betul Betul Hijau Lah

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 674 hits
Hari ni nak kongsi di sini masakan lauk yang serba serbi berwarna hijau Bukan setakat daun sayuran berwarna hijau sambal ayam pun berwarna hijau juga Maka terjadilah sambal ayam hijau berlado Resepi sambal ayam hijau berlado ini aku dapat d...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu