Betul Ke Tuhan Jadikan Manusia Hanya Untuk Beribadat



Suatu pagi selepas perhimpunan pagi disekolah, seorang guru Cina bercakap dengan saya di kantin, katanya,
“Itu ustaz tadi cakap dalam perhimpunan, tuhan jadikan manusia untuk ibadat kepada-Nya, jadi lu orang Islam patut kena dok semayang saja lo? Betoi ka?”
Saya mengalih kepada beberapa guru muda Melayu untuk menjawab, tapi seorang dari mereka berkata,
“Lim, lu pi tanya itu ustaz, kalau mau tau.”
Dalam hati saya,
“Saya tahu, itu jawapan kebanyakan orang untuk menutup kejahilan.”
Agama pada yang bukan Islam adalah upacara hidup, sebahagian dari hidup, manakala bagi Islam agama adalah cara hidup, ianya bukan sebahagian hidup tetapi seluruh hidup kena Islam.
Di sinilah permisahan antara Islam dan bukan Islam. Yang tidak difahami oleh sebahagian orang Islam dan tidak langsung difahami oleh bukan Islam.
Tujuan Allah menjadikan manusia disebut oleh Allah sebagai untuk beribadat kepada-Nya dalam Surah Az-Zariyat, Ayat 36. Ini disambut oleh kita dengan lafaz doa iftitah sebelum al-Fatihah dalam sembahyang,
“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah.”
Al-An’aam, ayat 62
Jadi hidup kita kena jadi ibadat semuanya.
Apakah makna ibadat ini
Ibadat terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Rukun Islam Dan Iman
Pertama ibadat asas yang merupakan amalan Rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji dan keyakinan dalam Rukun iman iaitu mempercayai kewujudan Allah, malaikat, rasul, syurga, neraka dan qada dan qadar. Semuanya wajib dikerjakan dan diyakini untuk menjadi Islam.
2. Fardu Kifayah
Kedua ibadat cabang dari ibadat asas iaitu fardu kifayah seperti mengurus jenazah, menyeru amal makruf, mencegah mungkar, membangun pendidikan, ekonomi, kesihatan, industri, makanan dan sebagainya.
Jika sebahagian orang melakukannya, maka yang lain terlepas dari melakukannya. Termasuk dalam hal ini ialah amalan sunat seperti bersedekah, berzikir, puasa sunat; yang boleh dikerjakan tetapi tak berdosa jika ditinggalkan.
3. Ibadat Umum
Ketiga ibadat umum iaitu pekerjaan atau amalan yang hukumnya harus, yang baik sifatnya tetapi menjadi ibadat dan diberi ganjaran jika dikerjakan seperti yang diajar oleh Islam.
Contoh bekerja, makan, minum, berbual, menziarah, menasihat dan sebagainya. Ibadah umum ini merupakan cara hidup Islam dan tergolong sebagai amalan kepada Allah.
Jelaslah kita mempunyai ruang yang sangat luas untuk beribadat kepada Allah. Setiap pergerakan kita adalah ibadat asalkan ia menepati syarat yang mudah iaitu niat kerana Allah, perkara itu baik, halal menurut Islam, menurut syariat seperti kalau bersedekah dengan harta sendiri.
Hasil apa yang dikerjakan mestilah baik seperti ia tidak sombong, atau riak dan perbuatannya tidak mendorong maksiat. Walaupun semua pergerakan kita jadi ibadat, ibadat asas tidak boleh ditinggalkan, ia wajib seperti solat, puasa zakat dll.
Itulah hidup secara Islam, itulah yang dikatakan tujuan Allah menjadikan manusia untuk beribadat kepada-Nya. Kita yang lalai sebab kita tak menjadikan setiap pergerakan kita menepati kehendak Allah. Cuma tambah sedikit sahaja iaitu niat kerana Allah, ikut aturan yang diajar nabi iaitu sunnah.
Contoh, makan menjadi ibadat jika kita turut sunnah, mulakan dengan menyebut nama Allah (doa), makan tangan kanan, mulakan dengan makan buah, ambil makanan yang dihadapan kita, jangan hanggau, berhenti sebelum kenyang, mengucapkan puji kepada Allah(doa). Jangan bersendawa sedapatnya.
Nak pergi kerja, niat kerana Allah, tinggalkan rumah dengan salam, doa perjalanan, berzikir atau mengingat Allah dalam perjalanan, amanah dalam pekerjaan, jangan curi masa untuk diri jika makan gaji, bersolat pada waktu dll.
Islam itu mudah, kadang-kadang kita yang menyusahkan. Marilah kita bentuk hidup ini seluruhnya kerana Allah, betulkan setiap niat pada pergerakan kita.
Akhirnya saya tolong jawab pada Lim,
“Tarak betoi lagi apa lu cakap, lu baca apa saya cerita disini, itu cikgu muda-muda pun mau baca juga, jadi Islam macam pakai baju saja.”
Bersedialah dengan kefahaman Islam untuk menjawab soalan bukan Islam, untuk mendakwah, jangan serah kepada ustaz sahaja. Sebaiknya kena diketahui sedikit asas agama lain dan perbandingan untuk tujuan menerangkan kebenaran Islam. Wallahu a’lam
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Betul Ke Tuhan Jadikan Manusia Hanya Untuk Beribadat? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/betul-ke-tuhan-jadikan-manusia-hanya-untuk-beribadat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus Betul Ke

Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 388 hits
Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus Betul Ke Ni fakta menarik ni Semakin ramai penggemar fast food sekarang ni Ramai yang kata kalau makan fast food akan menyebabkan kegemukan Adakah perkara ni betul Kalau ada statement kata boleh kuru...
Berdebar Debar Tunggu Result Upt Tapi Cuma Naik 1 Line Luluhnya Hati Hanya Tuhan Yang Tahu

Berdebar Debar Tunggu Result Upt Tapi Cuma Naik 1 Line Luluhnya Hati Hanya Tuhan Yang Tahu

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 323 hits
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti memasang niat untuk mempunyai zuriat sendiri Boleh jadi cepat boleh jadi lambat Semuanya bergantung kepada rezeki Jangan pernah kenal erti putus asa dan berhenti berusaha Hasilnya pasti ada sebagai ...
Betul Ke Melatah Ni Hanya Ada Pada Orang Melayu Sahaja Ini Penjelasannya

Betul Ke Melatah Ni Hanya Ada Pada Orang Melayu Sahaja Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 300 hits
Saya pernah terbaca tentang fenomena melatah ini yang dikatakan hanya ada pada orang melayu sahaja Tapi adakah begitu Kerana bangsa lain juga menghadapi sindrom kejut ini Melatah dikatakan unik dalam masyarakat Melayu dan dikatakan sebagai ...
Jokowi Minta Bos Perbankan Ke Pelosok Papua Indonesia Bukan Hanya Sudirman Thamrin

Jokowi Minta Bos Perbankan Ke Pelosok Papua Indonesia Bukan Hanya Sudirman Thamrin

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 226 hits
Jokowi mengatakan bahwa saat ini banyak usaha kecil menengah khususnya di daerah terpencil yang membutuhkan bantuan modal dari bank nasional Dia sendiri mencatat setidaknya ada 60 juta pelaku Usaha Mikro Kecil dan Menengah yang membutuhkan ...
Berkas Di Situs Dpr Lengkap Riwayat Pendidikan Mulan Jameela Hanya Sampai Sma Sama Kayak Krisdayanti

Berkas Di Situs Dpr Lengkap Riwayat Pendidikan Mulan Jameela Hanya Sampai Sma Sama Kayak Krisdayanti

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 387 hits
Nggak cuma melengkapi biodatanya Mulan juga akhirnya melaporkan kekayaannya yang memiliki total belasan miliaran rupiah
Dakwaan Hanya Umno Dan Pas Jaga Kepentingan Melayu Satu Pendapat Yang Meleset Kata Karmaine

Dakwaan Hanya Umno Dan Pas Jaga Kepentingan Melayu Satu Pendapat Yang Meleset Kata Karmaine

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 322 hits
Dakwaan pemimpin Umno kononnya hanya parti itu dan PAS yang akan menjaga kepentingan orang Melayu dan akan menjadi jurucakap orang Melayu adalah satu pendapat yang meleset kata Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung ...
Saya Mengakui Kesilapan Gambar Itu Hanya Untuk Suka Suka Pemilik Butik Pengantin Mohon Maaf

Saya Mengakui Kesilapan Gambar Itu Hanya Untuk Suka Suka Pemilik Butik Pengantin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 1163 hits
Viral di media sosial semalam beberapa gambar seorang wanita memakai busana pengantin merakam gambar di tanah perkuburan penganut agama Kristian Tindakan individu berkenaan mengundang kemarahan netizen yang menganggap perbuatan itu tidak se...
Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations