Betul Ke Kristal Dan Batu Permata Bagi Kuasa
Salam, batu permata dan kristal bukan minat aku. Aku lebih gemar emas untuk dipakai berbanding batu permata atau kristal. Pertama kali aku mula kena Germ Stone ni sekitar tahun 2019 tak silap. Sebelum pandemik, masa ni aku hadir event Habib Jewels. Promosi batu permata dengan SALE menggila dari Habib Jewels. Kat situ aku belajar batu permata ni sesuai dengan bulan-bulan kelahiran tertentu. Nanti aku cari balik gambar tu aku letak di bawah. Kemudian, sekitar April 2021 aku bawa anak-anak ke Central Market. Tak ada apa yang nak di cari pun. Saja-saja nak bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur. Persoalannya, Betul Ke Kristal dan Batu Permata Bagi Kuasa
Kristal dan Batu Permata di Central MarketKedai pertama yang kami singgah kedai Henna. Bersungguh-sungguh dia offer aku buat henna. Murah-murah katanya. Aku bukan penggemar inai di jari, kalau di tangan oklah. So, aku dengan Fatimah, pilih henna yang kami suka. Kami pilih je, husband yang bayarkan. haha 😁 Aku sukakan corak yang simple sahaja, dan berbentuk rose. 🌹 My favourite flower. Sambil dia melukis di tangan, sambil dia bercerita yang banyak kedai di Central Market dah tutup disebabkan pandemik tiada pelancong luar negara. Pendapatan mereka sangatlah terjejas. 😢 Sedih aku dengar
Next kami pusing-pusing tengok barang-barang kraftangan yang bewarna-warni, cantik dan terlalu lah di depan kedai seorang auntie berbangsa Cina. Dia menjual kristal dan batu permata. Tak ada customer masa ni selain aku. Mula-mula aku duduk layan tengok batu depan kedai dia je. Dia tanya aku cari apa, suka yang mana? Aku cakap takda cari apa saja tengok-tengok. Sambil itu mulut dia tak berhenti bercerita pasal batu. Makin lama makin banyak pula dia cakap. Ehh... tiba-tiba je dah termasuk ke dalam kedai auntie ni. hehe aku pula memang suka melayan orang nk sembang. Aku pikir mungkin auntie ni dah lama tak ada customer ke apa, dia rindu nak sembang. So aku layan je sambil tengok-tengok batu dan kristal yang ada di kedai ni
Auntie ni siap buka semua kitab-kitab dia ada. Tanya aku lahir bulan berapa, sesuai batu apa untuk apa semua dia explain. A to Z. Dia cerita juga kenapa orang Cina suka pakai Jed. Dan dia demo macam mana nak tahu jed mahal jed murah. Dia tunjuk buku pasal Jed, dan muka depan buku tu, ada jed yang berharga ratus ribu. Huhu baru aku tahu mahal rupanya batu ni. Dia ada juga cakap pasal banyak batu tiruan di pasaran dan macam-macam lagi la. Sejam dah masa berlalu. Aku siap try macam-macam gelang dalam kedai auntie ni. Dia ok je tak marah siap layan aku macam anak saudara. hehehe cute
Cuba punya cuba, dia kata aku sesuai batu Tiger Eye. Utk kasi baik asma dan sakit belakang... aku pakai batu ni aku rasa mcm ada satu aura naik ke kepala. Auntie cakap, ohh cepat ahh boleh rasa. 😹 Aku try la dua tiga jenis design tiger eye ni. Aku suka yang simple je tapi takla halus sangat. Sedang-sedang. Tetiba ehh terbekenan pula yang satu ni. Tengok harga.. uih.. RM 120++ juga. Aku pandang husband. Dia punya sign.. cepat ambik dan jomla dah lama. hahaha
So, decide la yang mana dan auntie ni buat ukuran tangan aku. 2 batu dia keluarkan dan bagi aku simpan. Tiger eye ni katanya bagus utk bagi kekuatan buat keputusan dan kesihatan pernafasan dan saraf. Tak silap aku la... dah lama la aku lupa. Aku suka batu ni sebab aku suka warna dia kuning kehitaman. Katanya setiap batu ni mempunyai tenaga dan gelombang mereka sendiri. Setiap benda yang Allah cipta mesti ada sebab dan kebaikan. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya.. Aku lebih gemar sebut sebagai "suka, cantik untuk di pakai sebagai perhiasan". Lebih baik begitu. Ini pandangan peribadi aku tau. Kalau nak lebih tepat baik tanya ustaz lah kan. Tapi ada beberapa artikel yang aku baca, kita tak boleh taksub percaya bahawa sesuatu benda ada kuasa penyembuh sesuatu kekurangan. Takut jatuh perbuatan khurafat dan boleh sebabkan syirik. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui
Tengok cincin auntie tu sikit punya besar.
Tapi apapun seronok layan auntie ni cerita pengalaman dia, pengalaman customer dia. Bacaan-bacaan yang dia kongsi. Mana yang baik aku ambil sebagai pengalaman pengajaran. Dah tu, takkan aku sorang je ada. Aku usha pula cincin untuk husband. Mula-mula tu dia menolak tak nak. Dah aku paksa juga.. dia ambil yang satu ni kena saiz dengan dia dan warna pun lawa. Batu Agate atau akik. Aku lupa la apa nama sebenar dia. akik merah ke apa. haha sorry sorry
Pokok kristal cantik-cantik
Jenis rantai pun ada, comel kan
Bola yang jernih ni, untuk letak depan PC, katanya akan menyerap radiasi cahaya dari terus ke mata.
Macam-macam saiz ada
Selain gelang, ada loket
Rantai pun ada
Aku ambil segenggam, lawa letak dalam bekas kaca
Semurah-murah harga hingga semahal-mahal ribu-ribu pun ada. Untuk batu aku dengan suami auntie ni buat cleansing untuk batu tu dulu. Letak dalam bekas (bekas ni pun batu tau) pastu dia pusing2 ada bunyi kuat berdesing. First time aku tengok ni. Layan je auntie ni, tak salah kita berbaik sesama manusia kan.
Tu dia cincin husband, harga dalam 100 lebih juga. lupa la harga dia
Cantik tak? Lawa kan potongan dia
Ini dia auntie yang layan aku baik di kedai ni. Will sure come again. Dah tersuka pula pada batu-batu yang dia tunjukkan. Aku cam nak jarum emas pula lepas ni. 😂
Kalau korang juga penggemar batu permata ni. Batu apa yang lawa dan kenapa korang suka. Boleh share? Aku tak pandai sangat pun. Tapi bila tengok lama-lama cantik batu ni kalau dapat buat cincin. Nak juga cari batu yang mahal-mahal macam ruby ke zamrud ke.. ribu-ribu boleh cecah. Okla. Itu sahaja perkongsian aku hari ni. Ok bye.
Oh lupa, ni tadi aku cakap nk share. ok bai
Sekian
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2021/06/betul-ke-kristal-dan-batu-permata-bagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)