Betul Ke Gwgfx Scam
Betul Ke GWGFX Scam?
Ada yang percaya ada yang tidak percaya skim terbaru di Malaysia sekarang ni iaitu GWGFX adalah SCAM!
Betul ke?
Nampak macam SCAM je, tapi biasalah orang kita memang suka dengan skim-skim cepat kayap nih. Ya lah..cepat dapat duit. Lambat dapat duit siapa pun tak nak.
Ada juga rakan yang duk promote ni, tapi memang sejak daripada dulu lagi tak berapa minat dengan sistem MLM ni. Bukan MLM tak bagus, ada gak yang bagus, cuma tak kena dengan jiwa.
Ada sistem MLM yang bagus macam BOB2e.com . Genuine!
CEO nya dulu pakai Mercedez . Sekarang dah pakai Bently plak. Dasat lu bro. Dia punya seksobar(absorber) kalau rosak, katanya RM13,000 kena siapkan duit. Memang harga cam nak nikah anak dara sekarang.
Berbalik kepada citer GWGFX ni. Gaya diorang nak pikat pelabur cam biasa la, gunakan kereta-kereta mewah. Macam LAMPBERGER dulu yang selalu duk tarik pelabur kat satu restoran melayu di Kuala Lumpur. Tu pun pernah gak kawan promote. Last-last bungkus siap ikat tepi lagi.
Baru-baru ni YSLM pulak. Adeh, mungkin ni kesan kata harga petrol nak naik kot. Entahlah.
Mana pengkalan GWGFX?
Katanya di Saint Vincent and Grenadines.
Celah mana negara tu wujud?
Alamat dia :
Global Wave Gold Corporation
Suite 305, Griffith Corporate Center,
PO Box 1510 Beachmont
Kingstown, St. Vincent & Grenadines
Pakai PO Box? Kenapa syarikat yang boleh buat besar keuntungan JUTA-JUTA pakai PO BOX? Smell like tin spirit..
Mana Pi Link MT4?
Celah mana pun carik memang tak jumpa link MT4. Ni kalau diorang baca, nak tutup 'kesalahan' dia buh la link MT4. Nanti cakap le.. "eh ada je link MT4 kat sini"
GWGFX ni money-game/market-maker ?
Memang pun market-maker. Istilah orang forex cakap. Pernah tanya dengan member yang pakar buka broker 'white label' ni. GWGFX ni broker apa? Market-maker katanya. Market-maker ni memang pakar buat 'spike' kat broker derang untuk kaut keuntungan.
GWGFX ni pulak guna sistem 'binary' katanya.
Ya lah, dulu nak jual MLM guna produk macam-macam. Tapi industri MLM ni untuk tahun ni dah berkurang sebab ramai yang lari ke Forex pulak. So depa pun dengan mengunakan kepakaran yang ada, buat la sistem MLM kat Forex.
Pengasasnya mesti bukan calang-calang. Dia tau nak penetrate market, dan tau jalan cara cam ne nak 'exit' nanti. Sama la ngan orang buat Speedline, VGMC dan seangkatan dengannya...
Katanya dulu alamat diorang ni kat PANAMA, sekarang tukar negara lain plop. Awat?
Awat Pakai LR (Liberty Reserve)?
LR ni kalau ikut sejarah dicipta oleh pengasasnya yang asalnya digunakan untuk penjual dadah dan jenayah seangkatan dengannya supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Dah bungkus ikat tepi jugak.
So, bagi yang belum terjebak lagi, jauh-jauhkan lah.
Nanti bila derang dah tak bleh bayar, geng diorang gak yang buat report ke Bank Negara suh tangkap nanti. Bayar la sket kat tukang report tu, buat duit belanja dapur.
Sudahnya akaun orang yang join kena 'freeze'. Melangok lah tak dapat balik duit modal balik.
So, Boleh Ke Join GWGFX ni?
Sukati korang la, duit korang. Nanti kalau papehal tanggung sendiri.
Ada la nanti puak-puak yang 'Zealot' yang kata macam-macam. "eleh kitaorang dah dapat modal balik dah bla bla.."
Ok la tu dah dapat balik. Kalau tak dapat, jadik apam balik la nanti.
Orang lain nanti paling tidak pun akan cakap 'Kesian' je. Cakap apa?
KESIANNN...
Sumber Asal
Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mencari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cecitermisteri.blogspot.com/2014/07/betul-ke-gwgfx-scam.html