Betoi Ka Kerajaan Nak Lupuskan Hutang Peneroka Janji Atau Dicapati Kah Kah Kah Peneroka Jadi Makanan Bn Pn


 
Antara hutang peneroka Felda, Felcra ketika Covid dan PRU.

Pada 7 Julai 2021, Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion bagi mengurangkan beban mereka.
Pengumuman itu satu berita baik yang ditunggu-tunggu ratusan ribu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu sejak bermula kira-kira 66 tahun lalu. Ia dibuat ketika negara berdepan pandemik Covid-19, bukannya apa-apa pilihan raya.
Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.
Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu itu pernah memberitahu bahawa beliau kadang-kala tidak dapat melelapkan mata waktu malam kerana memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan hutang peneroka.
Beliau menyifatkan peneroka Felda sebagai golongan yang menjadi keutamaan ketika era pentadbirannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sebelum ini, memandangkan kebanyakkan mereka terbelenggu dengan masalah hutang.
Dengan tema ‘Anjakan Minda Peneroka’, Muhyiddin berharap menerusi pelupusan itu, ia akan menjadi titik tolak atau ‘reset button’ untuk warga peneroka di seluruh negara menjadi lebih bersemangat dan lebih fokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan mereka.
Untuk rekod, rata-rata peneroka Felda tidak dapat bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan ketika itu bagi menghalang lebih banyak penularan virus berbahaya itu.
Justeru, pelupusan itu mengurangkan lagi beban hutang peneroka Felda di seluruh negara, yang kini kembali melaksanakan aktiviti mereka setelah sempadan negara dibuka semula dan Malaysia memasuki fasa peralihan endemik.
Semalam, satu lagi berita gembira diumumkan Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga untuk peneroka, tetapi kali ini peneroka Felcra pula.
Tetapi, bersyarat.
Memetik laporan BH, kerajaan bersetuju melupuskan kesemua hutang lapuk projek Felcra Berhad membabitkan kos sebanyak RM233.8 juta sekiranya Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Ismail Sabri berkata, walaupun beliau sudah bersetuju, dari segi peraturan perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan.
“Saya dah bincang dengan Menteri KPLB bawa dalam mesyuarat Kabinet, tetapi mesyuarat Kabinet tidak boleh diadakan sekarang ini kerajaan telah membubarkan Parlimen, Jadi bergantung kepada rakyat semua lah (menentukan kerajaan mentadbir),” katanya.
Pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi membolehkan pilihan raya diadakan, tatkala musim tengkujuh tahunan bermula November ini.
Rasanya rakyat sudah matang. Jadi fikir-fikirkan lah....
Razali bin Zakaria








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/betoi-ka-kerajaan-nak-lupsukan-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasa La Semua Nak Tunggang Umno Pun Depa Nak Tapaw Kah Kah

Biasa La Semua Nak Tunggang Umno Pun Depa Nak Tapaw Kah Kah

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 136 hits
Jika Umno keruh kenapa lulus usul kerjasama Puad tanya Hadi October 18 2022 Puad Zarkashi menyifatkan komen Abdul Hadi Awang terhadap Umno keras PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mempersoalkan keputusan Presiden PAS Abd...
Sebelum Nak Undi Bn Atau Ph Dengar Dulu Pandangan Hadi

Sebelum Nak Undi Bn Atau Ph Dengar Dulu Pandangan Hadi

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 248 hits
Melayu kena undi PAS atau GTA sahaja untuk selamat dunia dan aqirat Dalam BN ada MCA ada MIC minoriti tetapi keras kepala tentang keras hukum hudud Di pilihanraya macai umno kerja kuat untuk menangkan mereka Lebih parah dalam PH ada DAP aba...
Hasrat Cikgu Fadli Kritik Kerajaan Atau Kritik Ketua Pentadbiran

Hasrat Cikgu Fadli Kritik Kerajaan Atau Kritik Ketua Pentadbiran

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 174 hits
Saya minta mana mana parti yang jadi kerajaan selepas ini tolong buang peraturan yang mana penjawat awam tak boleh mengkritik dasar dan kelemahan kerajaan Bukan kita nak minta mereka kutuk kerajaan Kita nak kebebasan bersuara untuk hal yang...
Banyaknya Hutang 1mdb Yang Kita Nak Kena Sama Sama Tanggung

Banyaknya Hutang 1mdb Yang Kita Nak Kena Sama Sama Tanggung

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 182 hits
Nik HasyudeenSaya kongsikan satu artikel CEO Morning Brief berkenaan hutang hutang 1MDB yang perlu dibayar tahun ini dan tahun hadapan Disertakan juga laporan dari Kementerian Kewangan berkenaan kewangan 1MDB yang terkandung di dalam Tinjau...
Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 239 hits
MOHD AFFENDI ABASZaman Kerajaan Keluarga PAS PN BN Penyanyi LGBT pun dibenarkan buat konsert Inikah Kerajaan Melayu Isle yang dilaung laungkan Mana pergi pejuang RUU 355 Masih menyokong lagi kerajaan ini Ke semuanya dah keluar dari parti Pa...
Isteri Nak Cerai Sebab Nafkah Kecil Tak Sedar Tiap Kali Bersalin Pilih Hospital Swasta Hingga Suami Tanggung Hutang

Isteri Nak Cerai Sebab Nafkah Kecil Tak Sedar Tiap Kali Bersalin Pilih Hospital Swasta Hingga Suami Tanggung Hutang

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 280 hits
Seorang pengguna TikTok ada memuatnaik satu video tentang seorang suami yang sepertinya hilang arah apabila si isteri secara tiba tiba menuntut cerai Video yang dikongsi pemilik akaun Anas Jamaluddin itu menceritakan bagaimana dia baru baru...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal