Betik Senang Rupanya Nak Tanam Dan Cepat Pula Berbuah Tu Yang Jadi Makin Seronok
Korang penggemar buah betik? Kalau ya, korang memang best sebabnya buah ini mempunyai banyak khasiat untuk menyokong kesihatan tubuh
Kalau nak ikutkan, semua buah mempunyai khasiat tersendiri, termasuklah buah yang satu nie. Ia berserat tinggi, tetapi rendah kalori serta mengandungi pelbagai jenis enzim, vitamin dan mineral
Ada juga info yang sis baca, kandungan vitamin A padanya juga lebih banyak daripada lobak. Begitu juga dengan vitamin C-nya yang dikatakan lebih tinggi daripada buah oren serta kaya dengan vitamin B kompleks serta vitamin E
Comey jer kan pokok betik sis nie. Dari baka apa tak tahulah... betik kampung kot!
Bagi sis, pokok betik nie memang luar biasa. Rasa buahnya cukup enak dan manis. Tetapi batang, akar, daun serta bunganya terasa amat pahit! Kalau emak sis, pucuk betik yang muda serta bunga betik menjadi antara ulam kegemarannya. Kadang-kadang daun betik muda tu di-blender dan minum airnya. Aduhai... tak dapat nak membayangkan betapa pahitnya tekak! Hahahaa....
Sebenarnya, terus-terang sis cakap, bukan setakat daun dan bunganya yang sis tak makan. Buah betik masak pun sis tak makan.Tak boleh nak telan, apatah lagi aromanya bila dah masak ranum tu. Sungguhpun begitu, buah yang baru nak kekuning-kuningan (sedang ‘mengkal’ bak kata orang Pahang), sis makan pulak. Buat masak sayur air, tu sis suka!
Buah betik sulung. Masa nie happy giler... tak caya betik yang ditanam dah berhasil
Tak sis nafikan, banyak khasiat untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit kalau kita menikmatinya secara rutin. Lagi-lagi, kalau korang ada masalah dengan sistem penghadaman
Baca Juga: Kerap Sembelit? Baca Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Makan betik dapat melawaskan proses pembuangan air besar. Secara tak langsung, masalah sembelit dapat di atasi. Kandungan enzim papain yang terdapat pada buah ini membuatkan protein menjadi lebih mudah untuk dihadamkan oleh tubuh.
Biarpun kulit luarnya tak berapa gebu, tapi isinya superb!
Selain itu, ezim papin juga dikatakan mampu meregenerasi kulit, sekaligus melembutkannya. Bermakna, dapat membantu pencegah penuaan semulajadi.
Manakala vitamin C dan vitamin A pula berupaya membantu menyamarkan bintik-bintik hitam dan kedutan/garis-garis halus di kulit serta merangsang pembentukan kolagen yang boleh mengurangkan kemunculan kedutan.
Sebenarnya ada banyak sangat kebaikannya, dan memang beruntung sangat-sangatlah korang yang menggemari buah betik ini.Okay, kebetulan dah bercerita pasal betik… sis pun nak share lah pengalaman manis sis menanam pokok nie. Walaupun ia bukanlah buah favourite sis, tetapi kat rumah depa suka. Sis dengan Dea Marissa jur yang tak mampu menelannya. Gitewww…
Manis betul... kata depa yang menikmatinya he he he
Kebetulan masa balik kampung tu, nak balik sini abang De sis bagi sebiji betik masak. Isinya depa nie kasi settle, manakala biji tu sis sahajalah gatai tangan tanam dalam polybag.
Dan tak sangka pula, hidup subur. Bila tengok macam dah besar, sis tukar ke polybag yang lebih besar. Asalnya ada 2 pokok, tapi sepokok ntah tetiba mati pulak. So, tinggal la sepokok yang berjasa nie hahaha…Kena balut juga buahnya kalau tak nanti tupai bandar rosakkannya. Hehehe...
Rajin berbunga dan berbuah. Tak sampai 7 bulan sis tanam, dah berbunga/berbuah. Kira agak laju jugaklah walaupun pokoknya alahai kemetot jer ketinggiannya. Ada yang cakap ikut kemetot macam tuan yang menanamnya… huhu.. huhu…sadis…sadis.
Baca Juga: Bunga Air Mata Pengantin Yang Lebat Berbunga
Seminggu atau dua minggu sekali, sis letak baja. Sis pun tak ada beria-ia sangat memantau segala pokok-pokok yang sis tanam nie.Tapi setiap hari, memang kena rajin siramlah. Pagi- petang sebab cahaya matahari yang memancar memang terik sangat. Cakap tentang baja pula, dua minggu sekali sis akan letak baja. Kasi dia nutrisi sikit biar rajin berbuah dengan jayanya. He ehe..
Kalau nak beli baja, beli kat sinilah:💛 https://shp.ee/qph6bdm
Setakat nie dah 5 biji buahnya yang masak. Kalau lambat petik, ranum dipokok alamatlah habis ditebuk tupai! Boleh tahan lincahnya tupai-tupai di bandar nih… he he he…
Disebabkan rasa seronok tanam betik dan dapat menikmati hasilnya, sis semangat lagi menanamnya. Kali ni benih daripada abg Andak sis pulak. Katanya, betik eksotika, nanti lebat berbuah dan buahnya ‘comey-comey’jer
Dua pokok betik eksotika yang baru jer sis pindahkan ke dalam polybag yang lebih besar sikit.
Tak sabarnya nak tunggu dua pokok betik eksotika nie berbuah, harap-harap 5 bulan lagi dah boleh menikmati hasilnya.Harap-harap hidup subur dan panjang umurnya! Hehehe… heee…
Boleh beli benih betik eksotika kat sini: 💛 https://shp.ee/myhhzem
Okaylah, sekian dulu perkongsian sis tentang pokok-pokok betik yang sis tanam.Semangat nak bercucuk tanam masih menebal walaupun ruang tanah cukup terhad.Jiwa orang kampung, gitew la… hehehe..
Sampai jumpa lagi.
Lurve
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2021/12/betik-senang-rupanya-nak-tanam-dan.html