Besarnya Kuasa Doa



Besarnya kuasa doa. ALHAMDULILLAH kita telah berjaya mengharungi cabaran sambutan hari raya korban dengan peraturan yang cukup ketat.
Sebagaimana hari raya puasa baru-baru ini, majoriti rakyat telah faham apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa sambutan hari raya. Namun, apa yang lebih utama bukannya sambutan hari raya tersebut, apa yang lebih penting adalah pengisian amal ibadat sepanjang proses menyambut raya.
Sebetulnya, setiap pelaksanaan amal ibadat adalah berkait rapat dengan doa. Kita berdoa bukan sahaja untuk mendapat kesenangan hidup di dunia, namun apa yang paling penting mendapat keredaan ALLAH di akhirat.
Pentingnya kita berdoa selaras dengan kata-kata Salman RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Tuhan yang Maha Suci dan Maha Tinggi adalah Maha Hidup dan Mulia. Dia berasa malu dari hambanya apabila ia mengangkat kedua tangan kepadaNya dan mengembalikannya dalam keadaan kosong”. (Hadis Riwayat, Abu Daud).
Kita semua tahu bahawa doa merupakan ikhtiar yang paling ampuh bagi seseorang insan. Pun begitu, masih ramai yang tidak serius untuk berdoa. Bagi mereka, kurang alim, kurang amal, masih jahil, tidak pandai berdoa dan masih banyak dosa telah menjadi penghalang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Apabila kita mula berasa lekeh dan jauh daripada ALLAH, itu adalah petanda kita telah tersungkur dengan belitan iblis. Oleh itu, jangan peduli siapa kita di sisi masyarakat, apa yang penting kita perlu sentiasa berdoa. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah pandang lekeh dan mensia-siakan setiap ungkapan doa daripada hambanya.
Berkaitan hal itu, ALLAH berfirman, “Dan apabila hamba-hambaku bertanya mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka); sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada (kepada mereka); Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah Al-Baqarah, 2:186).
Justeru apa jua keadaan kita, jangan lalai dan terus berdoa secara berterusan kerana besarnya kuasa doa kepada kita. Pun begitu, sikap tidak sabar menunggu doanya dimakbulkan menyebabkan ramai yang berhenti dan berputus asa berdoa.
Secara peribadi, saya sendiri pernah merasai betapa besarnya kuasa doa. Sewaktu arwah ayahanda saya meninggal dunia pada 08 April 2017 banyak perkara yang saya terkilan, antaranya; tidak sempat bersamanya di saat kematian dan tidak mempunyai kekuatan emosi untuk mengimamkan solat jenazah beliau. Pada masa yang sama, arwah bonda saya sedang mengharungi keperitan penyakit Alzheimer.
Semenjak itu, saya terus istiqamah berdoa agar ALLAH mengizinkan saya supaya sempat berada di sisi bonda sewaktu nazak dan berupaya mengimamkan solat jenazah bonda saya. Alhamdulillah, selama hampir 2 tahun 5 bulan istiqamah berdoa, ALLAH telah makbulkan doa berkenaan. Bagi saya, itulah kuasa doa yang amat memberi kesan kerana berkesempatan melakukan khidmat terakhir untuk arwah Bonda.
Sehingga kini, Covid-19 masih berleluasa dan semakin kuat mengganas setelah beberapa kali bermutasi. Ramai yang sakit dan mati, ekonomi semakin lumpuh, ramai yang susah dan gelisah. Kerinduan terhadap keluarga semakin menebal kerana perlu akur dengan SOP kawalan penyakit berjangkit. Setiap hari ramai yang marah kerana semakin terhimpit minda dan emosi.
Pada hemat saya, semua ini berlaku kerana kita masih belum serius berdoa. Ramai yang masih lalai serta kurang bermuhasabah diri. Sebaliknya banyak menyalahkan itu dan ini. Berdamailah sekejap untuk menyalahkan orang lain, sebaliknya kita perlu fokus berdoa serta merendahkan diri agar dihapuskan penyakit ini secepat mungkin. Mengadulah kepada ALLAH dengan penuh keyakinan.
* Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis
Besarnya kuasa doa Baca Artikel Menarik :
Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan Isteri Misbun Sidek meninggal dunia Resepi Ayam Kung Pao Juicy Layari Laman Facebook MYKMU
Sebarkan ‘fitnah, warga emas cedera ‘Makan’ penampar penghulu

 
The post Besarnya kuasa doa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/24/besarnya-kuasa-doa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 149 hits
Dalam keadaan pandemik yang melanda negara selama hampir dua tahun ini sangat banyak menjejaskan kita dari segi sosioekonomi sekaligus turut menjejakan sosio emosi kita Memang tidak dapat lari dari terganggu aspek emosi kita dek ekonomi yan...
Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa

Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 334 hits
makanan untuk ibu hamil anak lelaki doa untuk mendapat anak lelaki Tips Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa Dikongsikan oleh Puan di laman facebooknya Cikgu kimia ini berkongsi teori asas sifat sperma X dan sperma...
Masa Sikat Rambut Anak Doa Ciumlah Dahinya Percayalah Anak Lebih Dengar Cakap

Masa Sikat Rambut Anak Doa Ciumlah Dahinya Percayalah Anak Lebih Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 299 hits
Ada beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk anak sentiasa lembut hati dengar cakap dan rapat Bukan dengan niat yang baik baik sahaja semasa memasak atau menidurkan anak tapi ketika menyikat rambut pun tetap boleh dilakukan Tertarik ...
Puasa Sunat Hari Arafah Dan Doa Hari Arafah

Puasa Sunat Hari Arafah Dan Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 347 hits
kredit Utusan Malaysia Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat Tinggal sehari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Kedua bagi umat Islam iaitu Hari Raya AidilAdha Yang pasti tahun ini lebih kurang sama sahaja seperti...
Doa Hari Arafah 9 Zulhijjah Untuk Diri Sendiri

Doa Hari Arafah 9 Zulhijjah Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 470 hits
Hari Arafah adalah hari di mana setiap doa akan diangkat ke langit dan pintu langit terbuka Doa doa akan dikabulkan oleh Allah SWT Hari Arafah adalah hari Hari Arafah adalah hari ke 9 dalam bulan Zulhijah dan merupakan hari ke 2 dalam ibada...
Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah Disediakan Oleh Jakim

Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah Disediakan Oleh Jakim

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 718 hits
DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM 1 Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2 Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal d...
Doa Memohon Rahmat Dari Muntakhab Ahadis

Doa Memohon Rahmat Dari Muntakhab Ahadis

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum salam jumaat Sempena hari jumaat yang mulia ni Syida nak kongsikan 1 doa yang MasyaAllah Tabararakallah sangat lengkap bagi kita seorang islam untuk kita baca selalu Doa ni nabi baca waktu solat tahajud Bila kita baca dan am...
Tsalatsatul Ushul Penjelasan Menarik Mengenai Doa Harap Takut Khusyuk Dan Tawakal

Tsalatsatul Ushul Penjelasan Menarik Mengenai Doa Harap Takut Khusyuk Dan Tawakal

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 242 hits
Ini adalah penjelasan menarik mengenai doa harap takut khusyuk dan tawakal dari kitab Tsalatsatul Ushul
Rawat Adik Sambung Kesha Ratuliu Mona Ratuliu Banjir Doa Dan Pujian Dari Warganet

Rawat Adik Sambung Kesha Ratuliu Mona Ratuliu Banjir Doa Dan Pujian Dari Warganet

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 239 hits
Ibu sambung Kesha meninggal dunia setelah melahirkan Mona pun memutuskan sang bayi tinggal bersamanya untuk sementara Terlebih ia masih butuh ASI
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco