Besarnya Dugaanmu Ya Allah Mangsa Kebakaran Di Tawau Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Segala Harta
Semalam kita dikejutkan dengan perkhabaran duka di mana hampir 60 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut Otentik, Tawau, Sabah.
Tidak terhenti di situ, api dikatakan terus merebak hingga ke sebarang sungai dan turut meranapkan sebahagian rumah di sana. Insiden berkenaan menyebabkan 300 orang penduduk kehilangan tempat berteduh.
Gambar: Jumarni Pudin
Lalu terpanggil untuk menyelami keadaan sebenar peristiwa menyayat hati ini, Siakap Keli telah menghubungi sendiri salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit.
Sekelip Mata, Aku Hampir Hilang Segalanya
Sebak saat mendengarkan kisah dari gadis berusia 23 tahun ini. Katanya tragedi itu mula disedari ketika dia mendengar jeritan dan suara saling sahut-menyahut di luar rumahnya.
“Api, Api Api!”
Aku keluar untuk melihat keadaan sekeliling, terlihat beberapa orang jiranku berlari ke sana sini sambil berteriak. Aku tersentak tak percaya!
Aku cepat melangkah masuk semula ke dalam menuju ke ruangan dapur. Dari situ aku melihat api marak ‘menelan’ beberapa rumah disekelilingku. Aku panik, hampir histeria!
Menjerit meminta tolong, melihat api seakan-akan membentuk bulatan besar disekeliling rumahku. Hanya Allah je tahu perasaan aku, air mata dah berjuraian jatuh.
Gambar: AS Fotografi
Abang aku berlari ke rumah jiran, membantu apa yang terdaya bersama orang kampung lain. Ruangan udara masa tu hanya dipenuhi api dan asap, panas!
Ibu dan adik-adik aku pulak pantas capai semua dokumen dan barangan penting. Masa ni aku bersyukur sangat sebab aku dapat jiran-jiran yang sangat baik, dorang tolong kami pindahkan barang yang mana sempat.
Depan mata aku, aku tengok api ranapkan rumah aku
Waktu ni aku takut sangat, sumpah! Bayangkan, rumah tempat aku membesar selama 23 tahun ni musnah sekelip mata. Dengan angin kuat menderu, lagi cepat api tu membakar rumah dan kawasan sekeliling.
Tapi itulah, Allah hantarkan kami jiran yang sentiasa mahu membantu, kami bersama-sama cuba memadamkan kebakaran.
Bukan mudah tapi abang Ancak Hamsahpudin Hamsahpudin antara hero di kampung kami. Tanpa memikirkan nyawanya sendiri, dia sanggup bekorban demi menyelamatkan rumah penduduk lain.
Aku tak lupa Pihak bomba yang turut bergadai nyawa cuba untuk menyelamatkan penduduk kampung kami dan memadamkan kebakaran. Terima kasih semua, aku tak lupa.
Buat masa sekarang, aku duduk di rumah saudara kami. Doakan kesejahteraan 60 keluargaku yang lain. Besarnya dugaan mu Ya Allah, Semoga kami kuat untuk menempuhi dugaanMu.
Sumber: Jumarni Pudin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/28/besarnya-dugaanmu-ya-allah-mangsa-kebakaran-di-tawau-kongsi-detik-cemas-hampir-hilang-segala-harta/