Beruntunglah Manusia Yang Termasuk Dalam 6 Golongan Ini Iaitu Golongan Yang Bebas Dari Azab Kubur



Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian dan kubur merupakan persinggahan yang pertama selepas seseorang meninggal dunia. Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya.
Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :
1) Murabit:
Murabit adalah mereka yang menjaga keselamatan sempadan negara Islam, kubu pertahanan dan mempertahankan negara sama ada di darat, laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan ini.
Riwayat daripada Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan selamat daripada fitnah dalam kubur”. (Riwayat Muslim)
2) Mati Syahid:
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, “sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara. 6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya”. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)
3) Mengamal surah al-Mulk:
Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan beroleh pengampunan dosa dari Allah.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : “Ia adalah penghalang daripada azab kubur.” (Riwayat al-Tirmidzi)
Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi biyadihil mulk.” (Riwayat Ahmad)
4) Mati pada malam atau hari Jumaat:
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)
5) Mati disebabkan sakit perut:
Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: “Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya.” Riwayat al-Nasai’i dan Ibn Hibban)
6) Para Siddiqin:
para siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.
Mudah-mudahan kita tergolong di antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.
 
Sumber: kalamindah.com
The post Beruntunglah Manusia Yang Termasuk Dalam 6 Golongan Ini Iaitu Golongan Yang Bebas Dari Azab Kubur appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/beruntunglah-manusia-yang-termasuk-dalam-6-golongan-ini-iaitu-golongan-yang-bebas-dari-azab-kubur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Perbuatan Yang Biasa Kita Buat Dan Menyebabkan Azab Kubur Nanti

2 Perbuatan Yang Biasa Kita Buat Dan Menyebabkan Azab Kubur Nanti

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 425 hits
Suatu hari Nabi dan para sahabat melalui satu kawasan kubur dan Nabi memberitahu para sahabat yang maksudnya Dalam kubur ni ada dua orang yang sedang diazab Mereka diazab disebabkan dua perbuatan yang mereka buat masa mereka hidup yang mere...
Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur

Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 3899 hits
Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur Salam jumaat kepada sahabat yang membaca coretan saya pagi ini Semoga langkah anda hari ni dimulai dengan doa sedekah dan bismillah dengan nama Allah Siapalah kita tanpa Dia Yang meminjamkan nya...
Kadinkes Dki Pastikan Jakarta Bebas Malaria

Kadinkes Dki Pastikan Jakarta Bebas Malaria

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 132 hits
Kepala Dinas Kesehatan DKI Jakarta Widyastuti menjamin wilayah ibu kota hingga kini terbebas dari penyakit malaria Namun demikian ia tak menampik ada beberapa orang yang dirawat akibat malaria
Mahfud Sebut Era Jokowi Bebas Pelanggaran Ham Apa Kabar Korban Demo Ruu Kuhp

Mahfud Sebut Era Jokowi Bebas Pelanggaran Ham Apa Kabar Korban Demo Ruu Kuhp

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 234 hits
Menko Polhukam Mahfud MD menegaskan tidak ada pelanggaran HAM berat yang terjadi di era pemerintahan Presiden Jokowi
Zara Kini Bebas

Zara Kini Bebas

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 239 hits
PELAKON popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai kisah putus tunang dengan pelakon Hafreez Adam Zara 34 atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika dihubungi berkata dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai tiada jo...
Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 382 hits
Assalamualaikum Program Komuniti McDonald s santuni rakyat Kelantan Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu Dengan matlamat memberi impak positi...
Alhamdulillah Rafizi Bebas Sepenuhnya

Alhamdulillah Rafizi Bebas Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 354 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli yang diputuskan pada 15 November lalu Ini setelah Timbalan Pendakwaraya memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan Ma...
Rafizi Kekal Bebas Pendakwa Raya Tarik Balik Rayuan

Rafizi Kekal Bebas Pendakwa Raya Tarik Balik Rayuan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 303 hits
KEMASKINI 2 50PM Rayuan terhadap pembebasan bekas kerani bank Johari Mohamad yang dituduh bersubahat sebelum ini turut dibatalkan
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin