2 Perbuatan Yang Biasa Kita Buat Dan Menyebabkan Azab Kubur Nanti
Suatu hari, Nabi dan para sahabat melalui satu kawasan kubur dan Nabi memberitahu para sahabat yang maksudnya.
"Dalam kubur ni, ada dua orang yang sedang diazab. Mereka diazab disebabkan dua perbuatan yang mereka buat masa mereka hidup yang mereka ingat perbuatan itu bukan benda besar....."
Mereka ingat perbuatan itu bukan dosa besar, mereka ingat perbuatan itu tidak sampai ke tahap nak kena azab di alam kubur.
Dalam riwayat Al Bukhari, Nabi menyatakan apa yang mereka ingat kecik tu sebenarnya besar.
Salah seorang daripada orang dalam kubur tu dah buat dosa 'Namimah....'
"Namimah" ni maksudnya dia adalah seorang yang suka mengadu domba, suka melaga lagakan orang lain, suka fitnah dan menyebarkan benda benda yang tidak betul.
Kalau dalam konteks hari ini, kita manusia juga banyak melakukan dosa 'Namimah....' iaitu melalui Whatsapp.
Kita terlalu suka 'Forward' dan 'Share' benda benda yang kita tak tahu kesahihannya. Kita sendiri tak tahu betul tak betul, tapi kita dok main 'Forward' sahaja.
Disebabkan kita 'Forward' benda yang tak betul tu, masuk dalam satu group Whatsapp yang ada 100 orang, kemudian 100 orang dalam group tu 'Forward' lagi benda yang sama ke group lain, benda yang tak betul itu dah tersebar dengan sangat pantas.
Bayangkan, kalau apa yang kita kongsikan itu adalah satu fitnah. Kita sudah termasuk dalam golongan orang yang 'membuat fitnah'. Dan disebabkan ini, kita akan diseksa dengan azab yang amat teruk di kubur nanti. Nauzubillah.
Lebih teruk lagi, Nabi berkata tidak akan masuk syurga mereka yang suka melaga-lagakan orang lain, yang fitnah orang dan suka bagi orang lain bergaduh.
Benda ini adalah benda yang sangat besar. Tapi kita dalam masyarakat merasakan ini benda kecil.
Disebabkan 'kesalahan' kita, ada orang yang sudah teraniya. Disebabkan kita ada orang yang dizalimi. Disebabkan kita ada orang yang dipandang serong dan negatif oleh orang lain.
Saya personally selalu membaca dalam group Whatsapp benda yang terang terang tak betul, berunsur fitnah tapi disebarkan oleh mereka yang 'berserban' yang kononnya alim tapi mereka langsung tidak menyemak sesuatu perkara sebelum mereka klik button 'Forward'.
Kesian sangat bila orang yang berilmu tetapi masih melakukan 'dosa namimah' ini. Bukan senang kita nak minta maaf balik dengan semua orang yang kita dah buat salah tu.
Dalam kisah Nabi tadi juga, Nabi memberitahu sahabat satu lagi kubur juga sedang diazab sekarang kerana tidak menjaga kencing.
Para ulamak mentafsirkan ada beberapa kesalahan yang boleh disabitkan dengan kesalahan tidak menjaga kencing.
Antaranya ialah kencing di tempat yang terbuka. Contoh kalau masyarakat kita di Malaysia lelaki yang kencing di 'mangkuk' yang melekat di dinding bangunan. Bukan di dalam tandas tertutup.
Dalam hadis lain juga dinyatakan, kesalahan ketika kencing juga adalah tidak 'Istimbraq', iaitu berdehem-dehem atau buat buat batuk untuk habiskan keluar air kencing terakhir tu.
Ini kerana jika tidak dijaga dengan betul, air kencing 'terakhir' tu akan mudah keluar selepas itu dan menyebabkan kita berada dalam keadaan najis dan mengakibatkan amalan solat kita nanti tidak sah.
Yang ketiga, ulamak berbahas orang yang tidak menjaga kencing adalah orang yang tidak menjaga pakaian dia ketika masuk ke dalam tandas. Apabila masuk ke dalam tandas, bila dibuka air paip biasanya air paip akan terjatuh ke atas lantai dan mercik terkena pada pakaian kita.
Perbuatan ini dikhuatiri akan menyebabkan 'najis air kencing' yang bersepah diatas lantai merecik terkena pakaian dan menyebabkan pakaian bernajis dan menyebabkan amalan solat kita selepas itu jadi tidak sah.
Cara yang betul untuk menjaga perkara ini adalah dengan mengangkat kain atau seluar yang kita pakai tinggi sedikit. Selingsing sikit kaki seluar itu untuk elak terkena air yang merecik.
Jika selepas kita sudah menjaga semua ini tapi masih terkena sedikit sedikit, kita bersihkan mana yang boleh dan selebihnya kita mohon ampun daripada Allah.
Ini dua kubur dan dua azab yang banyak kita manusia hari ini ada melakukan dosa. Dosa Namimah dan Dosa Tidak Menjaga Kencing.
Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua. Insya Allah.
Mohd Firdaus Mat Saad
#satuharisatupengajaran
Sila Share Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/12/2-perbuatan-yang-biasa-kita-buat-dan.html