Bertukar Kepada Sunscreen Mama Choice Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung Dan Juga Kulit Sensitif


Sis baru je bertukar ke Sunscreen Mama Choice pula, uolls..hehe. Gediks. Saja tukar ke mineral sunscreen ni sebab sesuai untuk ibu mengandung. Nama brand dia pun Mama's Choice.. Sis feeling konon mana lah tau kot nanti lekat, tak ada lah berisiko pakai chemical sunscreen. Hasil pencarian sis di Mr Google sunscreen untuk ibu mengandung, mineral sunscreen atau physical sunscreen ni yang dicadangkan sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan. Kenapa mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan?
Sebelum tu macamana k.fiezz tahu sunscreen mama choice ni dalam kategori mineral sunscreen. Sis mencari dalam Mr Google. Jumpa beberapa website menyenaraikan jenis mineral sunscreen yang ada di Malaysia ni. Jadi sis pun cari lah per satu dalam shopee untuk survey harga. Dalam banyak-banyak mineral sunscreen yang tersenarai, sunscreen mama choice ni dalam kategori harganya mesra poket walaupun agak mahal untuk 1 saiz yang tak besar sangat. Berkira juga mulanya nak beli sebab risau tak tahan lama. Nanti tengah bulan kena beli lagi. Tapi dah nama sis yang kedekut ni, sis kurangkan kuantiti penggunaan (haha), lagipun sis bukan bekerja yang terdedah sangat pada cahaya matahari..Itu yang sis berani kurangkan kuantiti sunscreen. Harapnya cukup lah untuk melindungi kulit k.fiezz dari sinaran UV bila berada di luar rumah..
FUNGSI MINERAL SUNSCREEN @ PHYSICAL SUNSCREENBerbalik kepada topik kenapa mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai untuk preggy & breastfeed mummy. Sebab kandungan utama dalam mineral sunscreen atau physical sunscreen ni adalah Zinc Oxide & Titanium Dioxide yang berfungsi  untuk wujudkan penghalang pada kulit. Senang faham, 2 bahan aktif dalam mineral sunscreen ni memantulkan semula sinar UV dari permukaan kulit bukan menyerap seperti chemical sunscreen. Bila tak menyerap masuk ke dalam kulit secara logiknya, lebih selamat sebab dia melindungi kulit di luar saja & tak masuk ke dalam badan. Jadi sebab ini mineral sunscreen sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan. 
Selain tu mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai juga untuk kulit kering & sensitif. Risiko untuk iritasi kesan pemakaian mineral sunscreen atau physical sunscreen ni pun lebih rendah. Tekstur dia pekat tapi ada kesan whitecast (putih). Kelebihan mineral sunscreen ni senang nak guna sebab tak perlu serap dalam kulit & terus bagi perlindungan segera. Untuk orang yang ada kulit sensitif pun sesuai guna mineral sunscreen @ physical sunscreen. Selain dari kulit sensitif tak boleh ke pakai mineral sunscreen @ physical sunscreen ni..Meh saja nak kongsi info yang k.fiezz ternampak di fyp Tik Tok ni..Mana tau ada yang nak beralih kepada mineral sunscreen @ physical sunscreen untuk jenis kulit selain dari sensitif.
JENIS MINERAL SUNSCREEN @ PHYSICAL SUNSCREEN UNTUK  JENIS KULITBawah ni jenis mineral sunscreen atau physical sunscreen untuk kulit sensitif, kering, berminyak & berjerawat. Saja share kot ada yang mencari mineral sunscreen atau physical sunscreen mengikut jenis kulit

KULIT KERING @ SENSITIF - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis krim
KULIT BERMINYAK @ JERAWAT - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis gel
KULIT SENSITIF - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis spray (lebih senang nak apply, bersih, praktikal & mudah untuk re-apply.

SUNSCREEN MAMA CHOICE Masuk semula kepada topik pasal sunscreen mama choice ni, K.fiezz dah rasmi guna awal bulan lepas. Untuk sunscreen jenama ni ada 1 saiz saja (30ml). Tempoh ketahanan setakat ni k.fiezz guna dari awal Julai sampai sekarang (awal Ogos) masih ada lagi isi dia. Tapi sis pakai berkira sebab harga dia agak mahal juga untuk k.fiezz. haha. Patutnya kena pakai 2 ruas jari tapi sis guna 1 jari je. hehe. Nak jimat..

K.fiezz beli 2 ketul, 1 guna kat rumah & 1 lagi guna kat pejabat lepas solat. So far dua-dua ni masih ada lagi. Jadi k.fiezz anggarkan 1 tiub ni (30ml) boleh guna 1-2 bulan untuk seorang. Ni anggaran k.fiezz je tau. Mungkin kalau yang jenis ikut aturan pemakaian yang sepatutnya boleh tahan 1 bulan, macam sis yang kedekut ni guna 1 ruas jari je tahan hampir 2 bulan..haha..

Nak tunggu betul-betul habis baru k.fiezz restock beli yang baru sebab nak tengok berapa lama sebetulnya boleh tahan 1 tiub ni. 
Advantage sunscreen mama choice ni dia sekali moisturizer & sunscreen. Jimat lagi duit di situ..hehe. Tak payah beli pelembap. Pakai ni pun cukup sebab 2 dalam 1..


Kotak dia..Comel..


Kandungan & fungsi sunscreen mama choice> Rice extract (melembap dan membantu kulit nampak lebih berseri)> Mineral Sunscreen (membantu melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB yang boleh menyebabkan kulit jadi  kusam)> Hyaluronic Acid (tingkatkan kandungan air dalam kulit untuk mencegah penuaan)
Sesuai untuk ibu mengandung, menyusu badan & semua jenis kulit.


Kandungan sunscreen mama choice


Cara pakai Sunscreen Mama Choice
1. Letakkan sunscreen pada 2 ruas jari
2. Pakai 15 minit sebelum memulakan aktiviti di luar
3. Ratakan sunscreen pada keseluruhan muka. 4. Re-apply setiap 4 jam

No. 4 tu sis tak ikut. Sis guna > 1x pagi & petang lepas solat zohor > 1x. Tu je.. 
REVIEW SIS GUNA SUNSCREEN MAMA CHOICEK.fiezz dah guna sunscreen mama choice ni lebih kurang sebulan lebih, setakat ni serasi & tak alami sebarang masalah pada kulit. Untuk kesan whitecast rasanya macam tak ada pun pada kulit k.fiezz. Cuma kena pastikan sapu rata pada keseluruhan muka sampai sunscreen mama choice betul-betul blend dengan kulit. 
Untuk sunscreen mama choice ni tekstur dia jenis krim dan sederhana pekat. 
Overall sis pakai okey & serasi dengan kulit. Alhamdulillah.. Maintain yang ni je lah sebab sekali pelembap & sunscreen. Kalau idak sis ni , sunscreen lain moisturizer lain. Udah lah sebelum ni pakai moisturizer jenis mahal..haha. Dah jumpa yang 2 dalam 1 macam ni, jimatttt..hehe..Maklumlah sekarang ni serba serbi barang mahal so cuba berjimat  yang mana perlu. Cantik pun nak juga so ada sunscreen mama choice ni senang sikit sebab 2 dalam 1..

Sesiapa yang tengah mencari sunscreen untuk ibu mengandung, boleh lah cuba sunscreen mama choice ni. Harga agak berpatutan & tahan lebih dari 1 bulan (bergantung kepada kekerapan penggunaan juga). Nak tahu sila lah cuba sendiri, yea..Sis anggarkan saja berdasar pengalaman sendiri. Itu pun berjimat pakai..haha.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/08/Bertukar-Kepada-Sunscreen-Mama-Choice-Yang-Sesuai-Untuk-Ibu-Mengandung-dan-Juga-Kulit-Sensitif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak Kulit Kering

Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak Kulit Kering

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 216 hits
assalamualaikum guys macammana hari ni korang okay ke masyarakat semua terkesan dengan cuaca yang sangatlah panas terpaksa on dua kipas atas dan bawah untuk menghilangkan rasa panas rumah aku pula memang menghadap matahari itu pun masih lah...
Bagaimana Memilih Hybrid Sunscreen Terbaik Supaya Kulit Muka Sihat Dan Glowing

Bagaimana Memilih Hybrid Sunscreen Terbaik Supaya Kulit Muka Sihat Dan Glowing

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 306 hits
Hi guys it has been a while Hari ni Ray nak share dengan korang pasal hybrid sunscreen Mesti ramai lagi kan yang tak berapa faham apa sebenarnya hybrid sunscreen ni Ray sendiri pun tak tahu apa itu hybrid sunscreen in the first place Now th...
Baru Habis Pantang Ibu Bayi Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Baru Habis Pantang Ibu Bayi Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 175 hits
Baru sahaja habis berpantang ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung Memetik laporan Kosmo Online kemalangan tersebut berlaku pada jam 6 30 petang telah mengorbankan bayi lelaki Nik Muhamm...
Wajib Tahu Apa Itu Manipulative Tantrum Barulah Anak Tak Mudah Kuasai Ibu Ayah

Wajib Tahu Apa Itu Manipulative Tantrum Barulah Anak Tak Mudah Kuasai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 180 hits
Bila anak mengamuk kita belikan Bila anak menangis kita turutkan keinginan dia Bila anak meraung kita bagi gajet Dari situ akan wujud tingkah laku MANIPULATIVE TANTRUM Dan bermulanya episod mak ayah melahirkan tuan Anak tau melalui amukan t...
Dari Seorang Cikgu Jadi Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Ibu Kepada Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Dari Seorang Cikgu Jadi Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Ibu Kepada Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 253 hits
Dari seorang Cikgu jadi Permaisuri Agong Ini kisah Tuanku Siti Bainun ibu kepada Sultan Perak yang ramai tak tahu Ibarat hikayat lagenda kisah luar biasa umpama seorang Cinderella yang dilamar oleh putera raja ternyata menjadi realiti Siapa...
Petra Banyak Ajar Erti Sabar Pengalaman Terindah Mona Allen Bergelar Ibu

Petra Banyak Ajar Erti Sabar Pengalaman Terindah Mona Allen Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 269 hits
Empat tahun menanti kelahiran cahaya mata dalam perkahwinan mengajar Mona Allen erti sabar dan bersyukur untuk meraihkan anugerah terindah Petra Pekin Akui Mona Allen yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa Ma Gala Award Best Mama Millen...
Walau Apa Terjadi Ibu Kini Ditidurkan Ubai Sebak Mengenangkan Pesanan Terakhir

Walau Apa Terjadi Ibu Kini Ditidurkan Ubai Sebak Mengenangkan Pesanan Terakhir

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 179 hits
Pensohor media sosial Ubai dilihat tidak dapat menahan sebak apabila ibu kesayangan Rohani Jamal memberikan kata kata akhir sebelum ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Isnin lalu Maklum Ubai ibunya itu berpesan agar majlis ...
Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 165 hits
Usaha mendidik anak anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi bila anak sudah pandai membuat keputusan sendiri Dilema ibu ayah dalam nak mendisiplinkan anak anak memang besar kadang kadang ada yang buntu dengan sikap ana...
Busuk Hati Puteri Sarah Dituduh Dengki Datang Bersama Bapa Ibu Mertua Di Abpbh35

Busuk Hati Puteri Sarah Dituduh Dengki Datang Bersama Bapa Ibu Mertua Di Abpbh35

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 308 hits
Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan pelakon Puteri Sarah datang ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 bersama ibu Datin Patimah serta bapa mertuanya Datuk Yusof Haslam
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization