Bertukar Ke Shampoo Dan Treatment Honey
Setelah 2 tahun lebih setia bertahan dengan produk jenama Moist, Diane saya bercadang nak tukar kepada jenama &honey pula. Juga produk dari Japan. Ini semua pengaruh dari TikTok punya pasal. Saya baca reviews semua postif. Why not kita cuba.
Saya pun tengah mencari produk penjagaan rambut yang baru shampoo & conditioner yang sesuai dengan cuaca panas ni. Sebabnya akhir-akhir ni Moist, Diane tu macam tak sesuai dah. Tak pastilah kenapa. Sebab production ke, ingredients ke.
Memandangkan saya punya treatment (conditioner) Moist, Diane tu dah nak habis. Beli stok shampoo & treatment siap-siap.
Saya beli di Watsons yang kebetulan tu ada harga promosi. Dapatlah beli murah sikit daripada harga asal. Tiba-tiba masa nak bayar, dapat free gift beg yang comel tu.
Kalau beli shampoo, kenalah beli treatment sekali. Tak pandai kalau pakai shampoo je. Nanti rambut jadi kering dan tak terurus. Jangan lupa pakai serum juga. Saya masih setia dengan NEEDS Keratin hair spray serum.
Tapi macam nak bertukar hair oil jenama &honey juga nanti. Pakai satu jenama je senang gitu. Pakai tiga-tiga produk, tak perlu guna sikat dah. Guna jari pun boleh tak tersekat di skala 6
Step 1.0: &honey deep moist shampooTeskturnya pekat likat. Baunya tersangatlah wangi, bau madu tu kuat juga. Bau manis-manis. Best betul. Tak perlu pakai banyak pun. Pakai sikit je dah mampu menghasilkan buih yang banyak dan boleh bersihkan kulit kepala secara keseluruhannya
Gosok pada kulit kepala ye, jangan sampai kehujung rambut. Nak bilas pun senang, sekali dua bilasan bersih dah. Senang cuci rambut tak guna banyak air. Rambut pun wangi ya amat! Bukan tu je, siap dengan pakej dapat rambut lembut juga. Wah, ini sudah bagus
Step 2.0: &honey deep moist treatmentLepas bilas dan perahkan air rambut tu. Barulah sapukan treatment pada tengah sampai hujung rambut. Treatment pun saya pakai sikit je untuk setengah rambut sampai ke hujung. Jangan pula dilumur satu kepala. Salah tu.
Tekstur treatment ni tak pekat sangat tapi guna sikit pun dah boleh cover bahagian rambut yang sepatutnya letak treatment.
Treatment pun senang bilas dan tak meninggalkan sisa-sisanya.
Dua-dua pun jenis senang bilas. Lepas pakai treatment auto rambut jadi lembut dan senang diuruskan tak perlu sikat dah. Biarkan kering semulajadi. Selepas saya pakai beberapa kali, saya perasan rambut pun kurang gugur.
Biasanya kalau cuci pun rambut akan gugur banyak kan. Sekarang dah berkurang dah. Kesimpulannya, tak rugi mencuba sebab dapat rambut yang lembut, wangi, terurus dan rambut kurang gugur. Kulit kepala tu tak gatal.
Kalau beriadah berpeluh rambut pun tak bau kepam, bau wangi manis madu. Nice nya! Kenapalah tak tahu dari awal. Ini yang tak sabar nak beli hair oil &honey juga.
Freegift, knitted bag + beg charms 1'sComel betul beg ni untuk simpan hair products. Dapat percuma dengan setiap pembelian RM88 dan ke atas untuk produk penjagaan rambut.
Dapat sekali dengan charms yang comel ni. Kiyowo! Promosi freegift untuk produk penjagaan rambut (hair care product) ni bermula 31 Julai sehingga 3 September 2025. Kalau berminat, bolehlah buat pembelian sementara stok masih ada.
Saya bagi 5 bintang untuk produk ni. Harap kekalkan kualiti supaya saya tetap setia bersama awak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2025/08/honey-shampoo-treatment.html