Perjalanan Lima Beranak Lawat Ahli Keluarga Di Sekolah Bertukar Tragedi




Perjalanan lima beranak melawat ahli keluarga di sekolah bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka maut apabila kenderaan SUV yang dinaiki mereka bertembung dengan lori.
JERANTUT – [DIKEMAS KINI] Perjalanan lima beranak melawat ahli keluarga di sekolah bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan sawit di Kilometer (KM)8 Jalan Jerantut-Kuala Tembeling di sini pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Mohd Azahari Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, mangsa iaitu pelajar Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Aimy Nur Batrisyia Ahmad Sobri,14 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, kedua ibu bapa mangsa iaitu Ahmad Sobri Hussin,44, dan Rohaizah Haminuddin,41, dan dua adiknya masing-masing berusia dua dan 10 tahun cedera akibat kemalangan tersebut.
**media[3241174]**
“Hasil siasatan awal yang telah dijalankan, kejadian berlaku semasa Mitsubishi Outlander dari arah Bandar Jerantut ke Kuala Tembeling manakala lori dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, lori yang dipandu oleh lelaki berusia 35 tahun sedang bergerak di jalan selekoh dan menuruni bukit telah masuk ke laluan sebelah kanan atau bertentangan jalan lalu bertembung dengan Mitsubishi Outlander yang dipandu oleh bapa mangsa dari arah yang bertentangan,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Ujarnya, kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Jelasnya, pemandu lori mengalami kecederaan ringan manakala kedua ibu bapa dan dua adik perempua mangsa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jerantut.
Ujarnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori kerana gagal mengawal kenderaannya dengan baik sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Ujian saringan air kencing telah dijalankan terhadap pemandu lori dan didapati negatif.
“Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, tambahnya.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/17/perjalanan-lima-beranak-lawat-ahli-keluarga-di-sekolah-bertukar-tragedi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saat Kelahiran Bertukar Tragedi Ibu Terpengaruh Lahirkan Anak Dalam Kolam

Saat Kelahiran Bertukar Tragedi Ibu Terpengaruh Lahirkan Anak Dalam Kolam

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 647 hits
Bayi pergi selamanya gara gara ibu terpengaruh lahirkan anak dalam kolam selepas terinspirasi konsep kelahiran bebas yang dipromosikan di media sosial Insiden tragis ini berlaku di Victoria Australia dan laporan Mahkamah Koroner mendedahkan...
Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 788 hits
Guru adalah insan yang tidak pernah kenal lelah Walau penat mereka tetap hadir menyemai ilmu dan mendidik tanpa mengira masa Namun dunia pendidikan dikejutkan apabila seorang Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gedok Tampi...
Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1240 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan gejala buli yang semakin berleluasa Lebih merisaukan gejala buli bukan sekadar masalah pelajar di sekolah ia kini menjadi isu sosial yang memberi kesan kepada mental emosi dan masa depan...
Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 859 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya Ayden Adrean dibuli di sekolah Bella yang ditemui media berkata dia sudah menghantar anak lelakinya ke kelas takwondo bagi tujuan mempertahankan diri nam...
Kpm Peruntuk Rm3 Juta Pasang Cctv Di Sekolah Berasrama Terpilih

Kpm Peruntuk Rm3 Juta Pasang Cctv Di Sekolah Berasrama Terpilih

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 183 hits
KPM Peruntuk RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama Terpilih PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup di sekolah berasrama terpilih seluruh negara Menu...
Siasatan Segera Dijalankan Di Sekolah

Siasatan Segera Dijalankan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 958 hits
12 Ogos 2025 Selasa Pagi Aku mandi kuah dal kuah roti canai di tempat kerja Punyalah susah nak buka getah plastik kuah tu akhirnya terus terpercik dan tumpah kena badan aku Syukur aku pakai baju warna gelap taklah nampak bahagian hadapan ba...
Pksk Ukkm Laluan Masuk Ke Sbp Mrsm Dan Sekolah Berprestij

Pksk Ukkm Laluan Masuk Ke Sbp Mrsm Dan Sekolah Berprestij

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 501 hits
PKSK amp UKKM Laluan Masuk ke SBP MRSM dan Sekolah Berprestij l Setiap tahun ramai murid Tahun 6 yang memasang impian untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah elit yang lain Tapi tahu tak a...
Kl Sentral S Cordoned Drop Off Points Great Hassle For Commuters Symptomatic Of Vvip Culture

The Real Threat To Our Nation Isn T Stateless Children It S The Betrayal Of Trust

Menyusuri Dapur Hati Catatan Tentang Blog Sajian Hati

Belajar Jadi Pemaaf

Kunafa Aiwahhh Mangga 5

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming

Masak Asam Pedas Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Belajar Dari Si Kucing Kotak Kejutan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menginap Di Yusna Timur Bay Residence Balok Kuantan Puashati

Langkah Strategik Untuk Memajukan Pelancongan Di Kelantan

Bila Buka Reading List Blog Rupanya

Sambutan Merdeka 68 Tabika Aaira Meriah

Jom Jauhi Sifat Fattanun

Ladang Jagung Dan Ladang Buah Labu