Bertimbang Rasalah Pada Nurul Izzah






9 June 2025


Ingatkan bila sudah berakhir pemilihan PKR, semua serangan terhadap Nurul Izzah Anwar akan turut berakhir.


Sepatutnya, cukuplah serangan terhadap beliau dilakukan ketika musim pemilihan saja.


Habis pemilihan, bersatulah semula.


Tetapi nampaknya tidak begitu yang berlaku, serangan kepada beliau terus juga dilakukan.


Jika sewaktu pemilihan dahulu, terdapat sesetengah serangan yang boleh dikira agak melampau  dan parti lawan pun tidak sampai ke tahap itu melakukannya, kini serangan kepada Timbalan Presiden PKR itu nampaknya terus melewati sempadan yang sepatutnya.


Fitnah yang dilemparkan kepada Nurul Izzah berkaitan pemergiannya menunaikan haji dengan dakwaan beliau pergi dengan pakej mewah yang menelan kos melebihi RM200 ribu seorang serta pergi pula menaiki jet peribadi, sejujurnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


Penjelasannya bahawa pemergiannya menunaikan haji adalah atas perbelanjaan sendiri melalui wang simpanannya, beliau tidak pergi menaiki jet peribadi dan tidak juga tinggal di hotel mewah seperti yang didakwa itu, sudah cukup menunjukkan betapa terpesongnya mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah itu.


Bagaimana kita benci dan marah pun kepada beliau, melemparkan fitnah berkaitan amalannya dengan Tuhan adalah sesuatu yang keterlaluan.


Berikutan fitnah yang disebarkan itu telah memaksa Nurul Izzah yang baru selesai berwukuf di Arafah, terpaksa meluangkan masa menjawab melalui media sosialnya.


Bukankah dengan terpaksa menjawab fitnah itu telah menyebabkan beliau kerugian waktunya untuk beribadah  dan mengabdikan dirinya kepada Tuhan di Tanah Suci Makkah?


Dalam hal ini Nurul Izzah memang wajar memberi penjelasan dan menjawab segala fitnah yang bertebaran kerana jika tidak segera dijawab, ia pasti terus berpanjangan.


Kalau ia pun mahu menyerangnya kerana tidak puas hati dengan kemenengannya sebagai Timbalan Presiden, bertimbang rasalah sikit.


Janganlah hal-hal berkaitan ibadah haji pun sanggup difitnah juga?


Janganlah juga kerana beliau anak perempuan Anwar Ibrahim, maka serangan pun semacam tiada sempadan.


Terimalah hakikat Nurul Izzah telah menang sebagai Timbalan Presiden dan kalau mahu menyerangnya, seranglah daripada segi politik saja.


Tak usah diserang berkaitan amal ibadah dan amalan Ketuhanannya kerana itu adalah hak peribadinya.


Bayangkan jika amal ibadah kita sendiri difitnah, bagaimanakah rasanya?


Sekali lagi, bertimbang rasalah kepadanya dan bagilah peluang serta ruang kepada beliau membuktikan kemampuannya sebagai Timbalan Presiden PKR yang benar-benar berkesan. – ShahbudinHusin 09Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/bertimbang-rasalah-pada-nurul-izzah/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/bertimbang-rasalah-pada-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Zarkashi Sindir Nurul Izzah Apa Hasil Sebenar Idea Rafizi Padu Turun Harga Kereta

Puad Zarkashi Sindir Nurul Izzah Apa Hasil Sebenar Idea Rafizi Padu Turun Harga Kereta

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 126 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi mengkritik kenyataan Nurul Izzah Anwar yang mempertahankan tindakan Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas dalam pemilihan PKR baru baru ini Menurut Pu...
No Thanks Rafizi Tolak Tawaran Nurul Izzah Kekal Dengan Akar Umbi

No Thanks Rafizi Tolak Tawaran Nurul Izzah Kekal Dengan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 87 hits
Rafizi Ramli menolak tawaran untuk dilantik sebagai timbalan presiden PKR walaupun ditawarkan sendiri oleh Nurul Izzah Baginya ini bukan soal jawatan tetapi soal mesej dan prinsip perjuangan Dia memilih untuk terus fokus sebagai Ahli Parlim...
Bila Nurul Komen Tentang Rafizi Rakyat Hentam Nurul Izzah

Bila Nurul Komen Tentang Rafizi Rakyat Hentam Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 95 hits
Sdr Rafizi tidak pernah gentar berhadapan dengan kuasa dan tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran Beliau telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana kita khususnya tadbir urus ketelusan dan keadilan ekonomi Saya mengh...
Finalise Seat Targets Only After Allies Known Nurul Izzah Told

Finalise Seat Targets Only After Allies Known Nurul Izzah Told

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 131 hits
Sabah PKR s Razeef Rakimin says Nurul Izzah Anwar s 13 seat target may be too high if GRS joins the BN PH alliance Nurul Izzah Anwar says PKR should contest in at least 13 seats at the upcoming Sabah election but the state chapter s informa...
Post Mortem Kekalahan Rafizi Kepada Nurul Izzah

Post Mortem Kekalahan Rafizi Kepada Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 132 hits
KEMASUKAN LEWAT MUNGKIN sdr Rafizi Ramli dan gengnya sudah membuat post mortem secara menyeluruh adil dan saksama atas kekalahnnya kepada Nurul Izzah dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden Keadilan Rafizi kalah dengan jumlah undi be...
Be The Change Pkr To Mandate Anti Graft Tax Law Training For Its Leaders Says Nurul Izzah

Be The Change Pkr To Mandate Anti Graft Tax Law Training For Its Leaders Says Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 97 hits
Nurul Izzah Anwar today said PKR will mandate anti graft and tax law training for party leaders to curb misconduct within the party Bernama picKUALA LUMPUR May 28 Parti Keadilan Rakyat plans to introduce mandatory training for its leaders o...
Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 179 hits
Rafizi Ramli who was defeated at the PKR elections last month says Nurul Izzah Anwar suggested creating an appointed post of deputy president for him to fill Nurul Izzah Anwar had made the offer three days before PKR delegates cast their vo...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jet Hawk Fly Dari Ktu Kepala Batas Ke Base Tudm

Bahrain Kuwait Prepare For Possible Iran Conflict Spread

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf

Japan S Shinmoedake Volcano Erupts Alert Level Remains At Two

Fih Hockey Nations Cup 2025

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk