Bertemu Kubung Dan Babi Berjanggut Di Taman Negara Bako


Sambungan catatan di Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak. Baca catatan sebelumnya DI SINI

Saya dan Encik Suami dalam perjalanan menuju ke bangunan Park HQ, berfoto dengan lensa kamera wide angle 0.6x berlatarkan hijau alam. Oleh kerana kami akan bermalam di sini, kami bawa sebuah backpack besar bagi mengisi keperluan. Setiap seorang juga bawa sebuah backpack kecil bagi keperluan semasa aktiviti eksplorasi hutan

Bertemu papan tanda peta Taman Negara Bako, taman ini berkeluasan 2,742 hektar. Sangat luas, tapi akhinya dengan kekangan masa dan kurang stamina, kami cuma mampu melakukan eksplorasi hutan ke Teluk Pandan Besar dan Teluk Delima sahaja

Papan tanda arah. Oh, bangunan Park HQ yang kami nak pergi tu dikenali sebagai Customer Service One Stop Centre

Dari jauh kelihatan ramai pengunjung warga asing di bangunan tersebut yang menempatkan kafe, kaunter pendaftaran, bilik pameran dan bilik simpan beg. Cantik pemandangan depan bangunan ini, iaitu lautan dan Gunung Santubong. Tapi sepanjang di sini, kami tak sempat pun nak berjalan-jalan di tepi pantai tersebut

Kami menuju ke kaunter pendaftaran, beri dokumen permit penginapan dan tiket/permit masuk taman negara kepada petugas untuk urusan pendaftaran. Selepas itu kami diberi peta laluan hutan dan peta kedudukan penginapan di sini. Petugas memberi penerangan terperinci dengan menggunakan highlighter pen serta cadangan laluan hutan yang bersesuaian dengan masa yang ada (kami tiba menghampiri waktu tengah hari)

Kami juga dimaklumkan berkenaan waktu operasi kafe, makanannya halal (menjawab persoalan yang timbul di fikiran saya) dan info aktiviti ‘night walk’. Petugas lelaki tersebut juga menerangkan situasi babi berkeliaran - tak perlu bimbang sebab babi ni jenis tak kacau orang asalkan kita tak kacau dia dan juga jangan terkejut melihat air paip berwarna kemerahan kerana ia air berasal dari hutan sekitar

Oleh sebab masih awal, kami belum boleh mendaftar masuk bilik penginapan (daftar masuk bermula pukul 2 petang hingga 4 petang). Kami  tinggalkan beg besar di dalam bilik simpanan beg. Kemudian keluar dari bangunan untuk melihat-lihat kawasan sekitar


BERTEMU HAIWAN UNIK!Sila klik foto-foto berikut untuk paparan lebih jelas :
Baru berjalan sedikit, seorang lelaki menghampiri kami dan bertanya “Dah tengok monyet belanda?”. Rupanya tak jauh dari kedudukan kami berada, para pengunjung sedang berkumpul menyaksikan kehadiran seekor monyet belanda (proboscis monkey). Kami ikut serta memerhati, tapi tak begitu jelas. Cuma nampak sebahagian badannya yang terlindung dibalik dahan pokok dan dedaun

Lelaki tadi kemudiannya mengajak kami ke suatu tempat, nak tunjukkan haiwan bernama kubung. Kubung? Haiwan apa tu? Berkerut dahi saya, tak pernah tahu apa itu kubung.
“Pernah tengok movie Madagascar? Ada watak kubung.” sambungnya lagi cuba menerangkan. Saya memang tak pernah tonton filem tersebut tapi tahu kewujudannya.
Inilah kubung (flying lemur), ia berada pada kedudukan tinggi di batang pokok. Sebaik melihatnya, barulah saya kenal haiwan apa. Cuma tahu nama flying lemur, rupanya dalam bahasa Melayu namanya kubung 😂. MasyaAllah teruja saya dapat melihat sendiri haiwan yang jarang ditemui ini

Haiwan dengan rupa yang agak aneh (sebab tak biasa nampak) ini memiliki kekuatan kuku mencengkam untuk melekap atau bergayut di dahan atau batang pokok. Seperkara lagi, walaupun namanya ‘flying lemur’ tetapi kubung bukanlah haiwan yang boleh terbang seperti burung. Pergerakannya seperti meluncur

Pada mulanya, kami cuma nampak seekor kubung sahaja. Tetapi setelah beberapa ketika memerhati, eh…ada anak kubung menyorok di bawah badan emaknya yang melekap di batang pokok . Comel sungguh 😍
Seterusnya kami dibawa masuk ke bahagian belakang sebuah bangunan, kedudukannya agak tersorok. Di situ kelihatan beberapa orang pengunjung warga asing dan seorang lelaki tempatan (mungkin tour guide) sedang berkumpul memerhati sesuatu di sebatang pokok

Ada ular hijau! Ular kapak (pit viper) berwarna hijau terang ini sedang berehat di dahan pokok. Cantik sungguh rupa ular kapak ni, tapi jangan cuba usik ya sebab ia spesis ular berbisa. Katanya, ular kapak ini akan berada di tempat yang sama selama beberapa hari (sekitar 5 hari atau lebih)

Saya cuba ambil foto dari posisi bertentangan pula - menghadap kepala ular kapak, tapi langkah saya terhenti bila terpandang seekor babi besar berada di situ. Aihh…seram pulak! Walaupun tadi katanya babi jenis ni tak kacau orang, tetap juga saya rasa takut nak berada dekat

Sedang kami berjalan ke tempat lain, saya ternampak pula mengkarung. Mengkarung berwarna hijau terang ini mencuri perhatian saya dengan matanya yang seakan bercelak hitam 😀
Lelaki tadi bawa kami lihat seekor lagi kubung. Warnanya berbeza dengan warna kubung pertama yang kami lihat tadi. Kedudukannya juga berbeza, kubung ini bergayut di dahan pokok yang berada di atas laluan pejalan kaki. Kalaulah tak ada yang tunjuk, saya tak akan perasan kubung bergayut di atas. Itulah pentingnya ada tour guide, orang yang dah biasa dan kenal tempat ini saja akan perasan kehadiran haiwan liar di sini

Menurut lelaki tersebut, situasi paling menarik apabila kubung melepaskan tangan depannya bagi membuang air hujan yang bertakung di badannya. Tentu kehairanan kita kalau tengah berjalan di sini, tiba-tiba ada curahan air dari atas pokok 😄
Setakat ini sahaja lelaki tadi membawa kami melihat haiwan liar di sekitar kawasan Park HQ. Katanya, kami bertuah kerana dapat melihat sendiri beberapa ekor kubung di sini kerana ia merupakan haiwan yang sukar dilihat

Menurut lelaki tadi, dia bukanlah seorang tour guide tetapi bekerja di sini dan gembira dapat menunjukkan haiwan liar yang terdapat di sekitar kawasan kepada para pengunjung. Alhamdulillah dapat jumpa orang baik. Rasa seronok dan lebih dialu-alukan kedatangan kami ke sini dengan layanan mesra begini. Semoga Allah membalas kebaikannya

Antara foto keindahan alam di sini. Tenang


KAFE KERANGASSebelum meneruskan eksplorasi hutan, jomlah kita isi perut dulu. Kami kembali ke bangunan tempat kami mendaftar tadi

Inilah ruang dalam kafe, terdapat juga ruang makan di bahagian luar. Kafe ini beroperasi setiap hari mulai pukul 7.30 pagi hingga 10.30 malam.
Makanan disediakan secara buffet untuk waktu makan berikut - sarapan (7.30 pagi - 11.30 pagi), tengah hari (11.30 pagi - 4 petang) dan malam (6.30 petang - 9 malam). Tanda harga dipamerkan pada setiap bekas makanan, bayar apa kita makan sahaja. Selain pilihan makanan buffet, pilihan ala carte juga tersedia. Tetapi harganya lebih mahal kerana disediakan mengikut permintaan dan kuantiti hidangan lebih banyak

Hidangan pertama kami di sini - nasi goreng seafood, salad sayuran dan segelas teh-o limau suam. Total RM29. Ya, memang terkejut masa pertama kali kami tengok buku menu. Tapi kami faham jugalah, jauh mereka nak bawa bahan mentah dan bukan setiap hari ada orang ramai datang makan di sini. Kenalah letak harga tinggi siap-siap untuk tampung kos. Air minuman botol besar dan air tin pula dijual dengan harga sama iaitu RM5 setiap satu

Kami makan di bahagian luar kafe dengan pemandangan ini - kumpulan babi berkeliaran bagai haiwan ternakan 😅
Eh, kenapa babi ni berbeza dengan babi hutan yang biasanya ganas dan berlari laju? Rupa babi ini juga berbeza dengan babi hutan yang pernah saya lihat. Ini kerana ia spesis babi yang berbeza, ia dikenali sebagai babi berjanggut (bearded pig). Nama lainnya - babi janggut, babi bodoh, babi jakut. Spesis babi berjanggut tidak agresif. Baru saya tahu kewujudan babi begini 😄


Video pendek berdurasi 0:37 minit memaparkan haiwan-haiwan liar di sekitar kawasan Park HQ


…catatan bersambung…








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/07/bertemu-kubung-flying-lemur-dan-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula

Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 297 hits
Catatan Trip ke Kuching Hari Kedua Sabtu 18 Mei 2024 Inilah tujuan utama kunjungan kami ke Kuching mahu meneroka keindahan alam semula jadi di Taman Negara Bako Kami juga memilih untuk menginap satu malam di dalam kawasan taman negara dapat...
Taman Negara Gunung Ledang Air Terjun Ditutup Kes Kencing Tikus

Taman Negara Gunung Ledang Air Terjun Ditutup Kes Kencing Tikus

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 174 hits
TANGKAK Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Air Terjun Gunung Ledang ditutup sementara kepada pengunjung susulan kes leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan di daerah ini Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar L...
Menkominfo Seluruh Negara Terkena Serangan Ransomware Dampak Ke Indonesia 0 67 Persen

Menkominfo Seluruh Negara Terkena Serangan Ransomware Dampak Ke Indonesia 0 67 Persen

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 102 hits
Menkominfo Budi Arie Setiadi menyebut bahwa tidak ada negara di seluruh dunia yang tidak terkena serangan Ransomware
Hannah Yeoh Minta Jangan Bandingkan Baju Sukan Olimpik Negara Dengan Kj Itu Zaman Dia

Hannah Yeoh Minta Jangan Bandingkan Baju Sukan Olimpik Negara Dengan Kj Itu Zaman Dia

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 161 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh minta jangan bandingkan dengan rekaan baju sukan Olimpik negara di bawah kepimpinan bekas menteri Khairy Jamaluddin Hannah Yeoh berkata semua kementerian mempunyai cara tersendiri dalam mengemudi kementer...
Jualan Saham Mahb Dedah Maklumat Pertahanan Negara

Jualan Saham Mahb Dedah Maklumat Pertahanan Negara

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 158 hits
PADA 25 Jun 2024 semasa sesi soal jawab di Parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan saham Malaysia Airport Holdings Bhd sebanyak 30 akan dijual kepada Syarikat BlackRock GIP sebuah syarikat pelaburan berpengkalan di Amerika Syarik...
Jabatan Imigresen Pahang Hantar Pulang 72 Pati Warga Indonesia Ke Negara Asal Sabtu Lalu

Jabatan Imigresen Pahang Hantar Pulang 72 Pati Warga Indonesia Ke Negara Asal Sabtu Lalu

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 106 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menghantar pulang 72 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ke negara asal pada Sabtu lalu JIM Pahang dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya memaklumkan kesemua PATI yang dihantar pulan...
Ppim Tidak Masuk Akal Malaysia Sokong Solusi Dua Negara Berita Pertiwi 25 06 2024

Ppim Tidak Masuk Akal Malaysia Sokong Solusi Dua Negara Berita Pertiwi 25 06 2024

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 258 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar pendirian kerajaan campuran yang masih berpegang kepada penyelesaian dua negara Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata warga Palestin tidak seharusnya dipaksa berkongsi tanah dengan penjajah y...
Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 315 hits
Malaysia disebut sebut sebagai Harimau Asia yang akan menjadi negara maju dalam tempoh dua dekad pada 1990an lalu Namun akibat pelbagai kendala ekonomi Malaysia akhirnya terperangkap dalam lingkaran negara berpendapatan sederhana yang tidak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat