Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula


[Catatan Trip ke Kuching - Hari Kedua | Sabtu, 18 Mei 2024]
Inilah tujuan utama kunjungan kami ke Kuching - mahu meneroka keindahan alam semula jadi di Taman Negara Bako. Kami juga memilih untuk menginap satu malam di dalam kawasan taman negara, dapatlah kami lebih masa bagi meneroka tempat ini secara santai dan ikut serta dalam aktiviti ‘night walk’


INFO RINGKAS TAMAN NEGARA BAKOTaman negara paling kecil dan tertua di Sarawak, diwartakan pada tahun 1957.Mempunyai tujuh jenis hutan dalam sebuah taman negara iaitu hutan pantai, paya, bakau, bukit, kerangas, gunung dan batu kapur.Terdapat pelbagai jenis haiwan liar seperti babi berjanggut (bearded pig), monyet belanda (proboscis monkey) dan kubung (flying lemur).Menawarkan banyak pilihan laluan hutan untuk pengunjung melakukan aktiviti eksplorasi hutan. Semasa kunjungan kami, terdapat tujuh laluan yang dibuka kepada pengunjung.Terdapat penginapan dalam taman negara dengan pilihan penginapan jenis chalet, lodge, asrama & tapak perkhemahan.Untuk ke taman negara (Park HQ), pengunjung perlu menaiki bot di Terminal Bako.Untuk info lanjut, sila layari laman sarawakforestry.com.

Peta kedudukan Taman Negara Bako (dalam kawasan berwarna merah putih). Untuk ke taman negara (Park HQ), kita perlu menaiki bot di jeti Terminal Bako (kawasan bertanda anak panah putih)

Kedudukan jeti Terminal Bako di muara sungai Kampung Bako


SARAPAN PAGI DI KOPI O CORNERSebelum memulakan perjalanan ke Taman Negara Bako, kami bersarapan di restoran Kopi O Corner yang terletak di Jalan Satok

Hidangan pagi kami pada hari kedua di Kuching - laksa Sarawak dan set bubur ayam. Kami beli juga sebungkus mi goreng sebagai bekalan


PERJALANAN KE TERMINAL BAKODengan berpandukan aplikasi Google Maps, kami menuju ke Terminal Bako di Kampung Bako dengan jarak 28 km dan mengambil masa kira-kira 35 minit. Pemanduan lancar dan mudah tanpa sebarang masalah

Laluan redup di bawah kanopi pokok di Jalan Bako


TERMINAL BAKOSuasana di tepi jalan Kampung Bako kelihatan meriah dengan aktiviti jual beli, mungkin ada pasar pagi. Sebaik melepasi kesibukan orang ramai, kereta kami tiba di sebuah kawasan berpagar - Terminal Bako

9.28 pagiKawasan parkir percuma di Terminal Bako. Kami tinggalkan kereta satu malam di sini

Bangunan Terminal Bako. Terminal Bako beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Dalam bangunan ini ada tandas, surau dan gerai makan. Tandasnya berkeadaan memuaskan dan masakan di gerai makan memenuhi selera saya. Surau je saya tak masuk/gunakan

Kami menuju ke kaunter tiket taman negara. Apabila tahu kami akan bermalam di taman negara, (tanpa tanya nama saya) petugas kaunter terus ambil borang ‘accommodation permit’ yang sudah bercetak dengan maklumat diri saya. Tempahan awal saya lakukan pada 23 April lalu melalui laman ebooking.sarawak.gov.my. Agaknya selain saya, tak ada pengunjung perempuan rakyat Malaysia yang membuat tempahan penginapan pada hari tersebut. TIKET | Harga tiket atau permit taman negara bagi warga negara - RM10 seorang dewasa. Kami diberi tiket dengan cetakan hitam putih pada kertas saiz A4, tapi dapat juga dalam bentuk soft copy yang dihantar melalui e-mel (foto di atas)

PENDAFTARAN | Pengunjung ke taman negara juga perlu mendaftar secara online di selfregister.sarawakforestry.com. Pendaftaran perlu di buat sebelum tiba di terminal jeti bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan talian internet. Pengunjung juga boleh mendaftar beberapa nama (ahli kumpulan) dengan satu pendaftaran sahaja. Selepas mendaftar, screenshot e-registration booking slip yang tertera kod QR dan tunjuk kepada petugas kaunter untuk diimbas

BOT | Selesai urusan di kaunter taman negara, kami ke kaunter perkhidmatan bot. Terdapat dua pilihan pengendali bot, boleh pilih mana-mana pengendali. Kadar tambang yang ditawarkan sama sahaja iaitu RM100 satu bot bagi perjalanan sehala dengan muatan maksimum lima orang. Pengunjung perlu buat tempahan dan pembayaran untuk bot pergi dan balik dengan jumlah RM200

Untuk penjimatan, boleh berkongsi bot dengan pengunjung lain tetapi mesti sama waktu pergi dan balik. Kami pula cuma berdua. Apa pilihan yang kami ada? Untuk perjalanan pergi, kami berkongsi bot dengan dua orang perempuan warga UK (United Kingdom). Kos RM100 bahagi empat orang, jadi RM25 seorang. Untuk perjalanan balik, kami berdua sahaja satu bot jadi kosnya RM50 seorang

Total kos bot pergi balik kami bayar RM150 untuk dua orang. Tetapi masa baliknya berlaku satu hal yang membuatkan pengendali bot perlu kembalikan sebahagian bayaran kami. Itu nanti saya cerita di entri lain

Oh ya, kadar tambang yang saya nyatakan di atas terpakai bagi perjalanan dari jeti Terminal Bako ke jeti Park HQ sahaja. Kadar tambang berbeza dikenakan jika kita nak bersiar-siar ke tempat tarikan lain (pantai-pantai) di taman negara. Saya lupa pulak nak ambil foto senarai tambangnya

Seperkara lagi, pergerakan bot bergantung kepada waktu pasang surut air laut. Jadinya tidak ada masa yang tetap pada setiap hari untuk bot memulakan perjalanan

Ketika ini hujan membasahi bumi Kampung Bako. Pengendali bot maklumkan kami perlu menunggu seketika sehingga hujan agak reda. Sementara menunggu, saya berjalan melihat-lihat jeti. Terpandang pula papan tanda amaran buaya, terselit juga rasa takut tapi kita berdoalah mohon perlindungan-Nya

Di seberang sana, terdapat perkampungan


MEREDAH HUJAN DAN OMBAK KUAT MENUJU KE TAMAN NEGARA BAKO (PARK HQ)Pukul 10.35 pagi, hujan masih belum berhenti tetapi sudah pun beransur reda. Perjalanan menaiki bot pun bermula. Cuma tadi katanya naik bot empat orang penumpang (kami berdua dan dua orang perempuan warga UK), tapi rupanya berlima termasuk seorang lelaki yang menguruskan pembelian tiket bot kami tadi

Selepas itu baru kami tahu, beliau juga menjadi pemandu pelancong bagi pengunjung warga UK tersebut. Eh, patutnya kos kena bahagi lima oranglah kan 🤔. Tapi masa ni kami tak terfikir pun hal ni sebab rasa teruja untuk memulakan sebuah pengembaraan alam

Pergerakan bot bermula dari muara sungai menuju lautan. Keadaan permukaan air tenang, bot melaju dengan lancar meredah hujan. Walaupun tak lebat, tapi sebab gerakan laju bot maka basah jugaklah pakaian kami

Bagus juga ada penumpang kelima yang duduk di hadapan sekali, beliau menawarkan diri untuk mengambil foto kami. Ada jugaklah rakaman memori kami naik bot ni

Pemandangan indah Gunung Santubong. Eh, terus ternyanyi dalam hati - 🎶 Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Penjaga gunung negeri Sarawak 🎶
Tak lama kemudian, pergerakan bot menjadi lebih mencabar. Bot terhentak-hentak melawan ombak laut yang agak kuat. Saya kukuhkan kedudukan kaki bagi mengimbangi badan sambil memeluk erat beg. Suasana yang kurang menyenangkan tapi saya rasa seronok melalui pengalaman baru

Ketika ini juga, pemandangan sekitar bertambah mempesona dengan keindahan pantai dan batuan dengan bentuk unik (kesan hakisan angin dan ombak). Tapi hanya boleh dipandang tak boleh diambil foto atau video, sia-sia saja kalau telefon terjunam ke Laut China Selatan dek pergerakan bot yang terhentak-hentak. Bukan saya saja yang teruja, dua orang penumpang yang duduk di belakang pun nampak teruja menyaksikan keindahan alam di sini

10.52 pagiAlhamdulillah bot kami selamat tiba di jeti taman negara setelah kira-kira 15 minit perjalanan

Papan tanda ‘Selamat Datang Ke Taman Negara Bako’ menyambut kami sebaik naik di jeti

Dari jeti, kami perlu berjalan menuju ke bangunan Park HQ. Entah berapa ratus meter, tapi terasa jauh jugak berjalan. Masa ni hati saya sedang melonjak riang dan rasa tak sabar nak melakukan aktiviti eksplorasi hutan di sini. Baru berjalan begini pun saya dah cukup teruja memerhati sekitar. Semuanya indah di mata saya 🤩

Video berdurasi 1:14 minit sekitar perjalanan kami menuju ke Taman Negara Bako


…bersambung…








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/06/taman-negara-bako-eksplorasi-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertemu Kubung Dan Babi Berjanggut Di Taman Negara Bako

Bertemu Kubung Dan Babi Berjanggut Di Taman Negara Bako

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 200 hits
Sambungan catatan di Taman Negara Bako Kuching Sarawak Baca catatan sebelumnya Saya dan Encik Suami dalam perjalanan menuju ke bangunan Park HQ berfoto dengan lensa kamera wide angle 0 6x berlatarkan hijau alam Oleh kerana kami akan bermala...
Taman Negara Gunung Ledang Air Terjun Ditutup Kes Kencing Tikus

Taman Negara Gunung Ledang Air Terjun Ditutup Kes Kencing Tikus

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 161 hits
TANGKAK Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Air Terjun Gunung Ledang ditutup sementara kepada pengunjung susulan kes leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan di daerah ini Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar L...
Beregu Negara Bermula Langkah Kanan Pada Kejohanan Asia

Beregu Negara Bermula Langkah Kanan Pada Kejohanan Asia

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 174 hits
PETALING JAYA Kesemua wakil negara membuka aksi mereka dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan lawan masing masing dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia di Arena Emas Skudai Johor semalam Dalam aksi Kum...
Ada Hanbyul Splash Carnival Bermula Sertai Keseronokan Festival Taman Air Legoland Malaysia Resort

Ada Hanbyul Splash Carnival Bermula Sertai Keseronokan Festival Taman Air Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 191 hits
Bersiap sedia untuk menyelami gelombang keseronokan apabila LEGOLAND Malaysia Resort mengumumkan kepulangan yang menggembirakan bagi Splash Carnival yang popular Ekstravaganza selama 5 minggu yang penuh dengan aksi ini menjanjikan keseronok...
Laluan Jalan Batang Kali Ke Genting Di Buka Semula Bermula Jam 3 Petang Esok

Laluan Jalan Batang Kali Ke Genting Di Buka Semula Bermula Jam 3 Petang Esok

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula esok JKR Hulu Selangor dalam kenyataan hari ini memak...
Muhammadiyah Kesulitan Hidup Bukan Hanya Mengenai Orang Tetapi Juga Negara

Muhammadiyah Kesulitan Hidup Bukan Hanya Mengenai Orang Tetapi Juga Negara

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 95 hits
Kreatif melakukan usaha menjemput jalan keluar atas kesulitan bukan menunggu datangnya jalan keluar
Uang Dalam Ribuan Rekening Judi Online Bakal Disetor Ke Kas Negara

Uang Dalam Ribuan Rekening Judi Online Bakal Disetor Ke Kas Negara

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 188 hits
Bareskrim Polri akan melakukan pembekuan terhadap rekening untuk transaksi judi online yang sejauh ini jumlahnya sampai 5 000
Video Keras Mahfud Blak Blakan Fakta Tata Negara Indonesia Dinasti Boleh Asal

Video Keras Mahfud Blak Blakan Fakta Tata Negara Indonesia Dinasti Boleh Asal

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 142 hits
Mahfud mengatakan anggota keluarga boleh menduduki jabatan di dalam demokrasi namun harus berkompetisi secara fair
Uang Dari 5 000 Rekening Diblokir Ppatk Mengalir Ke 20 Negara

Uang Dari 5 000 Rekening Diblokir Ppatk Mengalir Ke 20 Negara

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 143 hits
Ivan mengungkapkan puluhan negara itu mayoritas atau paling banyak berada di kawasan ASEAN
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin