Bertangas Elok Diamalkan Dari Anak Dara
Dah beli kerusi tangas masa menang contest blogger tahun lepas so jangan la buat perhiasan je k.fiezz oiii...Meh kita guna...eh baru guna ke k.fiezz..sebab baru up entry ni...idak la korang...dah banyak kali gak k.fiezz guna..tapi malas nak story..ni baru mood rajin datang nak cerita pasal tangas ni..actually k.fiezz dah pernah cerita pasal apa tu tangas?kelebihan tangas kat entry >> Apa Kelebihan Bertangas Dengarnya Boleh Meningkatkan Kesuburan Juga>> korang boleh terjah kat sini kalau nak tau lebih detail pasal tangas ni..WAKTU BILA BERTANGASYang biasa kita dengar wanita yang lepas bersalin selalu buat aktiviti bertangas ni kan..tapi sebenarnya tak semestinya untuk wanita lepas bersalin je boleh buat..untuk kita, wanita yang dah berkahwin atau yg masih anak dara, boleh buat aktiviti bertangas ni anytime terutama lepas datang haid..sebab untuk membersihkan kawasan berkenaan yang mungkin ada sisa lebihan darah haid..PERLU KE BERTANGASLagipun elok sebenarnya buat tangas ni sebab dia membantu mengeluarkan toksin dalam badan melalui BERPELUH. Kita kan bila buat tangas ni kena selubung satu badan, jadi asap dari air didihan serbuk tangas tu bertindak mengeluarkan peluh yang menyahkan toksin keluar dari badan..Selain tu masa bertangas ni juga, angin mudah keluar dari badan..macam k.fiezz bertangas, duk burppp sesaja la..haha..nasib buat kat rumah..kalau kat SPA, sogan plak..banyaknya angin..pdhal badan comey je...haha
KELEBIHAN BERTANGAS UNTUK WANITA1 - Untuk ibu2 yang baru lepas bersalin, boleh bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang. Ia boleh membantu proses penyembuhan, mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.
2. Kurangkan masalah bau pada bahagian intim
3. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
4. Mengeluarkan sisa darah haid
5. Mengencangkan otot vagina.
6. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
7. Mewangikan badan.
8. Mengurangkan masalah senggugut.
9. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
10. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
MACAMANA NAK BERTANGAS?
Sonang je..k.fiezz memang ada beli serbuk tangas dah siap dari satu SPA ni..so kuantiti dia mmg banyak & tahan lama sebab setiap kali guna, cuma 2 sudu besar je..k.fiezz beli dari tahun lepas, banyak lagi..lepas tu masa beli kerusi tangas ni dapat lagi free 1 kotak serbuk tangas..dalam 1 kotak tu ada 5 sachet serbuk...
Cara guna - didihkan air kemudian masuk 2 sudu serbuk tangas dalam air yang dah mendidih tadi..tukarkan air tu dalam bekas tembikar (periuk tanah) macam dalam gambar atas ni...buh la tembikar ni kat bawah kawasan berlubang pada kerusi tangas untuk kita duduk nanti ..sebelum tu tutup keseluruhan kerusi dengan kain bagi elakkan wap air dari bekas tembikar tadi keluar ke tempat lain...kalau semua dah okey, duduk atas kerusi & selubung keseluruhan badan dengan kain untuk bagi peluh keluar...SIAP..tempoh untuk bertangas 15-30 minit..
ORANG PEREMPUAN NI BADAN NAK PAKAI LAMA
Pernah dengar tak, mak-mak atau orang tua kita selalu cakap 'kita perempuan ni badan nak pakai lama..'Pesanan bukan sebarang pesanan tu tapi nasihat walaupun ramai wanita yang pandang remeh je part ni..Tepuk dada tanya selera..Cantik bukan pada luaran je..tapi dalaman juga..Nak nampak cantik luaran, boleh tepek dengan solekan..tapi dalaman?huhu...dalaman ni bukan pada isu hubungan intim suami isteri je tapi dari sudut kesihatan juga...contoh keputihan tu, semua tahu kan tak elok keputihan ni..jadi kalau tak dirawat, kan ke menganggu kesihatan vagina kita sendiri...
Jadi amalan bertangas ni tak semestinya tunggu dah kahwin, dah beranak baru nak buat..dari anak dara lagi, dah boleh mulakan penjagaan dalaman...
Kalau k.fiezz ada anak dara,memang k.fiezz ajar bertangas ni..haha...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2018/10/Bertangas-Elok-Diamalkan-Dari-Anak-Dara.html