Bertangas Bukan Hanya Amalan Berpantang


Bertangas? Mungkin ada antara kau orang baru dengar perkataan bertangas ni. Bagi mereka yang pernah ada pengalaman bersalin dan melalui amalan berpantang, sudah tentu tahu apakah itu bertangas. Amalan bertangas ni adalah salah satu amalan semasa berpantang zaman nenek kita zaman berzaman. Sebut berpantang semestinya berpantang selepas bersalin

Bertangas ni tujuan dia untuk merawat bahagian intim wanita dalam membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj selepas bersalin. Selain bertangas, kaedah lain yang dilakukan semasa berpantang adalah bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dipanaskan dibalut dengan kain kemudian ditekan-tekan pada bahagian tertentu

Tapi kau orang tahu tak yang amalan bertangas bukan hanya amalan untuk wanita berpantang sahaja. Boleh juga di amalkan oleh anak dara dan wanita yang ingin menjaga kesihatan serta merawat bahagian intim mereka yang boleh dilakukan sebaik selepas haid. Disebabkan ianya bukan terhad untuk mereka yang berpantang sahaja. Jadi, Fiza pun teringin nak mencuba amalan bertangas ni sebab kebaikan bertangas ni banyak. Antaranya :
KEBAIKAN BERTANGAS
Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental. Mengeluarkan sisa darah haid. Mengencangkan otot vagina. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak. Mewangikan badan. Mengurangkan masalah senggugut. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
2 JENIS BERTANGASTANGAS KERINGTangas kering menggunakan batu sungai yang telah dipanaskan dan atasnya diletakkan pes bahan herba yang tertentu


TANGAS BASAHMenggunakan herba tertentu yang dicampurkan di dalam rebusan air panas

BILA MASA UNTUK BERTANGASBERPANTANG Tangas Kering : Dilakukan selepas hari ke 30 berpantang iaitu selepas darah nifas kering selama 10 hari berturut-turut hingga hari ke 40
Tangas Basah : Dilakukan selepas hari ke 40 selepas bersalin hingga hari ke 100. 
SELEPAS HAID Dilakukan selepas haid kering selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut

CARA BERTANGASOleh kerana Fiza baru pertama kali bertangas, Fiza gunakan kaedah bertangas kering sebab lebih mudah untuk diamalkan dan bahan-bahan pes mudah nak dapatkan. Tapi masalah utama nak bertangas kering ni sebab perlu gunakan batu sungai. Ikutkan nak cari batu sungai dekat kampung atau minta tolong abah je carikan. Tapi macam menyusahkan pula dan perlukan masa nak mencari. Lagipun tak tahu batu sungai macamana yang terbaik untuk bertangas ni


Jadi, Fiza pun google lah batu sungai area yang berdekatan. Ramai rupanya penjual batu sungai online ni. Tak perlu lah bersusah payah mencari kat sungai tu. Setelah survey harga dan tempat. Fiza pilih untuk beli batu sungai untuk bertungku dan bertangas by AhmarDyla di Area Bandar Baru Bangi. Harga batu sungai bermula daripada RM10 dan memang batu sungai untuk tujuan bertungku dan bertangas

Facebook :  Batu Sungai Untuk Bertungku dan Bertangas by AhmarDylaAhmar: 018-4736369 Husna: 013-6358664
Kalau kau orang nak beli batu sungai self pick up atau beli online boleh contact melalui facebook ataupun nombor phone yang Fiza kongsikan tu ye. Fiza beli batu saiz kecil sebesar tapak tangan Fiza dengan harga RM10. Janji batu sungai yang boleh digunakan untuk bertangas. Kalau batu sungai tu tak okay, boleh tukar katanya. Setakat dah 2 kali bertangas, batu sungai masih berfungsi panas dengan baik


BAHAN-BAHAN BERTANGAS KERING PALING MUDAHAsam Keping Garam Kasar Halba Limau Nipis Kunyit HidupCara nak bertangas kering, ambil batu sungai letakkan atas dapur dan panaskan batu sungai 10-15minit. Sementara tunggu batu sungai tu panas, boleh lah tumbuk 5 bahan bertangas tu untuk dijadikan pes. Selepas batu sungai panas, angkat dan letakkan atas kain (boleh guna tshirt yang dah tak digunakan lagi). Hati-hati angkat batu panas tu. Boleh gunakan penyepit untuk angkat batu sungai yang bersaiz kecil


Batu sungai yang diletakkan atas kain tadi tu kau orang masukkan dalam loyang. Kemudian letakkan pes yang ditumbuk tu atas batu dan keluarlah asap untuk bertangas tu. Masa dah keluar asap banyak ni cepat-cepatlah kau orang letak loyang tu dalam mangkuk tandas dan kau orang boleh duduk perlahan-lahan
Asap itulah yang bertindak untuk mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh badan. Bertangas ni macam kita bersauna sebenarnya. Berpeluh sakan masa bertangas tu.

Macam Fiza pertama kali cuba buat terus duduk memang terkejut dengan kepanasan wap asap tu. Panas ya amat! Jadi, kau orang duduk perlahan-lahan supaya kau orang tak terkejut. Tempoh bertangas ni sekurang-kurangnya 30minit. Nak menghilangkan kebosanan selama 30minit tu, siap sedialah charge bateri penuh bolehlah online sementara bertangas siap. Kalau dah kurang panas tu, kau orang renjis-renjis air supaya wap asap panas tu keluar


Guna kaedah moden macam ni lah gunakan toilet bowl sebagai ganti bangku bertangas. Nak mencari bangku bertangas ada lubang tu macam susah nak dapat dan harganya bukan murah. Jadi, gunakan toilet bowl pun boleh. Tapi ada juga yang gunakan bangku plastik berlubang-lubang kecil tu. Ikut mana yang selesa untuk kau orang lah ye

Orang zaman dulu kebanyakkannya guna kaedah bertangas basah tu. Ada juga yang gigih berdiri kangkang atas periuk berasap tu. Fuhhh, salutelah perempuan yang tabah buat amalan berpantang ni. Gigih tak gigih tetap kena gigihkan juga kan sebab kecantikan dan kesihatan dalaman perlu dijaga juga. Bak kata orang tua-tua badan nak pakai lama dan kena berpantang betul-betul

Harap berpeluanglah merasa berpantang bersalin tu nanti. Moga ada rezeki dapat rezeki anak lepas ni. Disebabkan takda pengalaman berpantang lepas bersalin tu, teringin juga bertangas sebab bertangas ni sesuai untuk wanita tak kira peringkat umur pun. Itu yang rasa macam excited nak cuba. 
Masa bertangas tu Fiza rasa ada cecair keluar. Tak pasti cecair apakah sebab bila tengok dalam loyang tak nampak apa pun melainkan kain alas tu basah. Mungkin juga keputihan biasa yang dialami oleh perempuan. Selepas sekali bertangas, mesti rasa nak buat lagi. Sebabnya? Masa bertangas tu memang berpeluh sakan, bila keluar peluh badan jadi lebih sihat dan segar. Iyelah kan, keluar peluh kan badan lebih sihat. Dan rasa bahagian intim tu lebih bersih macam dicuci secara semulajadi lah kiranya. 
Kulit muka kau orang pun akan nampak kemerah-merahan selepas berpeluh. Selepas bertangas tu sila-silalah minum air masak untuk menggantikan air peluh yang dah banyak keluar supaya air dalam badan tak hydrate. Dengan bertangas ni boleh jadikan kau orang awet muda juga tau! Haa, mesti excited kan nak cuba? Cuba dan rasakan sendiri. Kalau macam ni punya best, gerenti sangat enjoy masa berpantang tu. 
Sumber : wanista.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/02/bertangas-bukan-hanya-amalan-berpantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allahu Rabbi Hanya Disebabkan Sedekah 10 Sen Rileks Media

Allahu Rabbi Hanya Disebabkan Sedekah 10 Sen Rileks Media

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat S...
Lirik Lagu Hanya Di Mimpiku Eryn

Lirik Lagu Hanya Di Mimpiku Eryn

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 278 hits
Lirik Lagu Hanya Di Mimpiku Eryn malam disurami kegelapansiang diterangi sang mentarihadirmu bagai cahya yang menyinariku rasakan bahgianya hidupkukau berikan ku intan permatakau janjikan ku pelamin indahku rasakan gelora asmarahangatnya te...
Cara Mudah Mengubati Varises Hanya Menggunakan Bawang Putih Rileks Media

Cara Mudah Mengubati Varises Hanya Menggunakan Bawang Putih Rileks Media

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 364 hits
Penya kit datang tidak mengenal usia muda maupun tua apapun itu jenis penya kitnya kapan saja dia bisa datang menye rang dan berkembangbiak didalam tubuh kita Namun hal ini terjadi karena ulah kita sendiri yang tidak mampu merawat tubuh dan...
Cuba Klaim Kredit Syed Saddiq Akhirnya Membuktikan Dia Seorang Penipu Yang Hanya Bercakap Besar

Cuba Klaim Kredit Syed Saddiq Akhirnya Membuktikan Dia Seorang Penipu Yang Hanya Bercakap Besar

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 614 hits
Dari siang tadi lagi pendedahan seorang anak muda Melayu yang mengusaha air minuman dalam botol dengan Menteri KBS Syed Saddiq mendapat perhatian daripada netizen Semuanya bermula apabila Syed Saddiq bercakap besar tentang seorang pengusaha...
Hanya Kita Yang Sering Bercakap Tentang Perpaduan Mereka

Hanya Kita Yang Sering Bercakap Tentang Perpaduan Mereka

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 250 hits
Ke mana sangat tanpa perpaduan PERPADUAN elemen pemupukan muhibah dan harmoni dalam kehidupan itu sudah semacam tidak dipentingkan lagi Provokasi berunsur fitnah kata mengata prejudis cemuh mencemuh semakin dipertuturkan atau dicatatkan sec...
Jk Tak Pernah Pak Jokowi Menyerang Langsung Hanya Menjawab Dengan Keras

Jk Tak Pernah Pak Jokowi Menyerang Langsung Hanya Menjawab Dengan Keras

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 189 hits
Calon Presiden Joko Widodo sempat beberapa kali menyindir lawan politiknya Prabowo Subianto saat kampanye di Jawa Timur dan Jawa Tengah Wakil Presiden Jusuf Kalla menilai sindiran tersebut adalah bentuk positif untuk menjawab semua pernyata...
Kementerian Pendidikan Nafi Hanya Sekolah Cina Dapat Peruntukan Viral Hancing

Kementerian Pendidikan Nafi Hanya Sekolah Cina Dapat Peruntukan Viral Hancing

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 360 hits
Kementerian Pendidikan nafi jadikan sekolah Cina anak emas Selepas kritikan hebat rakyat terhadap Kementerian Pendidikan yang dilihat seolah olah menjadikan sekolah Cina sebagai anak emas dengan pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan...
Video Hanya Tomato Beku Jerawat Wanita Ini Hilang Dan Kulit Jadi Putih Glowing Kemerah Merahan

Video Hanya Tomato Beku Jerawat Wanita Ini Hilang Dan Kulit Jadi Putih Glowing Kemerah Merahan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 389 hits
2925 SHARES Walaupun dah ramai yang tahu tentang petua cuci muka guna tomato beku tapi tak ramai yang betul betul gigih nak mencuba untuk membuatnya Tidak seperti orang lain wanita ini Asha Zakaria konsisten menggunakan tomato beku sebagai ...
Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 276 hits
Diterbitkan Hari ini 1 28 tengahariSetelah penyelesaian luar mahkamah antara PAS dan Sarawak Report satu satunya cara untuk mengetahui kebenaran berkenaan dakwaan sumbangan RM90 juta Umno kepada parti itu ialah melalui siasatan polis dan Su...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional