Bertahun Tahun Menunggu Zuriat Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna Ivf


Anak umpama penyeri dalam kehidupan pasangan suami isteri. Boleh dikatakan, anak juga sebagai penguat ikatan antara pasangan.
Setiap orang semestinya mengimpikan zuriat sendiri, tidak kira yang baru ataupun sudah lama berkahwin.

Setelah sekian lama menunggu cahaya mata, suatu yang menakjubkan buat seorang wanita yang berusia 74 tahun menjadi individu tertua di dunia melahirkan anak kembar di sebuah hospital di India pada 8 September lalu.
Mangayamma yang berjaya hamil melalui Persenyawaan In Vitro (IVF) bersalin secara pembedahan caesarean atas bantuan empat orang doktor ketika proses bersalin di Ahalya Nursing Home di bandar Guntur, Andhra Pradesh.

Ketua prosedur pembedahan itu, S Umashankar berkata, ibu dan bayi kembar itu dalam keadaan sihat dan baginya ini merupakan keajaiban dalam perubatan.
Terdahulu, Mangayamma yang tidak dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin selama 54 tahun memberitahu dia bersama suaminya Y Raja Rao menemui pakar IVF pada tahun lalu dan bersetuju untuk membantu mereka mendapatkan anak.

Setelah melalui beberapa proses ujian, doktor mengesahkan dia boleh hamil dan kelahiran ini amat menggembirakan kerana Tuhan telah mengakbulkan doanya.
Tiga pasukan doktor turut ditubuhkan untuk memantau kesihatan, nutrisi dan jantungnya. Manakala 10 doktor bekerjasama selama sembilan bulan untuk menjaganya dan dia turut menjalani imbasan tetap sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Rawatan lazim untuk ketidaksuburan
Ibu bapa yang masih belum mempunyai zuriat, diharapkan tidak berputus asa kerana dengan teknologi perubatan yang maju masa kini, pelbagai cara boleh dibuat untuk mendapatkan cahaya mata.

Pa&Ma kongsikan antara rawatan yang dapat membantu untuk mendapatkan zurit dengan Bantuan Teknologi Reproduktif (ART).
Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:
Rawatan pembenihan In vitro – IVF
Jika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.

Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI
Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.
Permanian/ Penyuntikan mani
Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.
Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.
ARTIKEL BERKAITAN [Bayi Nak Tumbuh Gigi, Cuba Sejukkan Teether Untuk KurangkanGatalGusi]
SUMBER: Sinar Harian
The post Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bertahun-tahun-menunggu-zuriat-akhirnya-wanita-74-tahun-dapat-kembar-guna-ivf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
27 Tahun Terkubur Di Dasar Tasik Rangka Wanita Ditemui Remaja Dengan Guna Kamera Gopro

27 Tahun Terkubur Di Dasar Tasik Rangka Wanita Ditemui Remaja Dengan Guna Kamera Gopro

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 545 hits
Revelstoke British Columbia Misteri kehilangan seorang wanita warga Kanada yang hilang sejak tahun 1992 lalu terjawab apabila seorang remaja berusia 13 tahun menemui petunjuk yang membawa kepada penemuan rangka wanita tersebut Max Werenka m...
Wanita 74 Tahun Lahirkan Bayi Kembar

Wanita 74 Tahun Lahirkan Bayi Kembar

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 249 hits
KONGSI ARTIKEL GUNTUR INDIA Seorang warga emas berusia 74 tahun dari India menjadi ibu tertua untuk melahirkan anak dengan para doktor menggelarkan bayi kembar perempuannya sebagai keajaiban perubatan Pasangan ibu bapa Erramatti Mangay
Jangan Biar Kanak Kanak Bawah 6 Tahun Guna Ubat Gigi Dewasa

Jangan Biar Kanak Kanak Bawah 6 Tahun Guna Ubat Gigi Dewasa

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 542 hits
Oleh Ubat gigi biasa atau ubat gigi dewasa PERLU DIELAKKAN digunakan oleh kanak kanak Apatah lagi bila kanak kanak itu dibiarkan gosok sendiri tanpa pengawasan ibu bapa dan kuantiti yang digunakan tidak dikawal Kanak kanak dalam kategori ri...
Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 30an Hanya Guna Susu Kunyit Badam Dan Madu

Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 30an Hanya Guna Susu Kunyit Badam Dan Madu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 555 hits
Wajah kemerah merahan tak payah bersolek pun dah cantik Apakah rahsia awet muda ni Cemburu betul tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan Sebenarnya impian untuk menjadi flawless boleh menjadi realiti kalau setiap wanita sanggup mengam...
Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 279 hits
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Perumpamaan orang dahulu kala memang kerap mengena dengan situasi yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman Bagi meneruskan kehidupan sudah pasti sesiapa sahaja akan melakukan pekerjaan bagi mempe...
Perghh Umur 64 Tahun Baru Merasa Masuk Mall Wanita Ini Enggan Keluar Kereta Alasannya Buat Ramai Bergenang Air Mata

Perghh Umur 64 Tahun Baru Merasa Masuk Mall Wanita Ini Enggan Keluar Kereta Alasannya Buat Ramai Bergenang Air Mata

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 821 hits
Umur 64 tahun baru merasa masuk mall wanita ini enggan keluar kereta alasannya buat ramai bergenang air mata Intan dan ibu kesayangan Foto ihsan Intan Maisharah Husiani Pusat beli belah Aeon Mall Ipoh Klebang Foto Emily2u com TIADA detik ya...
Anak Dua Tahun Tukar Gear Undur Wanita Terperosok Bawah Kereta

Anak Dua Tahun Tukar Gear Undur Wanita Terperosok Bawah Kereta

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 387 hits
Seorang wanita cedera akibat terperosok bawah kereta berikutan anaknya menukar gear Foto ihsan Facebook Kuan Chee Heng PUCHONG 13 Sept Seorang wanita terperosok bawah kereta selepas beliau cuba menahan kenderaan tersebut yang mengundur beri...
Hasrat Selama 33 Tahun Akhirnya Tercapai

Hasrat Selama 33 Tahun Akhirnya Tercapai

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 484 hits
AZHAR dan Laily akan bertolak ke Makkah 19 Julai ini Bermula sedikit demi sedikit akhirnya simpanan saya mencukupi pada 2016 dan pada tahun yang sama juga saya mendapat panggilan untuk menunaikan haji tetapi terpaksa ditangguh kerana pada k...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai