Bertabahlah Najib Nanti Jawab Elok Elok Kat Kandang Tertuduh Ya


 

Apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja di Maybank, soal pihak pendakwaan


V Anbalagan -August 15, 2022 Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram mendakwa Najib Razak hanya mahu mencemarkan nama Hakim Nazlan Ghazali dengan menuduhnya rasuah, namun menarik balik dakwaan itu.KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sejarah pekerjaan Hakim Nazlan Ghazali sebagai kaunsel kepada Maybank bukan menjadi halangan untuk mendengar perbicaraan SRC International Najib Razak.
“Maybank ada melakukan beberapa kerja untuk SRC dan mereka dibayar RM800,000 sebagai yuran,” kata Sithambaram.
“Jadi, apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja dengan bank,” soalnya.
Sithambaram dalam hujahannya, berkata sejarah pekerjaan Nazlan tidak bermaksud berlakunya konflik kepentingan yang mana boleh menghalangnya mendengar perbicaraan.
Peguam kanan itu yang mewakili pendakwaan menerusi lesen khas, berkata pembabitan Nazlan dalam Kumpulan Maybank sudah menjadi pengetahuan umum sebelum beliau diangkat sebagai hakim, pada 2015.
Sithambaram berkata, adalah benar bank berkenaan memberi konsultasi kepada SRC, namun tidak sampai ke tahap Nazlan memberi nasihat berhubung penubuhan SRC.
Pihak pendakwaan juga merujuk afidavit Najib terdahulu yang difailkannya susulan dakwaan Nazlan menerima rasuah, namun menarik balik dakwaan itu kemudian.
“Ia seperti mahu mencemarkan nama Nazlan sebagai hakim,” tambahnya.
Sithambaram juga berkata, dakwaan konflik membabitkan Nazlan boleh dibangkitkan pihak pembelaan ketika pemeriksaan balas saksi dalam perbicaraan.
Beliau berkata, tidak munasabah bagi pihak pembelaan mencabar keputusan Nazlan bahawa Najib mempunyai kawalan “menyeluruh” ke atas SRC hanya kerana kedudukan terdahulunya di bank berkenaan.
Sithambaram memberitahu mahkamah atasan itu, bahawa kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai bank tidak boleh didedahkan memandangkan ia merupakan dokumen terlindung.
“Ia tidak tertakluk kepada pendedahan (kedua-duanya) sebelum dan selepas perbicaraan,” katanya.
Dalam permohonannnya, Najib berhujah Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan susulan konflik kepentingan kerana hakim itu pernah menjadi kaunsel dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Nazlan gagal mendedahkan pembabitannya dalam penubuhan SRC dan pinjaman diluluskan dan pemberian kemudahan pinjaman dan kredit untuk manfaat SRC dan 1MDB.
Pihak pendakwaan, bagaimanapun, berkata hujah dibangkitkan berhubung sejarah pekerjaan hakim itu bersama bank sudah menjadi pengetahuan umum sejak 2018, sebelum bermulanya perbicaraan SRC, pada April 2019.
Najib mengemukakan permohonan berkenaan dua bulan lalu yang dipinda dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan, awal hari ini, memohon memasukkan keterangan baharu dalam bentuk dokumen tambahan yang diperoleh, pada 16 Jun dan 7 Jul tahun ini, selepas perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.
Beliau juga memohon mahkamah membenarkan tambahan testimoni lisan diambil dari bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pegawai penyiasat kes SRC, Rosli Hussein dan tiga pegawai SPRM yang merakam keterangan Nazlan, baru-baru ini.
Pada 28 Jul 2020, Najib disabit bersalah terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Pada 8 Dis tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya. Bagaimanapun, Najib bebas sementara menunggu keputusan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/bertabahlah-najibnanti-jawab-elok-elok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Najib Jawab Pertahanan Negara Lemah Semasa Dia Jadi Pm Rafizi

Biar Najib Jawab Pertahanan Negara Lemah Semasa Dia Jadi Pm Rafizi

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 208 hits
RAFIZI RAMLIZUNAR CARTONIST FAN CLUBSaya sudah baca putar alam yang ditulis admin untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang Dia salahkan semua 1 Salah Panglima TLDM sebab nak kapal yang lagi kuno kononnya 2 Salah PH 3 Salah rakyat M...
Kah Kah Macai Najib Dalam Tiktok Boleh Tolang Jawabkan Nanti Aku Dedah Macai Teruk Najib

Kah Kah Macai Najib Dalam Tiktok Boleh Tolang Jawabkan Nanti Aku Dedah Macai Teruk Najib

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 139 hits
Adakah projek LCS hanya untuk bayar hutang lapuk BNS Najib disoal August 13 2022 Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong berkata jawapan Najib Razak akan membantu semua pihak memahami projek kapal tempur pesisir PETALING JAYA Najib Razak dipersoal ...
Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 355 hits
Saya mengalu alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam Isu ini lebih kritikal berbanding skandal skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi seperti 1 Penyelewengan dana rak...
Spin Yahudi Najib Razak Yang Terbaru Takyah Pemimpin Ph Pun Jawab Biar Rakyat Marhein Je Jawab

Spin Yahudi Najib Razak Yang Terbaru Takyah Pemimpin Ph Pun Jawab Biar Rakyat Marhein Je Jawab

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 169 hits
Spin yahudi Najib Razak yang terbaru Takyah pemimpin PH pun jawab Biar rakyat marhein je jawab Ni faktanya agar semua tahu 1 Projek mula tahun 2011 Bukan 2014 ye Dato Seri Dari tahun 2011 sampai 2017 peratusan siap untuk 6 tahun hanya 44 Ma...
Bertabahlah Najib

Bertabahlah Najib

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 143 hits
Semalam di Mahkamah Persekutuan hanya dalam tempoh beberapa jam dua permohonan Najib Razak ditolak oleh lima hakim yang bersidang Pertama berkenaan usul untuk membawa bukti baru yang cuba mengaitkan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan kon...
Kesian Kat Najib Katanya Kebebasannya Kini Terancam

Kesian Kat Najib Katanya Kebebasannya Kini Terancam

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 249 hits
Nyawa kebebasan dan hak saya untuk mendapat perbicaraan yang adil kini terancam dakwa Datuk Seri Najib Razak Najib berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam utamanya Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri darip...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti