Bersyukurlah Dengan Kehidupan Ini
Bersyukurlah Dengan Kehidupan Ini | Assalamualaikum, selamat malam semua pembaca blog KakYa. Apa khabar harini sahabat KakYa semua. KakYa doakan semua sekali dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT. Aamin aamin Ya Mujib. Alhamdulillah malam ni dapat bersiaran kat sini. Dapat juga KakYa kongsikan sedikit perkongsian ilmu untuk sahabat. Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah. Perkongsian pada malam ini bertajuk Bersyukurlah Dengan Kehidupan Ini.
Sewaktu kita di umur remaja kita memiliki masa dan tenaga tapi kita tidak mempunyai harta. Ketika fasa kita bekerja kita memiliki harta dan tenaga tapi kita tidak mempunyai masa. Ketika kita di fasa usia warga emas kita miliki harta dan masa tapi kita sudah tidak mempunyai tenaga. Inilah kehidupan..
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kita. Diambil sesuatu yang lain dari kita
Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah:
"Merasa Cukup dan Bersyukur Dengan Kecukupan Ini"
Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung
Bila hujan, kita tanya bila laa nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun.
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah
Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai orang pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula jadinya. Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki. Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki. Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki. Bersyukurlah atas kesihatan yang kita miliki. Bersyukurlah atas rahmat dan nikmat yang kita miliki. Bersyukurlah dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara
Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki kerana apa yang kita milili tidak akan berkekalan untuk selama lamanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/11/bersyukurlah-dengan-kehidupan-ini.html