Bersikap Terbuka Jika Anak Bertanyakan Soal Seks



Sesekali apabila anak bertanya tentang isu seks, apakah reaksi anda? Tergamam? Gugup? Malu? Cemas? Bimbang?

Rata-rata ibu bapa kurang pasti apakah yang harus diperkatakan dan bagaimana menjawab soalan berhubung tentang seks. Ada ibu bapa terdiam tanpa memberi sebarang jawapan, membiarkan anda terus tertanya-tanya mengenainya.

Sebahagian ibu bapa lain menunjukkan sikap tidak senang dan marahkan anak bertanyakan soalan itu. Mereka menganggap membincangkan soal seks bersama-sama anak satu topik paling sulit, memalukan, tidak bermoral, dilarang adat dan ada yang mengatakan larangan agama. 

Ibu bapa perlu membuat persediaan untuk menangani soalan berkaitan seks yang ditanyakan anak supaya tidak menunjukkan reaksi kurang senang, memarahi anak, menipu mereka dengan fakta yang salah atau berdiam diri.

Alangkah baik jika kita dapat bersifat terbuka dan menggalakkan anak bertanya apa pun soalan yang ada di benak mereka dan menunjukkan reaksi spontan seperti menjawab soalan lain. Bahkan, adalah lebih baik jika ibu bapa yang mengajak anak memulakan perbincangan mengainya, jika difikirkan perlu. 

Jika dikekang dan dipendam, mereka akan bertambah musykil dan akan bertanya daripada orang lain atau teman yang mungkin memberi fakta yang kurang tepat atau tidak sesuai bagi umur mereka.

Walaupun usia anak masih kecil, berilah anak pengetahuan yang sesuai dengan peringkat usia.  Kita mengajar mereka mengenali anggota badan seperti tangan, mata, hidung dan sebagainya. 

Mengapa apabila menyebut nama bahagian sulit diguna nama yang tidak tepat.  Salahkah jika menyebut perkataan rahim, zakar dan faraj atau nama lain yang diguna mengikut loghat tempatan. Tidak perlu kita menukar nama bahagian sulit dengan alasan untuk bersopan.    

Ibu bapa tidak harus berasa malu kerana anak harus diajar menghargai dan mengenal tubuh sendiri. Mereka perlu mengetahui jantina mereka. Apa tanda bahawa mereka itu lelaki atau perempuan berdasarkan kepada alat sulit yang dimiliki. 

Perkara ini bukan sesuatu yang pantang dan dijauhi. Gunakan buku bergambar jika perlu. Cara ini lebih mudah difahami atau membolehkan mereka ‘ulangkaji’ melihat gambar itu.

Ibu bapa perlu bijak menguasai tahap kefahaman anak masing-masing.  Ajarkan atau jawablah soalan bersesuaian dengan umur anak. Anak kecil tidak perlu diberitahu tentang proses hubungan seks, tetapi memadai memberi tahu bahawa yang boleh melahirkan anak ialah perempuan dan bukannya lelaki.

Kalau ditanya mengapa, itu telah tabie yang ditetapkan oleh Allah. Ia secara tidak langsung sebagai kesempatan mengajar mereka bahawa Allah yang mencipta manusia.   

Apabila mereka lebih memahami, anak boleh diajar mengenai mengapa perempuan mengandung dan melahirkan anak. Beritahu mereka tentang perlunya lelaki untuk menyebabkan perempuan mengandung. Ini tidak bermakna menceritakan satu persatu kepada mereka bagaimana melakukan hubungan seks.

Terdapat banyak buku bergambar di pasaran dan perpustakaan yang akan menyenangkan ibu bapa berbincang tentang pembentukan bayi dan isu seks. Di sini anak-anak akan faham potensi tubuh mereka bahawa seorang perempuan boleh menjadi hamil dan orang lelaki boleh menyebabkan kehamilan. 

Ajarkan tidak ada sesiapa pun yang berhak menyentuh bahagian tubuh terutama bahagian sulit mereka tanpa kerelaan mereka. Ajarkan tentang aurat lelaki dan perempuan, yang halal dan haram, bahawa lelaki dan wanita yang bukan mahram dan belum bernikah tidak boleh bersentuhan.

Jika anak sudah di bangku sekolah, ajarkan bahawa lelaki dan perempuan tidak wajar bermain secara fizikal sesama sendiri seperti bertepuk tampar apalagi jika anak sudah baligh. Beritahu mereka bahawa tentang batasan pergaulan. Wujudkan di dalam diri mereka perasaan malu dan bersalah jika melakukan perbuatan itu.   

Bincang dengan anak perempuan dan lelaki tentang haid, mengapa wanita mengalaminya, waktu ia tiba dan proses haid sebelum anak baligh. Anak perempuan tidak berasa cemas dan terkejut bila ia tiba.

Mengapa perempuan perlu merasa malu dan tersisih ketika datang haid. Tidakkah itu tandanya dia perempuan yang normal? 

Anak lelaki juga harus diberi pengetahuan tentang haid wanita agar tiada salah faham bahawa ia sesuatu yang memalukan, jijik atau menjadi bahan ejekan terhadap kaum wanita. 

Selitkan juga bahawa orang yang sudah berkahwin sahaja boleh menunjukkan kasih sayang jika anak tertengok rancangan khusus untuk orang dewasa di televisyen. Jangan berdiam diri atau marah. 

Jadikan televisyen sebagai medium atau alat bantu mengajar. Beritahu kepada mereka mana yang betul dan salah. Rancangan televisyen dari Barat yang mempamerkan aksi bertentangan dengan budaya dan ajaran agama boleh dijadikan contoh tentang perbuatan yang tidak patut mereka lakukan.   

Dengan pengetahuan yang tepat dan sesuai dengan umur mereka, ibu bapa dapat merubah dan mengekang salah sangka, mengajar anak menghargai diri dan tubuh masing-masing. Mudah-mudahan mereka akan mampu mengambil keputusan yang bijak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/06/pku_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Keterangan Tertulis Ahli Kpu Soal Kedudukan Anak Bumn

Ini Keterangan Tertulis Ahli Kpu Soal Kedudukan Anak Bumn

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 184 hits
Komisi Pemilihan Umum membawa dua saksi ahli dalam sidang Perselisihan Hasil Pemilihan Umum KPU menghadirkan ahli teknologi informasi yang juga arsitek IT KPU Marsudi Wahyu Kisworo Serta W Riawan Tjandra yang memberikan keterangan secara te...
Sempat Heboh Soal Pernikahan Istri Reza Smash Melahirkan Anak Laki Laki

Sempat Heboh Soal Pernikahan Istri Reza Smash Melahirkan Anak Laki Laki

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 227 hits
Kabar bahagia datang dari Reza Smash Sang istri Fabiola melahirkan anak pertamanya pada Selasa malam pukul 19 50 WIB
Viral Angela Gilsha Keluhkan Anak Di Pesawat Ini Sebenarnya Perasaan Orang Tua Bepergian Dengan Bayi

Viral Angela Gilsha Keluhkan Anak Di Pesawat Ini Sebenarnya Perasaan Orang Tua Bepergian Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 282 hits
Keluhan soal tangisan bayi di pesawat bisa jadi juga pernah mampir di benakmu Tapi percaya deh para ortu paniknya lebih berkali lipat dari yang kamu bayangkan
Rezeki Anak Anak

Rezeki Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 179 hits
Tokey tudung bawal 10yal di AIRPPORT KB ingatkan gurau tp serius rupanya nak beli langkah kanan buleh belanja anak makan malam ni
Rantai Anak Di Tong Gas

Rantai Anak Di Tong Gas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 320 hits
Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas dengan menggunakan rantai di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini semalamTindakan tidak berperi...
Tahniah Oksana Selamat Lahirkan Anak Lelaki Sultan Kelantan

Tahniah Oksana Selamat Lahirkan Anak Lelaki Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 576 hits
KUALA LUMPUR Sebuah portal Rusia melaporkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah menimang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan bekas bintang realiti dan ratu cantik Rusia Oksana Voevodina pada 21 Mei lepas Media itu mendakwa Ok...
Suu Kyi Kutuk Had 2 Orang Anak Ke Atas Keluarga Muslim Rohingya

Suu Kyi Kutuk Had 2 Orang Anak Ke Atas Keluarga Muslim Rohingya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 565 hits
Hari ni rasa gembira sikit apabila Tedi baca berita ni Pemimpin pro demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada mesyuarat pertama jawatankuasa eksekutif pusat National League for Democracy d...
Menyusu Anak Angkat

Menyusu Anak Angkat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 189 hits
Stok Titisan EmasApa yang anda nampak dalam gambar di atas Ada beberapa titisan emas dalam setiap bekas Makin lama makin bertambah Di sebalik gambar ni tergambar kegigihan seorang ibu angkat yang nak sangat sangat menyusukan anak angkatnya ...
Ringgo Agus Rahman Akui Kalah Jantan Dari Sang Anak

Ringgo Agus Rahman Akui Kalah Jantan Dari Sang Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 326 hits
Ringgo Agus Rahman mengaku kalah jantan dari putra semata wayangnya Bjorka Dieter Morscheck Hal tersebut diakui kala Bjorka berada di sebuah pantai
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Ktmb Extends Its Ets Train Service To Segamat From Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Di Mana Keberkatan Sahur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

Perbezaan Antara Beras Perang Dan Beras Merah Manakah Lebih Baik Antara 2

Bab 3 Mac 2025