Bersihkan Nama Sebelum Jadi Pm Ke 8 Khairuddin
Nizam Zain                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Foto Facebook Khairuddin Abu Hassan
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu  membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum menerima jawatan Perdana  Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  menegaskan, langkah pertama dengan mengambil tindakan undang-undang  terhadap bekas penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.
 “Kenapa Anwar takut hendak buat tindakan saman sivil ke atas  Yusoff Rawther? Peganglah pada prinsip ‘berani kerana benar; takut  kerana salah!
 “Tolong jangan berdolak-dalih lagi! Bersihkan namanya terlebih dahulu  dan tolong ambil tindakan undang-undang terhadap Yusoff Rawther sebelum  berhajat untuk jadi PM8!” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 Khairuddin juga membidas sikap Anwar yang seolah-olah takut untuk  menyaman Yusoff sedangkan dakwaan serangan seksual itu telah dilaporkan  kepada pihak polis.
 “Macam mana Anwar Ibrahim hendak jadi PM8?
 “Dia sendiri pun tak berani hendak saman Yusoff Rawther ke mahkamah  di atas segala dakwaan oleh bekas pegawainya itu tentang salahlaku yang  telahpun dilaporkan ke pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita,”  katanya.
 Dalam pada itu, Khairuddin turut mencabar Anwar untuk membawa usul  tidak percaya terhadap Dr Mahathir pada persidangan Parlimen akan  datang.
 “Saya cabar secara terbuka Anwar untuk bawa usul undi tidak percaya  pada Tun Dr Mahathir pada pembukaan persidangan Parlimen 9 Mac ini  seandainya dia kata ada cukup sokongan di dalam Dewan Rakyat!!
 “Tolong jangan merepek serta cuba hendak menipu rakyat lagi!!
 “Saya berani kata bahawa Anwar tidak ada cukup sokongan untuk undi  beliau sebagai pengganti PM8 sekiranya dia bawa usul undi tidak percaya  pada Tun Dr Mahathir” katanya lagi. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/bersihkan-nama-sebelum-jadi-pm-ke-8.html