Bersih Kemuka Tiga Tuntutan Reformasi 100 Peratus


bebasnews.my
By Editor
-27/02/2024
KUALA LUMPUR — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengemukakan tiga tuntutan Reformasi 100 Peratus untuk mendesak kerajaan memenuhi tiga perkara utama yang dijadikan manifesto kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH)

Tiga tuntutan itu adalah berkaitan kaedah pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditambah baik dengan melibatkan Jawatankuasa Parlimen, supaya semua pihak boleh membahaskannya secara demokratik dan inklusif, reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya, dan reformasi Parlimen.

Bersih turut menuntut tiada lagi keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tuntutan ketiga Bersih adalah menolak undang-undang dua darjat membabitkan kes-kes perbicaraan berprofil tinggi membabitkan ahli politik yang diutamakan.
Memorandum berkenaan masing-masing diserahkan kepada empat ahli Parlimen PH iaitu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain itu, dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Terdahulu, kira-kira 60 peserta Himpunan Tuntut Reformasi 100 peratus anjuran Bersih berarak ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka.

Peserta himpunan mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara di sini, seawal pukul 7 pagi sebelum berarak sehingga ke laluan persimpangan masuk ke bangunan Parlimen kira-kira pukul 8.30 pagi.

Mereka berarak secara aman dengan diiringi kira-kira 100 anggota polis yang melakukan tugas kawalan keselamatan dan aliran trafik.

Sementara itu dalam kenyataannya, Bersih menegaskan ini adalah aksi pertama untuk mengingatkan Kerajaan Madani, dan juga Ahli-Ahli Parlimen yang berkempen atas manifesto untuk mereformasikan negara.

“Bahawa rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus mendesak supaya agenda reformasi pilihan raya dan reformasi institusi dilaksanakan.

Bersih menegaskan Parlimen adalah institusi keramat yang menjadi nadi kepada usaha reformasi khususnya dalam membawa agenda tatakelola yang baik dalam negara,” kata kenyataan itu.

Bersih juga menggesa agar tuntutan ini dipandang serius oleh Kerajaan Madani dan Ahli-Ahli Parlimen terutamanya backbencher untuk terus mendesak pelaksanaan reformasi dalam negara.

“Kita perlu mencipta dan mencari ruang terbaik kepada pelaksanaan agenda Reformasi 100 Peratus ini yang perlu melibatkan semua pihak, demi mengukuhkan institusi awam dan demokrasi berparlimen dalam fasa transisi demokrasi negara,” kata kenyataan itu.

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/bersih-kemuka-tiga-tuntutan-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Around 100 Bersih Protesters Hand Over Memorandum To Mps

Around 100 Bersih Protesters Hand Over Memorandum To Mps

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 177 hits
Participants of the Reformasi100Peratus rally organised by electoral watchdog Bersih marched to the Parliament grounds at 9am Numbering around 100 and dressed largely in black and yellow shirts the group handed over a memorandum calling for...
Pengerusi Bersih Adalah Bekas Presiden Abim Sebab Itukah Demo Hanya 100 Peserta Pun Dapat Perhatian Pm

Pengerusi Bersih Adalah Bekas Presiden Abim Sebab Itukah Demo Hanya 100 Peserta Pun Dapat Perhatian Pm

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 214 hits
Berikutan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi ke Parlimen Selasa lalu yang cuma dihadiri 100 peserta banyak pihak terutama yang pro Anwar Ibrahim tampil mengecam dan memperlekeh gabungan pemantau pilihan raya itu Bersih mengadakan demons...
Lembap Lembap Reformasi

Lembap Lembap Reformasi

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 109 hits
I am watching the Live Feed of Bersih s protest today There are possibly about 100 to 200 people gathered But the live streaming only has 254 people viewing it now In the 2007 Bersih protests there were even people stretched across the Klan...
Jual Barang Peribadi Termasuk Kereta Ali Puteh Berjaya Kumpul Rm 75 000 Untuk Bayar Tuntutan Saman

Jual Barang Peribadi Termasuk Kereta Ali Puteh Berjaya Kumpul Rm 75 000 Untuk Bayar Tuntutan Saman

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 159 hits
Hasil menjual barangan peribadi Ali Puteh berjaya mengumpul wang berjumlah RM 75 000 Wang berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya iaitu tuntutan saman yang dibuat oleh balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah 8220...
Pelbagai Perubahan Telah Dilakukan Kukuhkan Agenda Reformasi

Pelbagai Perubahan Telah Dilakukan Kukuhkan Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 217 hits
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyambut baik semua cadangan dan teguran dalam memperbaiki demokrasi dan agenda reformasi di Malaysia Ketua Penerangannya Nabil Halimi berkata hal itu termasuklah saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adi...
Media Probono Termasuk Wrlr Aka Laman Reformasi Mahazalim Akan Juga Ditutup Suatu Hari Ni

Media Probono Termasuk Wrlr Aka Laman Reformasi Mahazalim Akan Juga Ditutup Suatu Hari Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 180 hits
MSOJangan Kecewakan Harapan PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam catatan diFacebooknya memaklumkan dia selesai menyempurnakan penutupan permukiman setiausaha akhbar dan ketua unit komunikasi korporat Belaiu arah agar mereka rangka strateg...
Teka Teki Keberadaan Firli Bahuri Usai 100 Hari Berstatus Tersangka

Teka Teki Keberadaan Firli Bahuri Usai 100 Hari Berstatus Tersangka

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 179 hits
Polri berdalih masih melakukan penguatan berkas perkara sebelum memutuskan penahanan terhadap Firli
Nenek Ini Dedah Petua Rahsia Masih Sihat Dan Bertenaga Walaupun Usia Sudah Cecah 100 Tahun

Nenek Ini Dedah Petua Rahsia Masih Sihat Dan Bertenaga Walaupun Usia Sudah Cecah 100 Tahun

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 173 hits
Seorang nenek tua mendedahkan rahsia kekal sihat hingga mampu mencapai usia 100 tahun dengan hanya mengamalkan pemakanan sihat Kisah itu dikongsi nenek itu menerusi satu video pendek berdurasi 39 saat yang tular di media sosial Berdasarkan ...
Ledakan Di Markas Gegana Terasa Hingga Radius 100 Meter

Ledakan Di Markas Gegana Terasa Hingga Radius 100 Meter

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 158 hits
Warga juga sempat melihat ada benda yang meluncur ke atas seperti mercon namun tidak meledak di atas
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki