Bersih Hentikan Pelesenan Media Sosial


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 30, 2024 
Badan pemantau pilihan raya, Bersih menyertai gesaan agar kerajaan menghentikan rancangan untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial, dengan menyifatkan langkah itu sebagai terburu-buru dan membuka ruang kepada penyalahgunaan

Bersih berkata kerajaan sebelum ini cenderung menggunakan undang-undang drakonian seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987 dan Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai senjata politik untuk menyiasat dan mendiamkan mulut pengkritik.

"Bersih menegaskan undang-undang baru ini akan membuka kepada penyalahgunaan kuasa dan tindakan tidak setimpal oleh pihak pemerintah yang boleh menidakkan keadilan kepada penyedia perkhidmatan media sosial, penyedia perkhidmatan pesanan internet dan akhirnya akan membungkam kebebasan bersuara.

"Undang-undang yang bersifat punitif seperti akta-akta yang disebutkan di atas, dan ditambah dengan perundangan baharu untuk perlesenan platform media sosial berpotensi besar untuk disalahgunakan sebagai kerangka perundangan untuk menyekat kebebasan bersuara dan berekspresi daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Gabungan itu turut menyokong cadangan Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Artikel 19 agar kerajaan menghentikan dulu keputusan itu dan mewujudkan satu majlis media sosial untuk mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Ini katanya termasuk menerusi penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk meneliti punca kepada buli siber serta aktiviti penyalahgunaan platform sosial media yang lain dan menilai kerangka peraturan yang lebih inklusif.

"Bersih ingin tegaskan sebarang proses pembentukan undang-undang baharu ini harus dilakukan berasaskan prinsip ketelusan, keadilan, kebertanggungjawaban, inklusif serta menghormati hak asasi rakyat," tambahnya.

Pada Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi.

Langkah baru itu yang akan diperkenalkan pada 1 Ogos dan dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun depan, bertujuan untuk menangani jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, aktivis dan kumpulan masyarakat sivil berkata langkah itu boleh disalahgunakan untuk menutup mulut pengkritik, sama seperti undang-undang drakonian lain di negara ini.

Bagaimanapaun Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kebebasan bersuara tetap wujud di media sosial walaupun dengan rancangan kerajaan untuk memperkenal lesen dan kawal selia untuk platform tersebut.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/bersih-hentikan-pelesenan-media-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Menjadi Influencer Yang Baik Di Media Sosial Hingga Banjir Endorse

7 Cara Menjadi Influencer Yang Baik Di Media Sosial Hingga Banjir Endorse

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 384 hits
Sebagai seorang Influencer dituntut mampu meng influence masyarakat ke arah yang positif Lantas bagaimana cara menjadi influencer yang baik Tentunya ada banyak hal yang harus dijaga dan diusahakan Sebab perilaku dan sikap yang ditunjukkan o...
Anwar Jamin Kebebasan Bersuara Terus Ada Di Media Sosial

Anwar Jamin Kebebasan Bersuara Terus Ada Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 314 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan bersuara tetap wujud di media sosial walaupun dengan rancangan kerajaan untuk memperkenal lesen dan kawal selia untuk platform tersebut Kenyataan Anwar itu di tengah kritika...
Pierre Andre Selesa Hidup Tanpa Telefon Amp Media Sosial Enggan Orang Tahu Kehidupan Peribadi

Pierre Andre Selesa Hidup Tanpa Telefon Amp Media Sosial Enggan Orang Tahu Kehidupan Peribadi

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 218 hits
Pelakon dan pengarah Pierre Andre selesa hidup tanpa telefon bimbit dan media sosial walaupun ia menjadi keperluan penting bagi setiap individu Menurut laporan Media Hiburan Pierre atau nama sebenarnya Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre be...
Ini Sebab Kenapa Pentingnya Kerajaan Perlu Kawal Selia Internet Dan Media Sosial

Ini Sebab Kenapa Pentingnya Kerajaan Perlu Kawal Selia Internet Dan Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 310 hits
Seperti semua sedia maklum Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah mengumumkan bahawa kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial social media serv
Lomba Karya Jurnalistik Dan Sosial Media Piala Presiden 2024 Total Hadiah Rp300 Juta

Lomba Karya Jurnalistik Dan Sosial Media Piala Presiden 2024 Total Hadiah Rp300 Juta

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 215 hits
Anda bisa ikutan dalam lomba Karya Jurnalistik dan Sosial Media Total hadial Rp300 juta
Rentasan 1623 Yang Perlu Dilesenkan Ialah Platform Media Sosial Bukan

Rentasan 1623 Yang Perlu Dilesenkan Ialah Platform Media Sosial Bukan

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 167 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1623 1 UCAPAN KEBENCIAN DAN JENAYAH SIBER BUKAN KEBEBASAN HAK 2 KERAJAAN MADANI DIKTATOR TOLONGLAH BUKA HATI NURANI 3 APA HUKUM LULUS ORANG KELUAR PAS
Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial Mcmc

Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial Mcmc

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 290 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menegaskan bahawa pengguna tidak akan terkesan dengan kerangka kawal selia perkhidmatan media sosial dan pemesejan yang diwartakan hari ini dan berkuat kuasa 1 Januari 2025 Jelas MCMC hanya pem...
Menggelongsor Di Media Sosial Boleh Merosakkan Minda Anda Kajian Menemui

Menggelongsor Di Media Sosial Boleh Merosakkan Minda Anda Kajian Menemui

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 257 hits
Rupa rupanya mungkin hanya mungkin menghabiskan banyak masa menatap telefon anda dan membaca berita buruk tidak baik untuk pandangan hidup atau kemanusiaan anda Itulah dapatan kajian terkini yang diterbitkan dalam Journal of Computers in Hu...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba

Mala Agatha Koyo Mendung Chord

Malaysian Bar Confirms Walk For Judicial Independence On July 14

Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan