Bershell Out Di Allee Rakit Homestay Kong Kong
Bershell Out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong || Pernah makan shell out? Seronok jugak sesekali makan style gini. All seafood dibentangkan di atas meja.. Nampak meriah semua udang, Sotong Dan macam macam atas tu. Hehe.. Harini Nona nak throwback pengalaman Nona bershell out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong, Masai bersama member. Ya, ini merupakan kali pertama Nona bershell out kat kedai makan 😃 Kebiasaannya makan seafood bebanyak yang ada dalam Buffet menu je.
Allee Rakit Homestay, Kong Kong merupakan salah sebuah chalet yang sesuai untuk dijadikan tempat bercuti atau memancing. Lokasinya berdekatan kawasan kedai kedai makan Kong Kong, Pasir Gudang, Johor. Cuma agak terasing sikit daripada kedai lain sebab di tengah tengah laut. Perlu merentas menggunakan bot! Di dalamnya ada Cafe shell out di mana mereka menyediakan menu shell out khusus buat para pengunjung sama ada yang menginap di situ atau datang hanya dine in untuk makan shell out sahaja.
View Senja di Allee Rakit Homestay
Cantik! Kan! View di senja hari
Kami naik bot tuhlah 😃 Sebelah sana boleh nampak kedai makan yang lain. Tak jauh mana pun.. Dalam seminit Dua je dah sampai
Jom layan gambar memori
Allee's Signature Shell Out
Zoom In
Review Lepas Makan
Nice, berasa kuah Dan seafoodnya. Not bad lah... Cuma kuahnya agak masin bagi aku tapi kawan kawan cakap sedap pada tekak dorang. Cukup makan untuk Lima orang. Nasi diberi dalam mangkuk bersaiz kecil gitu
Harganya macam pricey berbanding tempat lain tapi kena tengok jugak, kedudukannya di tengah laut, bukan di tepi laut. Gituh.. View tu mahal dengan tempatnya yang selesa, lapang Dan banyak kemudahan lain
Bergambar kenangan ✅
Belakang tu adalah bilik yang ada dalam chalet Allee Kong Kong ni tau. Baca kat Facebook Allee Rakit Homestay, terdapat 14 unit bilik kat sini!!! Enjoy jugak bila bangun je dari tidur, terus nampak laut?! Nice bukan! Hehe...
Lagi tempat nak berOOTD. Ada jugak pool kecik dalamni ye. Seronok lah kalau bercuti ke sini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk sesiapa yang inginkan percutian ke sini. One day boleh try lah 🤩 Masa kami datang, takda orang langsung yang datang makan. Hanya kami sahaja. Tenang Dan agak sunyi jugak terasa. Sebab kami datang time senja... 😁
Menu di Allee Rakit Homestay
Kemudahan yang disediakanSurauCafeTempat barbequeTempat karaokeSwimming Pool FREEIndoors Game FREEBot pergi dan balik
Pool 🤩
Standby joran! Sesuai sangat dijadikan tempat memancing. Banyak hasilnya bila memancing kat sini! Tengok je Facebook Allee Rakit Homestay ni.. Hehe..
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan MemancingMenginapBakar BarbequeBercutiDine In Makan Shell OutKaraokeHubungi Lanjut📞 www.wasap.my/60197908589
Lokasi Allee Rakit Homestay
📍NO 1106.(NO TIANG KKL 43, 2, Kampung Kong Kong, 81750 Masai, Johor
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/08/bershell-out-di-allee-rakit-homestay.html